Instagram

Perginya usia 20an

Pejam celik pejam celik, sudah tiba masanya aku meninggalkan zaman 20an... *lambai-lambai ala miss world* dalam hati jangan pergi, tapi kenyataannya pergi la sayang....

Lagipun sekarang ni aku sudah kembali muda. Kenapa, mengapa???
Kerana aku bukan lagi berada di AKHIR 20an, tetapi AWAL 30an. Yang penting ada ayat AWAL disitu... tak kisah la ko sudah 30 kennnn... yang penting feeling muda, kuikuikui... *Mesti awal ashaari sentiasa feeling muda, hewhew...

Jadi ini rentetan saya sepanjang 10 tahun dalam hidup...

2002 - Masih belajar di UUM

2003 - Masih lagi belajar di UUM. Tahun ni adalah tahun paling gemuk sebab berat aku cecah sampai 55kg. Mana taknya, asal malam je meriah makan... pfffttttt...

2004 - Masih lagi di UUM di tahun akhir... wohOoooo.. Tahun enjoy bagi aku, dan mungkin bagi orang lain adalah tahun struggle. =P

2005 - Sudah mula bekerja dan sudah single. Jadi selalu berpeleseran dengan mana-mana lelaki yang aku suka, kahkahkah...

2006 - Masih bekerja dan masih lagi enjoy dengan kehidupan... Cinta sejati jauh di kuantan...

2007 - Cinta sejati sudah pulang ke pangkuan dan bekerja di KL.

2008 - Bulan 5 ikat tali pertunangan, dan akhir bulan 12 sudah kawin...

2009 - Isteri orang...

2010 - Anak sorang... Happy!

2011 - Sentiasa happy, haha.. dah tak tahu nak letak caption apa sebenarnya..

2012 - Mengandung dan tambah ahli keluarga dan sekarang sudah anak 2, yeayyyyy...

29 sept 2012 - sehari sebelum umur menjadi 30 tahun... Pertama kali rambut panjang sebegini. Nanti aku up entry rambut pula...

Itu la rentetan kisah 10 tahun aku yang ringkas...
Walaupun nampak kosong, tapi 10 tahun ini penuh bermakna dan kenangan bagi aku..
Semoga 10 tahun mendatang akan lebih bermakna buat aku, suami, anak-anak dan family, insyAllah...

Terima kasih Allah, kerana berikan ku nafas dibumi Mu selama ini...

Jadi, Selamat hari lahir buat diri sendiri...

Love: Ceera =P

Tak perlu rasa kasihan

Ada yang tanya. Keisha tak menjeles ke dengan Yunnan, sebab ye la... dah ada orang lain kan. Mesti aku dah tak dapat nak tumpukan penuh perhatian kat keisha. Sebab Yunnan lebih memerlukan aku.


Jawapannya:
Ikut mood keisha.
Ada masa nampak keisha jeles.
Ada masa tak diherannya...

Masa yang dia tak heran, bila ada daddy..
Kalau ada ciput, memang keisha akan melekat 24/7 dengan ciput kecuali time tidur. Time tidur nak taknak dia memang akan carik aku jugak sebab rambut dengan keisha masih belum boleh dipisahkan, hahaha...

Kalau pun dia baring-baring kat ciput. Tup tup mesti dia akan lari sebelah aku time daddy dah tidur dan tak layan dia...

Now masih tidur di rumah mertua. Jadiknya, satu katil, aku, keisha and yunnan. Ciput pulak kesian kena tidur bawah... abis nak buat camne, katil queen size tak muat untuk kami berempat... Kalau longgokkan jugak berempat atas katil tu, aku tak tahu la celah mana aku dengan yunnan bakal tidur... Di hujung-hujung katil mungkin.
Tunggu balik rumah sendiri ye shayang, keisha akan kembali masuk ke dalam cot. Dapat la daddy tidur dengan mummy semula, hehehe...


Masa yang dia jeles
Adalah bila daddy dia tak adalah... Tapi tidak la 24/7 menjeles kannn.. itu dah sesuatu dah tu...
Biasanya akan nampak dia jeles time aku nak mandikan yunnan. Wahhh dan dan tu pun dia nak mandi jugak... tak berak pun dia cakap berak sebab dia nak mandi dulu dari yunnan...

Kalau aku tengah nyusukan yunnan. Time tu pun dia nak susu jugakkkk.
Mi, susu mi... nak susu...
Keisha kejap ye... mummy susukan yunnan dulu. Nanti mummy buatkan susu untuk keisha..
Nak susu... *nangis-nangis*
Hewhew...

Kalau oma ada, nanti oma la buatkan susu untuk dia...
Kalau oma takde nanti.. gigih jugak la haku kennnn...


Kengkadang tu, aku macam tak tahu nak explain kat keisha macammana..
Takut pulak nanti dia ingat aku tak sayang kat dia.
Sebab ada masa tu, aku no no kan jugak kat keisha.
Mana tak no no, jangan jangan..
Time adik dia tidur kat atas katil la, time tu dia nak main lompat-lompat, stress ahkak.
Aku takut kang time lompat tetiba dia terlompat kat adik dia je, tak ke naya...
Lepas tu selalu no no time adik dia tengah tidur yang mana time tu jugak dia nak main cium cium. Sekali dua aku biarkan, dah lapanploh kali kena no jugak, sebab dah la budak tu dari tadi tak tidur, bila tidur kena cium cium pulak. Kekadang tu aku cakap je, haaa yunnan bangun kang, keisha jaga yunnan. Mummy tak tau..

Terus dia pukul-pukul aku sebab bengang...

Tapi banyak masa keisha sangat suka bila yunnan ada.
Tidur pun nak peluk yunnan. Aku je yang tolak keisha suruh dia tidur jauh sikit sebab takut nanti yunnan kena himpap, kahkah.. aku ni imaginasi kuat sikit bila bab bab buruk... benda tak jadi pun, aku boleh pikir benda tu akan jadi kalau aku tak halang...


Oh satu lagi ayat yang biasa aku dapat bila lahirkan Yunnan, adalah orang akan cakap.. kesian kat keisha. Lol, bakpe nak kesian pulak. Tak paham mak encik.

Aku rasa lagi kesian kot, kalau ko tak bagi adik beradik kat anak ko..
Sorang mana cukup baiiiiiii...
Ko sendiri pun suka ada adik beradik. Apatah lagi anak ko...
Bagi la dia geng bermain... Memang la penat sikit, tapi akan datang insy berbaloi untuk diri sendiri.
Yang merancang, kalau boleh jangan la jarakkan sangat umur anak tu. Paling cun 2 3 4 tahun okey...

Tapi mungkin ko sendiri ada sebab yang tersendiri...
Ini hanya pendapat aku...
Sebab aku sendiri tak rasa kesian kat diri sendiri bila ada adik beradik sampai 9... lagi seronok ada...

2 lelaki yang saya cinta...

Love: Ceera =P

Kami dalam Pa&Ma

Kikiki..
Biasala, orang jarang masuk magazine kennnn...
Sekali masuk haruslah menjobo sikit... =P

Ruangan nye tidak la besar mana. Kalau sekali imbas memang ko takkan perasan itu adalah aku. Sebab gambar kecik-kecik tapi gila kuasa punye olang, sikit punye banyakkkkkkk gambar family kooooo saje. Satu page tu, Nak separuh gambar kitorang je.. kesian orang yang kongsi page dengan aku. Terpaksa merelakan gambar aku lebih banyak dari dia... dah tu, aku bagi gambar kat reporter tu pun tak hingat dunia... kalau boleh, semua aku nak kasik, ini cantik itu cantik. kahkah...

Cuma silap besar bagi gambar kecik-kecik.
Kalau ku tahu, aku kasik gambar aku dengan keisha yang selambak siap nampak lubang hidung dan jerawat. Ini kalau aku tak bagitau, ko selak selak... mesti tak perasan punya..

Sebab aku kalau baca magz memang jenis main selak selak..
Takde makna nak telek satu satu...

isu oct ye...
Sila beli di pasaran sekarang... haha..
artis ke ko, nak suruh orang pergi beli kennn...

Alkisahnya pasal birthday keisha itu hari...
Adik badik aku pun gigih jugak beli sebab muka dorang ada kat situ. Hover sangat...
Yang magazine ni pun bukan aku yang beli. Tapi si lina yang beli.
Sebab hasil kerja dia kan banyak yang terpampang kats itu. Jadiknya dia nak letak la kat fb dia...
Baru lah boleh up sikit. Kuikuikui...

Anyways tq azma sebab masukkan gambar-gambar keisha dalam Pa&Ma..
Nanti ajak la lagi untuk ruangan lain pulak, wahhh over pulak i... hahaha...

Love: Ceera =P

Skirt alaf baru

Menyampah dengan zackU. Time aku gemok ni la dia nak launch dia punye skirt bagai... tak suke tau!!! sebab aku mungkin orang yang terakhir yang bakal pakai skirt baru yang cantik ituuuu... tsk tsk tsk....

Hari tu sebelum aku beranak dia ada cakap..

Atam, nanti jadi model kita eh... model skirt kita...
Eh ko nak buat skirt pulak ke?
Ha a...
Skirt orang mengandung ker?
Eh bukan.. lupa pulak atam tengah mengandung sekarang. Takpe, nanti lepas pantang atam kurus kan.. lepas kurus kang jadi model kita tau...
Okey...

Adik beradik kannnnnnnnn terpaksa la cakap ok saja...
Dalam hati, sila bagi aku skirt free okey. Kalau tak awas ko!

Jadi masa aku dalam pantang, tetiba ternampak gambar-gambar ini dia insta andak!

Hoi cantiknya!!!
Disebabkan jeles, aku komen begini...
Nampak tetek korang je..
Kahkahkah...

Biasala, ayat jeles di mana-mana...

Then depa up pulak gambar ni...

Oh kejamnya dunia...
Cantik sangat. Nak skirt jugak, nak nak nak..

Besok terus aku menangisi di wall fb zackU, cakap dengan dia yang aku sentap sebab semorang dapat pakai skirt baru.. aku sorang je tak dapat...

Then dia reply...
Sila ukur pusat, ada 26 tak?
Semorang pun pakai size 26 ke? gulp...
Ha a... semorang tarik napas baik punye...
Kurusnya kakcik, tak boleh jadik nie...
Iye, dia dah order kat kita pun. Pusat dia 27 je. Anak 4 pusat 27 okey. Nyampah!

Terus aku pergi ukur pusat aku berapa...
Masa tu baru seminggu pantang...

Ok atam dah ukur. Pusat atam 33, atam nak menangis sekarang.
Takpe, kita bagi atam masa 2 bulan okey.
Lama sangat tu, sebulan cukup...

Wahhh berlagak sangat kennnnnnnnnn... sebulan cukup konon. Now lagi 2 minggu nak sebulan, aku masih gemok... aaaa canner???
Takpe, demi skirt yang cantik lagi vogue d vasss. Aku sanggup!!!

Tapi tapi tapi... korang jangan la risau nau..
Sebab skirt ini adalah custom made dan dibuat mengikut ukuran korang.
Kalau pinggang ko 22, 30, 35, 40 sekali pun boleh buat...

Caranya bagaimana kalau mahu order?

Begini..

Sila ukur dengan betul dan cermat ye..
Sebab skirt ini bukan getah... ia dia buat dengan kain kodroi ke apantah namanya... jenis kain yang tebal diluar tapi sejuk di dalam.
So ko tak perlu nak pakai kain dalam bagai...
Kalau jalan pun tak perlu nak cover-cover sebab kain ni takkan nampak bayangan kaki di dalam...

Buat masa ni dibuka untuk 4 jenis color dulu...

  1. Blue turquoise
  2. Fushia Pink
  3. Creamy chocolate
  4. Sapphire Black
Semua color adalah menawan!!!!!
Ok hijau pula bila zackU? 


ZackU kata, disebabkan ia adalah custom made. Jadiknya, kalau korang order. Kena ambil masa paling lama dalam 3 minggu. Jadi kena la tunggu. Nak cantik kena la tunggu ye tak? baru dapat ngam ngam soi dengan ukuran korang...

Ko happy, zackU pun happy...

Ok la.. untuk keterangan lanjut..
Boleh rujuk sini, macammana nak order semua: http://sepet88.blogspot.com/2012/09/dah-boleh-order.html
Atau boleh Like FB mereka terlebih dahulu untuk buat order jugak... https://www.facebook.com/SeQyCouture

Selamat menjamu mata dan selamat mengorder. Aku nak dapat skirt free dulu, baru aku nak order, wahhhhhhhhhhhhhhhh...
Lagipun nak tunggu kurus dulu, baru order... hewhew...

Love: Ceera =P

Dah jadi laki orang dah adik aku.

Macam tak percaya je aku, adik lelaki aku dah kahwin.
Kadang-kadang bila orang tanya, adik ko umur berapa. Aku mesti ingat yang adik aku umur bawah 25 tahun. Tapi bila dikira-kira dan ditolak 3 tahun dari umur aku, rupanya dah 27 dah ko ayie... besar dah ko rupanya... atam ingat ko 23 24 tahun je lagi... atam masa umur ko dah ada anak sorang tau, eh... hahahaha....

Ok tipu...
Aku dapat keisha masa umur 28 mengikut tahun.
Tapi disebabkan keisha lahir bulan 6 dan aku lahir bulan 9, makanya secara automatic disurat beranak keisha, mak dia feeling muda sebab tercatat umur 27 tahun disitu, kui kui kui...

Aku kan dalam pantang. Jadinya, tidak la aku pergi masa nikah dan sanding ayie kat Johor sana...
Sedihhhh.... tapi apa boleh buat.
Mana la nak tahu tetiba mengandung dan beranak pula time dorang nak kahwin.
Dan takkan pulak aku nak giler kuasa suruh dorang pospon kahwin pula kannnnn. Engko siapa? dah macam engko pula yang nak kahwin kennnnnnnnnnnn...
Jadiknya, tidak mengapalah. yang penting kahwin sudah adikku.

Dan yang penting, time sambut menantu kat rumah mak. Aku boleh melaram sikit sikit. Sebab time tu, aku dah pantang sebulan... Lagipun mak i kan sporting. Dia tak kisah punye...

Kan mak kannnnnnnnnnn....

Jemputla datang rumah 7 oct nanti.
Boleh tengok Yunnan sekali.
*ajak-ajak ayam*

Dan ini saya sertakan gambar ayie kahwin masa kat johor itu hari.
Aku curik dari FB jemah...

 Muka orang cuak, hehe...

Sekali lafaz kah?
Lupa nak tanya...

Part yang dinanti-nanti...
Auwwwwwwwwww....

Nikah ahad pagi.
Dan sanding pula ahad tengahari.
Senang sekali harung. Tak payah nak mengulang banyak kali...
Kalau rumah dekat-dekat takpe la kan. Rumah jauh-jauh begini amik ko pagi petang terus...

Segak adik aku...

Ye, sekali 2 pengantin. Ninie dengan adik perempuan dia kawin dan nikah di hari yang sama...


Selamat pengantin baru buat ayie dan ninie.
Seksa ko dah lepas ayie, lepas ni turn zacku pulak...

Love: Ceera =P

Dagu berlapis

Semalam pergi hospital untuk checkup Yunnan.
Nak check kuning dia masih ada lagi ke tidak.
Lastweek pun ada pergi, tapi doc tak ambil darah pun. Dia just tengok and main tekan-tekan ajer. Doc kata if this week pun kuning masih tak hilang, baru ambil darah. Tapi katanya, kuning Yunnan makin kurang, cuma nak kena pantau jugak la. Takut kot kot ada penyakit lain pulak...

Jadi semalam, merasalah Yunnan kena ambil darah kat kaki sampai 2 botol (kecik)
Bergegar jugak la lab hospital tu dengan suara Yunnan, haha..
Sikit punye kuat dia menangis. Siap menggigil-gigil mulut.
Yang keisha pun nak follow jugak adik dia menangis sama.
Siap no no no cakap kat uncle yang ambil darah tu, hahaha.. lawak sungguh.
No no no dengan gaya tangan pulak tu... muka cebik cebik. Sedih benar agaknya tengok adik dia menangis...

Tapi kejap ajer la drama keisha tu. Lama sikit dia pun buat hal dia sendiri.. =P

Oh berat Yunnan sudah 4.2kg. =)
Lastweek 3.7kg
Dalam seminggu naik 0.5kg... Patutla muka Yunnan pun dah bambam sikit. Dagu berlapis.

Keisha jadi doc check dada Yunnan. Hehehe...
Pengaruh dengan kartun Doc Mcstuffins lettew...

Budak yang memanjang tidur...

Dagu berlapis...

Dan ini gambar Yunnan hari ni.
Hari ke 19...
Tengah lalok-lalok nak tidur...

Love: Ceera =P

Pengalaman melahirkan Yunnan SB

Ok, nak mulakan dari mana ye???
Masa aku buat entry tunjuk perut tu. Aku ada cakap kan perut aku tengah mengeras-ngeras tapi aku buat dunno. Sebab part perut mengeras tu dah selalu je aku rasa. Jadi aku macam tak heran sangat la. Tapi dalam masa yang sama, aku harapkan juga yang kali ni akan berlaku something.

Sebelum nak tidur malam tu, aku ada cakap kat ciput.
B, malam ni kalau ayang gerak, B bangun tau... *Saja nak kasik mamat tu cuak.
Kenapa? ayang dah rasa sakit ke?
Takde la.. mana la tahu kan...
Ok... Nanti apa-apa hal gerak B cepat-cepat tau..

Malam tu, tidurlah kami macam biasa...
Aku dalam pada perut keras-keras tu sedap jugak tidur.
Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba aku ada rasa satu kick kat perut. Teradoi jugak la aku sekejap... lepas tu ingat nak sambung tidur balik, alih alih dapat rasa ada air mengalir keluar.
Derrrrrrrrrr... pecah lagi ke air ketuban ku.. tapi kenapa macam sikit, tak banyak...

Dulu mencurah-curah kot keluar.
Terus kejut ciput laju-laju..

B bangun B.. ada air keluar ni...
Dah tiba masa ke?
entah laaa.... ayang pun tak tahu...
ayang ada rasa sakit tak?
biasa-biasa je, takde la sakit sangat..
jom la kita pergi hospital.
Tapi air ni tak banyak pun keluar.
Takpe, kita pergi je dulu. Lagipun nak hantar keisha kat rumah ma lagi..
Oklah...

Masa tu jam adalah 3 pagi...
Keisha tengah sedap-sedap tidur pun stress tengok makpak dia sekejap kesana sekejap kesini.. Last-last dia pun bangun mengacau mummy and daddy dia yang tengah cuak...

Yang kitorang pun time tu la baru nak packing barang. Kahkahkah...
Persediaan anak kedua memang begitu. Last minit kata ko...

Jam 330, baru keluar dari rumah...
Terus ke rumah mama hantar keisha.
Masa otw ke rumah mama tu baru aku rasa contraction tu dah makin kuat. Tapi boleh tahan la. Takde la kuat sangat pun.

Sampai-sampai hospital, terus ke emergency bagi borang, ic dan kad.
Tunggu dalam 5 minit, nurse bagi wheel chair dan hantar ke labor room.

Masuk labor room, aku dah tak boleh bergerak ke sana ke sini lagi.
Kena baring je. Sebab dorang nak cek heart baby dan juga contraction...
Perghhhh... boring siot. Dah la time contraction, kalau baring lagi sakit. Nak nak kalau baring melintang macam ni. Sakit tang bawah tetek. Macam ada ketulan. Tak selesa langsung. Bila mengereng ok sikit tak berapa nak sakit.

Bab ni memang tak best la kalau kat hospital pantai. Sebab tak boleh nak berjalan. Kalau boleh berjalan ke sana ke sini. mungkin lebih ohsem...

Baby tu tidur dalam perut pun dia tak bagi.
Padahal tengah malam kan, memang la baby tidur.
Kalau siang tu lain la citer.
Disebabkan baby tidur, aku kena drip masuk air untuk gerakkan baby tu bangun. Derrrrrrrrrrr..
Sakit kot kena cucuk, tsk tsk tsk...

Jam berapa entah aku lupa... nurse tanya nak amik epidural ke tidak?
Aku kalau dah diberi pilihan nak sakit ke tidak. Haruslah pilih tak sakit kan..
Masa dorang cek bawah, aku baru bukak dalam 4cm...
Jadi aku pikir, ish mesti lama lagi ni nak bukak 10cm... amik epi ajer la.. sebab malas la nak sakit. Wahhhhhhhhhhh...

Ciput pulak jenis tak kisah..
Dia kata amik je epi. aku pun apa lagi... amik ajer la epi.
Tapi nak amik epi pun kena tunggu sampai doc yang cucuk epi tu datang. Disebabkan masa tu baru jam 5... and dorang pun kena call doc, kena la tunggu sampai jam 6 baru doc sampai...

Menahan contraction yang manja-manja...

Dulu aku amik epi masa tengah sakit menggila siap menggigil-gigil.
Time doc cucuk pun aku tak rasa sangat. Tiba-tiba je sakit contraction tu hilang sendiri.
Disebabkan time ni, contraction yang datang adalah manja-manja. Jadi mendapatla aku rasa dia cucuk tulang belakang aku. Ngilu woiiiiiiiiiii... masa dia masukkan tiub tu pun ngilu jugak. Dah la terseksa ok, nak kena menunduk time doc tu nak cucuk. Sesak gila perut aku sebab nak kena menunduk sampai 10minit. Terseksa!!!!

Lepas je dah cucuk tu...
Dalam 5 minit aku tunggu baru rasa hilang rasa sakit contraction tu.
Tapi pelik jugak. Apa pasal aku boleh rasa perut aku mengeras-keras.
Dulu once ko dah kena cucuk, langsung tak rasa apa pun dari perut sampai ke bawah.

Bila doc epi tu datang, sua ice pack kat kaki aku. Memang aku tak rasa sejuk.
Pastu dia sua kat bawah perut pulak, eh dapat rasa... tapi aku ingat mungkin epi tu belum bagi kesan lagi. Jadi aku cakap je la tak rasa..
Dia sua kat perut ok memang rasa. Tapi normal rasanya kat perut boleh rasa. Sebab dia cuma kebaskan bahagian bawah perut sampai ke kaki sahaja.. ok fineeee...

Jadi, dalam sejam tu aku gembira la sekejap. Wpun masa contraction datang aku boleh rasa perut aku mengeras...

Aku bagitau jugak nurse kat situ...
Kenapa aku boleh dapat rasa perut mengeras. Tapi dorang macam buat dunno ajer. Jadi aku pun buat dunno jugak la... Walhal aku pelik. Sebab ini bukan kali pertama aku amik epi, jadi aku tahu la kan... lainla kalau ko 1st time amik epi. Mungkin ko akan rasa, oooo begini rupanya..

Padahal amik epi memang ko takkan rasa sakit okey!!! dari perut mengeras semua takkan rasa.

Eh amarah aku rasa bila pikir balik.

Bukan marah sebab rasa sakit.
Sebab rasa rugi, ko dah bayar mahal-mahal kat doc and epi. Sekali ko rasa jugekkkkkk rasa sakit tu. Rugi ler kan...

Doc suhaimi datang dalam jam 8lebih.
Dia cek bawah, masih lagi 4cm...
Pastu dia cakap, mungkin aku akan beranak jam 11 12 macam tu.
Jadi aku pun ok kan sajalah...
Elok doc pergi, aku dah macam orang gila menahan contraction. Serius, tetiba contraction datang bertalu-talu dan aku rasa... terima kasih la epidural, terima kasih sangat!

Yang aku geram lagi tu... *manjang geram, haha*
Nurse kali ni malas nak cek bawah banyak kali.
Ni nurse yang lain dengan yang lama punye. Yang masa keisha punya, shift malam.. so tengah malam dorang ada la.. elok pagi tukar shift dengan nurse yang lain. Tapi time keisha punya, very la prihatin i tell u... bila dia tahu aku amik epi, manjang cek bawah. Hahahaha... Jadi dorang sentiasa standby la bila masa nak panggil doc...

Tapi yang kali ni, mungkin tak kuasa nak cek bawah banyak kali.
Mungkin sebab dia pun nak kita rasa selesa kot.
Dan tengok aku macam orang gila tahan contraction coz epi puiiiiiiiiiiiiii tak bagi kesan. Jadinya dia pun taknak la menambah kesakitan aku.

Tapi mek heran ni..
Contraction tengah datang bertalu-talu, gapo mu taknak cek jugak bawah...
Aku risau aku terberanak tanpa doc je ni..
Rasa nak terberak tu memang ada...
Bila dia nampak muka aku dah lain macam.. terus dia tanya.. awak ada rasa nak terberak ke???
Aku angguk je..
Laju-laju dia cek bawah..

Eh dah 9cm la...

Apa eh eh... gua menahan sakit nie!!!

Ok buat preparation semua...
Pastu dia cakap kat aku. Kalau awak rasa nak terberak sangat, awak bagitau saya okey...
Selang 2 contraction sumpah rasa nak terberak sangat-sangat.
Terus dia cek bawah lagi...

Ok ok, dah 10 cm...

Dalam hati aku...
Mana doc woiiii mana doc... cepatlah, aku tak sabar nak push dah nie!!!

Tapi i sangat behave ok... ek ek sikit pun tidak... berbunyi apatah lagi...
Cuma masa tu aku buat pernafasan untuk hilangkan rasa nak meneran tu...
Serius, sila belajar buat pernafasan masa tengah sakit. Memang akan membantu untuk mengurangkan rasa sakit.

Masa dorang pung pang pung pang siapkan semuanya...
Dorang suruh aku push untuk keluarkan kepala baby sikit...
Apa lagi, aku push la...
Elok kepala baby dah keluar sikit, dorang suruh stop. Dan baru call doc, boleh???
Oh kejamnya dunia!
Nasib baik doc kebetulan ada dekat-dekat situ. Terus masuk bilik, lepas tu nak siap-siap pulak!!!!!!!!!!!!!!!

Kamu tahan dulu, jangan push dulu. Kejap ye saya nak siap-siap nie..
Arghhhhhhhhhhhhh tekanan mak encik...
Tahu tak terseksa nak tahan diri dari tidak push, tahu ke tidok???? Nasib baik i pandai buat pernafasan untuk tidak push, flips hair.
Elok doc dah siap-siap, contraction lambat pulak nak sampai, kahkah...
Once sampai, aku terus push... tak berjaya.
Kali kedua, push terus keluar baby...
Terasa siot baby keluar, rasa macam satu beban yang selama ini kita tanggung sudah keluar...
Dulu aku tak rasa, sekarang rasa macam syiok pulak. Hehehehe...

Syukur alhamdulillah. Terima kasih ALLAH...
Aku macam tak percaya yang aku dah beranak buat kali ke2, hahaha...

Ok lepas tu, sesi menjahit bawah pun berjalan.
Ye, kesian saya kena jahit... tak angkat bontot pun. Tapi kena jahit jugak. nasib la...

Sebelum menjahit, dia keluarkan uri dulu...
Dah setel semuanya... rasa lega sangat-sangat. Sebab eeeeeeeee ngilu sangat bila kea jahit, aku langsung taknak tengok. Konon-konon dengan tengok baby kat sebelah boleh menghilangkan rasa kena jahit, tapi tidak juga okey. Mata je menengok baby, tapi fikiran ada kat bawah tu, hahaha... bila dah setel, baru lega sangat-sangat...

Tapi yang tak syiok. Aku boleh rasa contraction tu lagi.
Dalam hati, pehal dah beranak boleh rasa perut sakit-sakit ni.
Rupanya darah beku masih banyak dalam perut.
Dah pulakkkkkkkkkkkk nak kena keluarkan darah beku. Stress ahkak...
Korek korek, ye ko bayangkan macam kena korek tu.. macam itu la nurse mengorek aku punya bawah untuk keluarkan darah beku... tapi ok la.. lepas dah keluarkan sikit, ok sikit perut aku tak rasa sakit sangat...

Moment terindah bila tengok ciput dengan baby. Dan bila tengok ciput azankan baby.

Comel je kaki ia...

Keluar-keluar je kepala Yunnan begitu lonjong, hahaha... mana tak lonjong kalau dah tersekat lama kat kepala sebelum keluar.

Ok, nak masuk wad sudah...

Hari pertama tu, aku dah selamat shishi dan jugak berak. Hahaha..
Yela, kalau tak shishi dan berak, mahu kena masuk tiub, takuittttttttttttt...
Bila doc tanya, awak dah kencing berak dah...
Terus berlagak cakap sudah... =P

Hari pertama tak dapat rehat langsung, sebab elok aku masuk wad tak putus-putus orang datang... phewwwwww...
Malam baru dapat tidur...
Dan baby pun aku suruh nurse kasik FM je dulu, sebab susu aku belum keluar... lagipun Yunnan time tu bukan rajin nak menghisap sangat. Asyik tidur memanjang...

Petang-petang baru keisha datang...
Terubat rindu aku dengan keisha bila nampak dia depan mata.

Dia pun suka sangat bila ada Yunnan. Sikit-sikit cium, sikit-sikit cium... pastu panggil, baby baby baby. Dan aku syak, keisha bakal jadi kakak yang baik kat Yunnan...

=)

Ok itu sahaja pengalaman bersalin saya...
Jangan risau, bersalin adalah perkara yang menyeronokkan walaupun sakit.
Dan aku masih belum serik lagi untuk mengandung dan bersalin buat kali ketiga...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998