Aku bab nama memang la cepat lupa.
Jadi jangan la sentap kalau aku lupa nama orang. Aku pun takkan sentap punya orang lupa nama aku. Standed, manusia mudah lupa...
Berbalik kepada entry penting ini...
Sebulan yang lepas, aku dijemput untuk ke Seminar penyusuan yang dianjurkan oleh magazine PA&MA.
Sebelum tu, nak say thanks kat Azma sebab jemput kita. Terima kasih jugak sebab jemput kathy sekali, kalau tak mesti kita takde kawan lalu kaku di sana...
So pepagi sabtu dah siap cantik-cantik nak ke karangkraf.
Masih ingat nak ke karangkraf, dulu selalu pergi. Sebab yana dulu kerja situ. Jadi selalu la pergi kalau nak lunch sesama ke apa kan. Elok sampai aku macam ehhh, mana kereta semorang. Hari sabtu tak kerja ke semorang. Kenapa senang pulak nak parking ni. Dulu macam orang gila kot nak parking kat karangkraf ni. Lalu hati ku berdetik. Ada parking baru kot???
Laju-laju cari no azma nak call.
Rupanya memang benar, karangkraf dah ada bangunan baru. Jadi parking pun dah baru.
Nampak nau dah bertahun tak jejak kaki kat sini, sampai semua baru pun aku lambat tahu, kuikuikui...
Bendanya yang start kul 9, aku dalam jam 915 baru sampai. Bagus sangat kan.
Tapi tapi, nasib baik 930 baru start.
Cuma makcik kathy yang belum kunjung tiba.
Mungkin dia masih terpinga-pinga mencari karangkraf...
Daftar-daftar dapatla semua ini...
Tapi aku tak usik pun notebook ni, dasar macam ingat sangat semuanya kennn. Alih alih lupa segala-galanya.
Majlis di mulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan dari editor PA&MA iaitu mama Eizan. Boleh tak macam tengah baca ucapan permulaan tu tetiba ada ucapan terima kasih juga kepada bloggers yang hadir. Dah la tu sebut nama pulak. Aku dah macam erk, apakah ini??? siap kena angkat tangan, maluw la kita...
Blogger je kot kannnnnnn...
Walaupun begitu, terasa dihargai pulak, hehehe...
Saya datang ikhlas tau. Datang untuk menimba ilmu tentang penyusuan.
Walaupun dua-dua anak aku adalah hasil dari BF. Tapi banyak lagi benda yang aku tak tahu pasal BF. Banyakkkkkkkkkkkkk sangat.
Jadi adalah seronok bila dijemput event yang macam ni.
Perjalanan hari pun terasa sekejap sangat. Tetiba je dah pukul 5, tetiba je dah nak balik. Serius tak terasa ok. Sebab dia punya presenter semua best-best belaka. Dan semua topik yang diberikan semua topik yang menyeronokkan.
Aku sarankan, korang kalau rajin beli majalah PA&MA.
Kalau ada event macam ni yang dorang ajak join. Sila la join. Best tak terkata ok.
Best la dapat ilmu banyak.. bukan senang nak dapat tau...
Bak kata presenter su...
Mengandung 9 bulan, beranak 1 hari, confinement 44 hari. Tapi nak susukan anak, 2 tahun tau!
Jadi jangan ilmu untuk mengandung beranak je kita sibuk google and attend kelas. Ilmu menyusukan anak ni yang patut kena kena ambil tahu banyakkkkk sikit.
Aku pun baru tersedar je hari tu.
Seperti ada orang tolong lempangkan je time tu. Kahkahkah...

Siti Nur Suraya Mohamed Ali.
Perunding Laktasi.
Dia juga adalah blogger.
Muda lagi, 31 tahun.
Tapi dah ada kedai sendiri, kagummmmmmmmmmmmm mak encik.
Kedai dia lunatots.com.
Ada jual macam-macam. Terima kasih sebab bagi aku air coklat bancuhan sekotak, katanya untuk penambahan susu badan.
Ok, su banyak cakap pasal BF la..
Nak exlusive sampai berapa bulan, lepas tu lanjutkan sampai 2 tahun. Macammana nak cekalkan diri untuk BF. Cara BF yang betul. Kalau boleh, masa dalam pantang jangan bagi anak susu pam, bagi susu direct dan macam-macam lagi la. Nak cerita lelebih aku dah lupa ken, hahaha...
Lepas setel sesi soal jawab dari su, kitorang diberi bfast dulu.
Aku memang macam tertunggu-tunggu bfast ni sebab aku laporrrrrrrrr tak hingat.
Sebelum keluar rumah tak jamah hape-hape pun kecuali air kosong. Bila dapat makan, adalah gembira yihaaa yihaaaa....
Nasik goreng, come to mummy bebeh...
Konon-konon kusyuk.
Padahal manjang ambil gambar je korang ken.
Dah la duduk paling belakang.
Second present adalah paling best dan paling kusyuk aku dengar, sebabnya aku tak tahuuuuu pun yang bunyi bayi menangis yang newborn sampai ke 4 bulan ni adalah signal.
Kajian ni dibuat oleh dunstan.
Jadi dia panggil dunstan baby language.
Ada 5 signals.
Tapi aku ingat 3 je. Lagi 2 aku lupa.
Jadi aku pun dengan rajinnya search kat youtube dan jumpa...
Nahh boleh tengok sini.
Fine, aku pun baru tau kalau nak burp pun boleh buat baby nangis, kahkah... aku ingat burp ni macam tak penting sangat. Ingatkan kalau tak burp boleh bikin muntah je, rupanya boleh bikin menangis jugak. Sebab baby tak selesa jadi dia nak burp. Bila dia nak burp, dia nangis. Tapi kita ingat dia nak susu lagi, jadi kita bagi. Hasilnya muntah susu yang banyak terjadi.
Mesti korang dah biasa alami kan?
Eh anak aku ni, tadi baru bagi susu nape nangis lagi nie..
Lalu orang sekeliling cakap, susu tak cukup kot..
Fineee ko bagi lagi terus bluweeekkkk muntah susu...
Jadi sebenarnya dia bukan nak susu, dia nak burpppp... gitu...
Dah la anak aku dah 5 bulan. Terus tak valid nak dengar dia nangis bunyi ni.
Now yunnan nangis asik bunyi wooooo wooo ajer, haha..
Tapi best la. Lepas dah tahu ni asyik nak dengar baby nangis je. Sebab nak teka dia nak apa sebenarnya...
Setel pelajaran bayi menangis. Lepas tu fashion untuk mummy mengandung dan juga mummy yang bf.

Sebab tu dynas dijemput.
So ada la dynas cerita pengalaman bf semua. Time ni aku lari keluar kejap sebab nak pam susu. Kuih dah bengkak sangat, hahaha...
Model yang mengayakan baju dari butik dynas
Semua mak mak orang tau. Nangis tengok.
Aku dah nangis hari tu, now nak bagi korang nangis pulak tengok, huhuhu...

Yang kat atas tu, Uswatun Hasanah.
Dia la yang present pasal baby language tu.
Dan dalam banyak-banyak yang dia cakap. Paling aku ingat adalahhhh... jangan terlalu ambil ubat-ubatan semasa sedang menyusukan anak. Kalau nak ambil juga, ambil lepas dah bagi anak susu. Jangan sebelum bagi anak susu.
Lepas tu elak makan panadol. Kalau dah takleh bla sangat baru telan panadol.
Dan jangan ambil ubat tambah susu. Tak elok...
Sebabnya aku dah lupa, kahkah...
Dasar ko nie!
Haaa lepas tu time pantang tu kalau boleh, makann la.. jangan la makan benda-benda kering je. Memang kita nak cepat kurus, tapi agak-agak la jugak. Makan kena makan... nanti kang khasiat tak pergi ke anak. Haaa canner? lain la ko beranak terus bagi anak ko susu FM. Memang taknak BF langsung. Itu takpe, itu ikut suka ko lah nak diet macammana pon.
Tapi jangan la pula sebab susukan anak jadikan alasan untuk ko makan makan makan.
Itu tak logik jugak
Eh saya pulak, hehehe...

Dan last sekali adalah demonstrasi yang dibuat oleh Suraya tentang macammana nak urut bagi keluar susu, dan juga pam susu menggunakan tangan...
Yang ni aku dapat tengok sikit je sebab dah hegeh-hegeh nak balik.
Ada hal...

Kita malu. Sebab su kenal kite...
Kita terpinga-pinga ajer, pffftttt....
Pompuan geds.
Terima kasih tak terhingga sebab jemput saya...
Lain kali jemput lagi, insy saya pergi.
Love: Ceera =P



1 LoveGreen:
Bestnya klu dpt attend
Susu ibu is the best in the world!!
Post a Comment
Love U, =P