Instagram

Pengaruh mummy #4

Henjut adik guna kaki je. Hikhikhik...

Dinner Anniversary

Tak habis-habis ko punye anniversary kan? Malassssssssssss nak layan. Hihi.. tapi kena layankan jugak tau, sebab gambar dah ambil, takkan tak update pulak. Rugi satu entry aku, kahkah...

Disebabkan, dinner hari sabtu tak jadi. Ciput kata, dia ganti dinner tu keesokkan harinya. Tapi dinner berdua, anak-anak tinggal. Yabedabeduuuuuuu, seronok!!! wooot wootttt... *amboi sound efek*
Bukan selalu dapat dating berdua. Sekali sekala tinggalk-tinggalkan anak apa salahnya...
Orang kata, sayangkan anak tinggal-tinggalkan, hahaha... dan dan tu kennnn...

Jadi... boleh la aku melaram pakai baju poppy. Sebab takyah nak singkat-singkat bagi yunnan susu...

Weols dinner kat ecurve, bulgogi brothers. Korean food.
Ini semua salah jemah, sebab sehari sebelum dia up gambor-gambor dia makan kat sinun. Oh... begitu kejam! kan aku dah terbayang-bayang.

Dah la dari hari tu teringinnnnnnnnnn nak makan korean food tapi tak jumpa.
Kali ni kita selidik baik punya sebelum terjah, wasap pung pang pung pang segala terus ke sana lepas maghrib..

Hi, saya rindu pulak dengan rupa awak begini, kahkah. Saja bagi ciput tension!
Tapi awak jangan merindui dengan rupa saya yang sebelum ni ye. Tunggu lagi setahun kalau nak merindui. Rambut isteri mu lambat panjang. Ambil masa 2 tahun kalau nak panjang betul.

Ecewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Ko ado? Hahaha...

Akak kong ajo. Lepas aku up gambar gini kat instagram terus dia cakap, betul ke tu tangan ciput. Macam tak gelap sangat je. Pffftttt... Hey, ciput dah putih ok. Putih sikit la. Hasil kerja di opis beraircond, dan hasil tidur beraircond. Aku ingat lagi, dulu masa dia kerja kat kuantan umakaihhhhhhhhhhhhh, berlengas... pergi pantai ke main bola tengah panas dari pagi sampai malam pun tak nampak beza. Haha.. time tu dia gelap betul. Tapi heiran, sebab time tu aku nampak biasa je. Now bila usha balik gambar, ye B gelap time tu...

Itu lah namanya kuasa CINTA...
Ko gelap ke apa ke, tetap manis di pandangan ku...
Hihihihihihi... *gelap tutup mulut*

Side dish..
Order BBQ ke nasik ke apa ke tetap akan dapat ini...

Kitorang order BBQ set.
Jemah suruh order daging cinta-cinta sebab katanya daging dia sedap...

Dan memang sedap uols!!!!
Cair dimulut. Eh sedap sangatlah!!!!
*telan air liur*

Dah makan makanan korea, kena la makan ala-ala korea juga.
Tapi puhlis ye, saya bukan kpop... Tetiba.
Saya tak minat kpop. Saya cuba untuk minat, sebab ramai sangat orang menggila dengan kpop. Tapi tetap tak boleh masuk lah! tapi saya minat oppa gangnam style, hahahahahaha...

Tapi saya suka la tengok pasal makanan korea ni dekat food channel. Teringin-teringin jugak la nak merasa. Jadi tahu la cara dorang makan macammana semua. Lagipun citer korea aku pernah la jugak tengok. Jadi tahu la kannn...

So begini la caranya..
Bungkus-bungkus ngap masuk semuanya dalam mulut. Takmo main gigit-gigit sopan tau, takmo... kena ngap sekaligus baru feeling korea...

Turn ciput pulak.
Eh dia nak main gigit-gigit pulak. Terus aku sound. No no no.. masuk semua terus. Tu yang muka takleh blah tu. Nasib baik comel, hehehe...

Tak cukup dengan bbq, kitorang order nasik pulak.
Nasik dia memang sedap dan sihat!!!
Makanan korea ni memang sihat la. Sebab tu orang korea fit fit ye dok...

Semuanya kena dalam rm120 macam tu...
Alhamdulillah, kenyang betul...

Dinner kali ni best sebab makan makanan lain sikit., kalau tak asal special dinner je mesti western. boringgggggggggg... Anyways tq sayang sebab belanja dinner... Love u much much much.. *padahal memang ciput je selalu belanja, hahaha*

Love: Ceera =P

Sentuhan kasih di Kampung Wellington

Ini adalah wajah suci ku di waktu pagi. Terserlah kesepetannya...
Saja letak gambar merah-merah gitu, baru ada effect sunrise kan, hahaha...
Pagi-pagi dah terpacak kat klcc. Bila aku tweet, ada yang tanya... ada sale apa-apa ke pepagi aku dah terpacak kat situ. No no no...
Aku nak kena join gotong royong kat kampung wellington di Manjung Perak sana. Tu yang beria pepagi dah sampai klcc. Nak kena pergi bersama dengan orang Petronas. Siap pakai baju Petronas and cap Petronas lagi. Terus feeling pekerja Petronas gitu, hehehe...

Keluar rumah kul 6, sampai klcc jam 615.
Pung pang pung pang, jam 7 jugak bertolak dari klcc...
Dalam bus tidur la, nak buat apa lagi kennnn... Bus berhenti sekejap pun, malas aku nak turun... aku nak tidur, kahkah...

Alhamdulillah, selamat sampai di Kampung Wellington.
Curlasssssssssss kan nama kampung nie.

Sebenarnya, Petronas ada menganjurkan Program Sentuhan Kasih di Kampung Wellington bagi menyambut perayaan hari Deepavali yang lepas. Majoriti penduduk Kg Wellington adalah kaum india. So nak kasik ang pow sikit la...

Selain itu, Program Sentuhan kasih Petronas adalah satu program bakti masyarakat yang menyediakan bantuan asas kepada kalangan miskin yangb terpilih di negara ini. This year, Kampung Wellington menjadi pilihan Petronas.


Background penduduk Kampung Wellington:
  • Jumlah penduduk kampung, 500 pax dari 66 family
  • 80% adalah india.
  • Pendapatan 90% penduduk kurang daripada RM700
  • Kebanyakkan, bekerja di estate. Dan diberi gaji hari.

Program ini kalau korang nak tahu, ia dilancarkan pada tahun 2005, yang bertujuan untuk memupuk dan mempertingkatkan semangat memberi dan kesukarelawanan di kalangan kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. Sentuhan Kasih kini merupakan salah satu daripada program kemasyarakatan mapan PETRONAS yang dirancang dan dilaksanakan untuk manfaat mereka yang memerlukan di mana PETRONAS beroperasi sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya yang lebih besar.


Diberi taklimat sikit sebelum memulakan aktiviti bergotong royong...


Program hari itu dimulakan dengan aktiviti bergotong royong oleh 40 orang sukarelawan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan dibantu oleh orang kampung dengan membersihkan kawasan serta membaik pulihkan kemudahan kampung.

Aktiviti ini termasuk membersihkan dewan orang ramai yang kini telah dilengkapi dengan bilik stor, sistem siarraya, meja, kerusi dan juga gelanggang badminton yang telah dibaik pulih, sumbangan daripada PETRONAS.

Yeayyyyyyyy...

Lepas ni, warga Kampung Wellington boleh la berkumpul untuk aktiviti bersukan. =)

Gambar i bergotong royong mungkin boleh di lihat di blog lain, hahaha...
Aku sendirian wooo.. malas nak suruh orang ambilkan gambar.

So kitorang sapu-sapu sampah, kutip sampah disekitar kampung.
Dan kampung nye pun tak besar mana pun...

Masa tengah berkemas-kemas sekali YBhg Dato Medan dan YBhg Dato Rahim pun sampai daaaaaaaaaa.. kelam kabut berlari pergi ambil gambar... stop sekejap aktiviti gotong royong...

Nak melawat booth yang ada...

Berinai...

Tak terfikir langsung nak berinai time ni. Bila dah hujung-hujung, baru macam derrrrrrrrr kenapa aku tak mintak dorang inaikan tangan... bila pergi tengok dah ramai dah orang beratur tunggu turn. So aku just curik-curik tengok je la adik tu buat lukisan seni kat tangan seorang pekerja petronas kat situ. Sambil tu akak tu pun tanya-tanya adik yang lukis tangan dia...

Budak perempuan, masih sekolah... mayb dalam form 3 macam tu.
Ko tahu, dia sekolah cina wooooooooo...
Jadi semua bahasa dia tahu, india, cina, english, melayu.
Terkagum kejap aku dengar..
Baguslah.. boleh tolong naikkan taraf kehidupan orang kampung Wellington. Kalau bukan warga muda yang nak naikkan taraf, siapa lagi ye.

Belajar rajin-rajin ye dik. Nanti dah kerja boleh tolong mak bapak adik.

Check ada darah tinggi ke tidok?

Penari dari UTP.

Buku-buku panduan.

Aktiviti lain:
Dato Medan dan Dato Rahim kena cuba masak vadai.
Kelakor je tengok 2 Dato ni tau.

Sebelum itu, Dato Mohammad Medan Abdullah adalah Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS manakala, Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hashim adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas.

Time ni Dato Rahim tengah menyakat Dato Medan...
Pandai ke u nak buat nie? u pernah masuk dapur ke bla bla bla...

Tetap sukses kan Dato...

Time untuk Dato Rahim pula...

Tunjuk skill terus...

Gaya pun taknak kalah okey, hahaha..
Lawak lawak...

Sesi merasa vadai buatan sendiri...

Cakkkk....

Aku pun rasa juga, sedapppppppp...
Ulundu Vadai and Paruppu vadai. Yang ulundu vadai tu lembut je bila makan, terbaik!

Lepas aktiviti memasak, aktiviti mengecat pula...
Masa ni panas tak payah cakap la. Menyucuk. Tapi tatap Dato Medan dan Dato Rahim bersemangat nak buat aktiviti cat...


Sampai penuh kuning la mereka cat. Itu pun kena mintak stop. Kalau tak mintak stop, mahu satu dewan tu dicat Dato, kahkah...

Setel aktiviti kampung. Baru mulakan aktiviti yang ditunggu oleh orang kampung. Hippa hippa yeayyyyyyyyy....

Sedikit ucapan dari Pegawai Daerah Manjung.

Speech dari YBhg Dato Medan

Habis je speech terus pengagihan angpow kepada 77 keluarga yang berasal dari Ayer Tawar, Lumut dan Sri Manjung.
Yeayyyyy... bestnya!

Semua gembira kennnnnnnn..
Kongsi sikit, hehehe...

Penyampaian cenderamata...

Dan akhir sekali... Persembahan dari pelajar UTP...

Best. Aku ada video untuk korang tengok.


Blogger, =)

Seronok juga bila ada aktiviti macam ni. Boleh release tension gitu...

Ini keseluruhan video untuk seluruh aktiviti di Kampung Wellington, Wajib tengok!

Masa otw balik kl, aku macam biasa la, tidur.. hahaha..
Sampai kl, dalam jam 4lebih. Syukur alhamdulillah perjalanan kami baik-baik sahaja...
Terima kasih penduduk kampung wellington yang menyambut kedatangan kami dengan baik. Insy kita bertemu lagi di tahun mendatang... aminnnnnnnnnn...

Terima kasih juga kepada Petronas yang menganjurkan aktiviti yang sangat teratur...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998