Instagram

Tips: stop Breastfeeding

Hari tu aku dah janji nak kasik tips bagaimana nak bagi anak stop BF kan. Sebenarnya ada banyak sangat cara. Yang dipraktikkan oleh aku adalah dalam 3 4 cara. Tak sempat nak buat semua, tup tup keisha dengan rela hatinya untuk stop sendiri...

Pertama-tama sekali. Sebelum nak bagi anak stop BF. Hati awak tu kena kental dulu. Kena ada sifat kekejaman sedikit. Bukan saja awak si isteri, tapi si suami juga harus berikan peranan yang sama. Jangan isteri dok usaha nak bagi anak stop BF, tapi yang laki dok marah-marah pulak si isteri sebab anak menangis-nangis tengah malam.

Yennadeyyyyyyyyyy... bukan awak yang menetekkan anak.
Awak mana tau kepenatannya.
Tahu nak marah saja, kesian kat anak kononnya...
Bagi la support sikit!

Macam kawan aku sorang. Anak dia lelaki. Dah 2 tahun lebih. Nak masuk 3 tahun kot. Call aku mengadu cakap anak dia masih belum stop bf. Bila aku bagitau jangan tetekkan time malam, dia bagitau pulak laki dia bising tiap kali anak dia nangis-nangis tengah malam...

Eh aku pulak yang hangin dengar macam tu..
Nasib baik laki iols tak macam tu. Kalau macam tu jugekkkkkkkkkk... aku pun bakal hangin sama... ko ingat ko sorang je boleh hangin aku tak boleh?

Tetiba emosi.
Puasa, emosi memang datang dengan cepatnya. Kihkihkih...

Lepas tu aku nak emosi lagi satu perkara sebelum aku kasik tips, kahkah...
Pernah la aku masuk satu forum BF nie... *forum omputih*
Kat dalam forum tu, biasala.. orang tanya cara nak banyakkan susu macam mana. Mintak support kawan-kawan segala bagai dan kebanyakkannya berkaitan dengan BF lah...

Tetiba aku sampuk cakap pasal susu FM.
Boleh tak ada orang maki aku sebab aku cakap pasal susu FM.
Eh tak boleh cakap ke? aku siap create tajuk baru kot. Bukan aku sampuk kat tempat yang tak patut... Lagipun kat situ bukan pasal BF sahaja. Pasal persiapan untuk bayi, barang-barang bayi *iklan* dan macam-macamlah.

Ni mesti jenis yang terlalu taksub akan BF.
Kenapa, anak ko akan BF seumur hidup ke?
Sampai umur 7 tahun???? sampai orang cakap pasal susu FM pun taknak terima. Pui laaaaaaaaa...
Macammana ko BFkan anak pun, satu hari nanti pasti ko akan cari susu FM juga untuk anak. Jangan nak poyo sangat okey. jadi apa salahnya kalau orang bagi info pasal susu FM. Macam jijik sangat susu FM tu bagi ko kennnnnn... entah-entah ko pun anak dari susu FM jugak. Derrrrrrrrrrrr....

Ok la, ok la...
Aku nak kasik tips sekarang.
Tips yang aku buat:

  • Kalau biasa kasik anak susu 2 jam sekali. Cuba jarakkan secara perlahan 3 jam sekali untuk bulan pertama, 4 jam sekali untuk bulan kedua, dan seterusnya.
  • Ajar anak minum air lain selain susu. Kalau dah 2 tahun tu, anak dah boleh minum air macam-macam. Taknak bagi yang tak elok, bagi la ribena ke, vitagen ke, atau try la ajar dia susu FM.
  • Biasa, anak kerap menyusu tengah malam. Macam aku dulu, keisha menyusu setiap sejam. Boleh tahan penat juga. Jadi aku cuba juga untuk jarakkan penyusuan dia waktu malam. Kalau dia nak jugak, aku buat keras ajer tak tahu.
  • Mungkin dia akan menangis kuat-kuat. Masa nie la ko kena bersikap kejam sedikit. Sila buat tak tahuuuuuuuuuuu... ye, buat tak tahu je. Biar dia nangis. Aku dulu, keisha nangis nak sejam kot. Bila ingat tetek, dia sambung nangis lagi. Ciput ko tahu dia buat apa? dia tido je. Hahahaha... dia bukan kisah anak dia nangis. Aku tahu dia sayu, tapi hati dia sebenarnya sama kental jugak macam aku. Aku bukan tak kesian, tapi sampai bila kan.
  • Dalam seminggu jugak anak aku menangis tengah malam. Lepas pada seminggu tu, memang unbelievable betul sebab dia tido sepanjang malam. Sampai ler sekarang.
Tips lain yang aku tak buat:
  • Orang kata sapu something kat nipple supaya anak rasa lain. Macam sapu kopi ke benda yang pahit-pahit dan tak sedap.
  • Tido berasingan dengan anak. Tapi yang ini, si suami kena mainkan peranan yang sangat-sangat besar, sebab confirm2 la anak tu kena tido dengan bapaknya... Orang kata, bila anak tak cium bau emaknya tengah malam. Pelan-pelan dia akan stop BF. Menangis tetap akan menangis juga la. Tahan je la telinga.
  • Kalau masih ada susu. Pergi jumpa doc mintak pil stopkan susu. Ini kalau anak dah 2 tahun lebih la kan...
Ok itu sahaja tips dari saya.
Kalau ko ada tips lain, boleh kongsi bersama.
Aku pun baru anak sorang. Pengalaman pun kecil lagi. Mungkin yang kedua nie susah sikit dari keisha kita tak tahu... =)


Love: Ceera =P

Deyyyy bila mahu sampai?


Sedang menunggu dengan penuh kesabaran.
Delivery period katanya 21july hingga 27july.
Hari ni dah 31july kot!
Takpe-takpe. Minggu ni tak sampai juga kaluuuu aku serang groupon. Siap ko siap ko. Berani ko mempermainkan perasaan tak sabarku ini...

Yela, tak sabar ottehhhh nak gantung gelang-gelang, rantai-rantai, cincin-cincin ku yang tak seberapa itu...
Tak sabar sangat!

Love: Ceera =P

Portable Rocker - Done

Dah show off di twitter, fb dan instagram. Kali ni nak show off di blog pula. Hehehe...
Ini adalah salah satu list yang wajib dibeli sebelum baby keluar. Dan ini je la pun yang baru dibeli. Hok lain baju, barang mandian semua... kita pakai kakak punya je. Tapi baju tu kena topup sikit-sikit. Cuma belum shopping lagi. Ok itu takpe, nanti-nanti. Yang memahal tak tercapai dek akal je kena beli laju laju sementara duit masih berkepuk-kepuk... Wahhhh berkepuk-kepuk konon, smartphone pun tak mampu nak beli lagi, hewhew...

Keisha dah rasmikan dulu rocker adik dia.
Sebab rocker ini untuk baby ke toddler. Berat Keisha baru 10kg. Rocker ni masih mampu untuk menampung berat dia. Sebab katanya ia mampu menampung berat sampai 15kg.
Rocker lama keisha ada lagi, tapi biasala poyo... nak jugak beli yang baru. Lagipun yang ni senang aku nak angkut bawak ke dapur semua time nak masak. Bukan boleh tinggal baby kat depan dengan keisha, kang habis digustinya. Takuitttttttttttttt...

Lagipun dengan harapan lain.

Awak pakai sampai bosan ye keisha. Nanti bila time adik nak pakai. Awak pandang sebelah mata je sebab dah bosan.


Kemain bergaya menonton pororo.
Buat masa nie, asal nak tengok tv je dia nak duduk dalam rocker. Biasala, benda baru kennnnnn... Sayang nak tinggal. Orang lain nak duduk pun dia tak bagi. Hari tu mika datang nak try test pun ditolak-tolaknya mika... adoiyaiii...

Tu lagi satu peel keisha, kuat menolak mika. Tak tahu nak nasihat macam mana lagi nak bagitau dia jangan tolak mika. Mika tu bukan stabil sangat, kena tolak guna satu jari pun dah melayang entah kemana.
Hari tu dia tolak mika, panggg kena tepi pintu. Berdentum okey.
Ehhh banyak kali la mamat tu kena tolak.
Dah la mika tu jenis kalau dah nangis susah nak berhenti. Aku geram je dalam hati, tapi kekadang kena peng jugak tangan dia, gerams!!!

Mungkin sebab dia nak protect diri sendiri, jadi cara dia adalah dengan menolak orang yang cuba nak buli dia... *teori sendiri*

Oh, rocker ni ada orang tag aku kat fb.
Dia beli secara pukal, so dapat la murah. jadi dia pun jual la secara murah. Bagi aku boleh tahan murah la. Cuma RM195, hehehe... kalau kat luar mungkin nak ke 300 juga...

Haaaa nak jugek lettew...
Pergi tanya suhaila palal kalau masih ada stok. hari tu aku tanya, dia kata ada 4 lagi.

Sampai tertido-tido.
Bila aku nak angkat bawak masuk bilik, automatic tangan dia nak pukul-pukul aku.
Amboi anak, ohver ye...

p/s: barang ke2 mahu beli: pam susu bebeh....

Love: Ceera =P

Album Keisha dah siap

Hari-hari ku tatap. Cantik sangat.
Aku nak share gambar yang berlambak tu dengan korang. Tapi kelmarin bila aku bukak je cd terus berpinar mata tengok gambar yang banyakkkkkk itu. Tak tahu nak mulakan yang mana dulu, terus tak jadi dah keluarkan cd tu balik, harhar.

Nanti la. Ada masa senang sikit, aku kasik edit baik punye dan share kat blog ok.


Ini rupa paras album itu...
Tebal kot. Onald kata dia lebihkan page sebagai hadiah harijadi keisha. TQ uncle onald.

Dan ini antara cebisan yang ada di dalam album.
Kalau tengok semua, blink blink bijik mata.
Nasib baik onald pandai pilih gambar aku yang gojes saja. Kalau dia letak yang senget sikit, aku suruh dia buat album yang baru!

Dan ini pula frame besar yang bakal di gantung di rumah.
Hoiiii... menawan sungguh...
Aku nak letak kat tepi pintu masuk rumah. Situ nak dijadikan tempat gantung frame. Dari dibiarkan ia kosong, baik kita isikan dengan gambar-gambar dari 2 ratu cantik yang ada dalam rumah.

Ok la. Aku tak boleh online sambil bebel panjang-panjang.
Anak aku demam balik. Ni pun dapat online curik-curik sambil tangan kejap-kejap pokpok bambam dia. Bila la demam, flu and batuk keisha nak hilang. Risau mak encik...

Love: Ceera =P

Sudah 5 hari kita berpuasa.

Dari hari ahad aku adalah berbuka di rumah mertua. Rumah mak baru sekali. Itupun 1st day puasa. Semalam abah call tanya bila nak buka rumah mak. Berdebar okey nak jawab, hewhew...

Tam, petang ni ko buka sini tak?
Tak boleh la abah. Atam buka rumah mertua harini. Sok baru atam balik sana. Mertua atam discharge hari ni.
Oh yeke, oklah...
Disebabkan daddy masih dihospital, kenala beratkan sebelah sana. Lagipun ciput, tiap petang nak pergi hospital jenguk daddy dia. Hari tu aku jenguk sekali, gila bapak bosan kottttttt duduk hukm, dah la takde tv. Dah ko melanguk macam orang gila kat atas katil tu... Dah la sakit daddy macam dah kureng, kalau sakit tu makin sakit kira ok la duduk hospital. Ini sakit dah hilang, tapi masih di hospital, derrrr bosan siot.

Daddy pun makin stress, asik berzikir kat telinga doc tanya bila boleh keluar, sampai doc ugut, kalau u asik mintak keluar, i tahan u lagi 2 hari. Terus senyap orang tua tu, hahaha....

Semalam dah masukkan camera dlm badan nak tengok kondisi jantung, alhamdulillah semua ok. Cuma ada satu saluran kat jantung macam nak tutup, so doc kembangkan balik saluran tu, mungkin sebab tu kot, hari tu daddy sesak napas.

Yang penting, kalau hari ni daddy discharge. Besok, boleh la aku berbuka kat rumah mak. Tak sabar okey. Kesian je mak berbuka 4 orang. Mesti dorang makan dengan banyak, tak aci, nak jugok, nak jugok...

Mak, kalau mak baca ni. Atam nak kerabu okey. Hihihi....
Zacku, sila beli badak berendam ye, sedapppppp....

Love: Ceera =P

Baby Shower Ceera dan Kathy


Bila edit gambar baby shower ni, baru teringat yang aku tak bayor lagi bahagian aku ke kathy. Manjer, nanti aku bayar k. Tungguuuuuuuuuu...

Taknak banyak cakap. Gambar sahaja sudah menceritakan segalanya.
Tapi nak said thanks kat manjers especially to kathy, ayu, yana and ila yang bertungkus lumus menjayakan baby shower aku and kathy. Aku biasala, tahu mengangkang sahaja. Harhar.

Semua decoration dibuat oleh kathy. Biasala, dia kan graphic designer. Apa guna ada bakat, tapi tak guna. Semua cantik-cantik kathy buat. Kreatif katanya. Cuba aku yang buat, mesti hasil jadi nauzubillah...

Tq juga kepada kawan-kawan kathy yang memeriahkan lagi suasana.
Ye, ahkak takde kawan uols. Mengharapkan kawan-kawan kathy sahaja. Hahaha.. Sedehhhhhhhhhhh.

Place: Flora Cafe, AmpWalk, Jalan Ampang
Baju kami berdua: dibeli di thepoplook

Okbai. 
   
Love: Ceera =P

Sedang weng weng

Aku tak berapa sihat nie. Macam nak demam pun ada. Tapi harapnya tak demam la. Kalau demam camne nak puasa. Mesti ada sorang pakcik tu tak kasik aku puasa. Sudah la aku dah tanamkan impian, tahun nie nak berpuasa penuh macam tahun lepas. Mudah2an perasaan demam ini akan hilang lepas aku bangun tido nanti.
ye... Jap lagi nak tido, nak temankan keisha tido. Kesian dia tido sorang sorang hewhew. Lagipun nak bagi masa ni cepat sikit berlalu. Kalau tido, tup tup dah petang. Hoorey hoorey la ahkak kan...

Ini semua virus dari keisha.
Kuat gila virus dia
Keisha tak sihat dari hari selasa lepas. Flu, batuk, demam semua ada.
Ini 1st time keisha dapat flu dan batuk yang teruk. Kalau dulu, dia demam ajer, batuk-batuk semua takde. Bila dah flu sekali pakej dengan batuk. Malam malam memang susah nak tido. 3 hari jugak la keisha tido secara cranky. Aku pulak, kena la tido-tido ayam kalau anak dah ek ek setiap masa. 1st time uols tido-tido ayam time anak tak sihat. Kalau demam, biasanya keisha ok je tido. Takde cranky sangat. Mungkin sebab tak sedap tekak and susah nak nafas, jadi setiap jam dia akan bangun menangis. Lebam mata mak tak cukup tido.

Nasib baik anak aku ni pencinta ubat. Jadi tak susah nak kasik dia nak makan ubat. Kita sebut ubat je terus dia yeayyyy kegembiraan.
Ubat sekarang kan dah manis uols. Mana tak sedapnya kan.
Dulu, keisha tak suka jugak makan ubat. Start bila entah dia suka. Jadi aku bagi dia makan sendiri. Tapi bila anak dah jenis gila makan ubat, time tak demam pun dia sibuk jugak nak ubat. Asyik ter bat bat tunjuk petiais. Tak bagi nangis! Selalu aku mmg tak bagi la. Aku bior kan ajer dia nangis, bila dapat ke ciput terus mamat tu kasik. Geram sungguh!!!! Selalu macam tu tau.

Ni anak dah nak sihat, emak pulak yang bakal tak sihat.
Malam tadi aku pulak rasa nak cranky, haha...

Ok la, nak tido. Dada didi dudu...

P/s: sejak tak aktif twitter, nampak sangat banyak membdebel kat blog. =P

Love: Ceera =P

Sukses di hari pertama Ramadhan

Hehe... begitu poyo sampai nak bersukses bagai.
Biasa la. Pertama kali mengandung dan berpuasa. Jadi kita nak tengok ok ke tidok.. Rupanya, ok saja... takde beza pun dengan tak mengandung. Cuma bila mengandung nie boleh banyak mengelat dari buat kerja, miahahahaha...

Orang sibuk memasak, aku sibuk main game.
Orang sibuk mengemas, aku sibuk baring.

Bila lagi nak merasa malas-malas begini uols... time mengandung je la ponnnnnnnn...
Time lain sure kena maki kaw-kaw punye...

Sahur pertama di rumah mertua.
Itu pun bangun reti nak makan je. Bukan reti nak menolong... ish, dari dulu tak berubah ko nie ceera.
Berbuka pula kat rumah mak.
Tapi aku berbuka separated dengan ciput.
Ciput buka dengan mak dia, aku buka dengan mak aku.
Planning dia memang nak berbuka kat rumah emak aku. Tiba-tiba sehari sebelum ramadhan, bapak mertua aku kena warded kat HUKM. Tu pasal plan pun jadi lintang pukang. Tapi tak mengapa la. Yang penting berbuka.

Bapak mertua aku tiba-tiba sesak nafas. Tapi bukan yang macam ciput punye kes. Ni berkenaan dengan jantung kot. Doc pun tak sure sebab apa lagi. So kat HUKM, daddy masih di monitor oleh doc. Hari isnin atau selasa baru nak masuk camera dalam badan untuk check apa pasal semua.
Harap semuanya ok sajalah. Tak syiok pula kalau berbuka daddy tak ada.

Aku pun tak melawat lagi, sebab budak kecik tak boleh masuk.
Kalau datang pun aku lepak kat luar je jaga keisha.
Petang sikit insy aku pergi menjenguk. So ciput take turn tengok keisha sekejap.

Amacam 1 ramadhan korang??
Ada syiok?
Aku kalau berbuka kat rumah mak macam biasa la. Havoc semacam. Semua balik kecuali andak. Dia kena buka kat rantau.

Lauk berbuka hari pertama sangat simple.
Rendang, sayur campur dan ikan bakar sahaja.
Yang lain, kuih muih.
Bila lauk tak banyak, dan orang ramai. Memang licin la kan. Satu hape pun tak tinggal.

Makan ramai-ramai, berebut-rebut. Benda tak sedap pun jadi sedap sangat. Apatah lagi kalau dah sedia sedap. Bertambah-tambah sedap jadinya. Aku dengan zackU siap nyorokkan air tembikai lagi sebab takut habis. Elok azan terus minum gulp gulp pastu terus topup, hahaha... macam budak-budak.

Hari ni berbuka kat rumah mertua pulak.
Mungkin beli kat bazaar sahaja. Nak beli apa ye??? Hmmmm... nasik kerabu pun sodap!

Love: Ceera =P

BB dah campak masuk longkang

Tu ayat amarah ku yang marah. Tapi sebenarnya tak sampai hati pun nak baling walauponnnnnnn ko dah kikis duit aku beratus-ratus. Ko kira sendiri k, sejak bb dicampak oleh keisha hari tu. Sejak tu bb aku weng sampai la nie... tak ini rosak, itu pulak rosak...

Mula-mula skrin weng. Ok takpe, 1st time jadi kita repair.
Habis rm300.
Lepas tu trackpad pulak buat hal. Ok takpe jugak, mungkin sudah masa dia weng kan. Jadi kita repair.
Habis RM100
Lepas sebulan dibela trackpad dimana warranty pun sudah habis, trackpad kembali rosak. Lebih teruk dari hari tu, (*#*$&(#)@... Takpe takpe, repair lagi,
Habis RM100
Dan sekarang, skrin pulak kembali weng!!!!

Ko dah kenapa BB.
Sekali terpecah dara manjang nak pecah saja????
puiiiiiiiiiiiiiii...

Dah... aku dah malas nak repair dah.
Sekarang aku guna hp sony ericson ciput yang lama.
BIS pun aku dah potong. Siap ciput tanya banyak kali lagi.

Ayang betul ke ni nak potong internet.
Ye B, B call je suruh dorang potong.
Taknak repair BB dah ke?
Malas!!!

Tu dia, dia punye sentap! hahahaha....

Sampai ada satu malam tu, ciput pulak yang sibuk pikirkan hp apa aku nak pakai. Kalau boleh besok juga dia nak suruh aku beli. Heloooo i don't have enough money to beli okey. Nak raya lagi, nak beranak lagi.
Padahal dalam hati ada hati nak tunggu iphone5, kahkahkah...

Jadi buat masa nie, saya tersenyap sebentar di dunia twitter.
Sebab twit adalah lebih indah di BB.
Ipad ada lorrrrrrrr... tapi macam leceh juga. Paling-paling pun aku rajin nak update instagram je. Itu pun sebenarnya banyak malas dari rajin.

Tapi ok juga, kurang dosa aku di bulan ramadhan ni kalau kurang bertwitter. Lol...

p/s: Selamat menjalani ibadah puasa semua... Saya sedang berusaha nak habiskan puasa satu hari ni, heh heh heh...

Love: Ceera =P

Pemilihan susu terletak di tangan anda

Aku ada bagitau tak yang keisha sekarang dah kuat minum susu.
Sejak dah tak BF nie kemain lagi dia. Pagi-pagi dah mintak susu...
Sikit-sikit, mi, susu... susu... sambil mulut muncung-muncung muka cebik cebik.
Aku ni kalau mengantuk sekalipun, anak mintak susu terus segar bijik mata pergi buat.
Rasa seronok pulak.

Yela, dulu lepas stop BF agak susah kot minah tu nak minum susu.
Kena paksa baru nak minum.
Paling-paling pun sehari minum dalam secawan dua ajer.
Itu pun kadang-kadang habis, kadang-kadang buang.
Jadi bila dia dah kenal apa itu susu, dan sudah pandai mintak susu. Hati ibu mana yang tak gembira.

Aku syak, ramai mummy yang fully BF akan mengalami pengalaman yang sama.
Anak susah nak minum susu formula.
Nak nak pulak, anak yang jenis berkepit dengan emak 24/7 macam aku.

Yela, dulu susu gantung. Tak main botol-botol susu.
Lepas tu bila susu sudah kering. Baru menggelupur nak ajar anak minum susu FM.
Dan tetiba anak engko pulak jenis yang banyak cekadak... bagi susu dia macam geli. Habis tu macam mana?
Takkan tak bagi susu langsung.
Nanti zat nak datang celah mana.

Hoi risau woiiiiiiiiiii...

Aku dulu, kalau pandang keisha macam...
Cukup ke tak anak aku nie zat.
Cukup ke tak nutrients dalam badan dia.
Cukup ke tak itu ini..

Benda nie bermain setiap hari kat kepala.
Tambah-tambah pulak bila anak ko jenis kurus kering macam anak aku.
Mula la aku nak start compare dengan anak orang lain.
Bukan nak tengok anak aku lagi bijak ke tidak. Cuma nak tengok anak aku nie ok ke tidak tumbesaran dia. Takut terbantut dan takut macam tak cukup zat pulak.

Tapi sekarang... syukur alhamdulillah sangat keisha dah suka minum susu.
Satu hari aku kena bancuhkan dalam 4 atau 5 kali.
Ye, tak banyak macam anak korang. Tapi aku dah cukup puas hati dah.
Jadi, bila setiap kali dia minum sampai habis. Aku akan tepuk tangan kegembiraan. Kena la tunjuk kita sapot kan.
Keisha pun asal dia minum susu sampai habis ajer. Laju je dia tunjuk kat aku.
Nak aku tepuk tangan lettew. Hehehe...

Budak pagi-pagi minum susu

Eh gembira lah aku...
Anak aku dah pandai minum susu.
Jadi aku dah yakin sekarang anak aku sudah cukup nutrisi dalam badan sebab pilihan susu adalah susu Anmum Essential.

Kenapa Anmum Essential?
Selain no added sugar. Anmum Essential mempunyai gabungan formula antara DHA dan juga Gangliosides.

Dan adakah anda tahu bahawa DHA sahaja tidak mencukupi? Kanak-kanak juga memerlukan Gangliosides untuk sambungan sel-sel otak. Mengapa? Kerana DHA adalah building block yang membantu membina sel-sel otak & Gangliosides pula adalah untuk sambungan sel-sel otak. 

Kesimpulannya:

DHA = key building block of brain cells
Gangliosides = brain cells connection. The more connections, the faster kids learn.

Oleh itu, fungsi DHA dan gangliosides adalah complementary yang mana mereka bekerja dalam synergy untuk memberikan perkembangan otak yang lebih baik.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak untuk anak anda.
Pastikan susu yang diberi ada kedua-duannya sekali iaitu DHA dan juga Gangliosides.
Two things better than one.

Keisha bersama botol susu baru kesayangan dia.

Sebelum mengakhiri entry, aku nak kongsi sedikit tips kat mommies yang mengalami pengalaman yang sama macam aku di mana anak susah nak terima susu FM...
  1. Jangan bagi anak pilihan. Sila bersikap kejam. Keisha dulu, aku bagi dua pilihan ajer. Taknak susu sila minum air masak. Last-last dia redha lalu minum susu sampai habis, kahkahkah... Anak, kalau dah haus, air mana pun dia bantai uols.
  2. Buatkan susu dalam botol yang dia suka. Kalau dia tak suka botol susu nyot-nyot tu jangan la dipaksa jugak dia minum susu dalam botol tu. Mungkin boleh tukar dengan botol biasa yang ada straw. Cari pula botol yang cantik-cantik supaya dia suka nak minum dalam botol tu.
  3. Kalau boleh botol tu jangan beli yang nampak dalam. So biar dia surprised sikit setiap kali minum.
  4. Mungkin sebelum ajar dia minum susu fm. Boleh biasakan dia minum dengan susu dalam kotak, supaya dia belajar untuk merasai susu.
Ok itu saja tips aku. 
Tips yang berkesan bagi aku.
Kalau ko ada tips lain, mungkin boleh berkongsi bersama disini. =)
Next aku kasik tips stop BF pula...


Love: Ceera =P

Persiapan bayi yang masih zero

2 minggu lepas, macam biasa... rutin bulanan adalah pergi check up baby.
Tiap kali nak jumpa baby, tiap kali tu la excited. Tak sabar nak tahu perkembangan baru baby tecik yang ada dalam perut ni...

Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat belaka.
Mummy dia pun sihat belaka juga. Sampai 63kg beratnya ko. Mana tak sihat ye dak...
Berat baby pula baru 1.6kg, hewhew...
Takpe takpe. Pantang karang kita pulun, sebab kali ni aku bakal pantang dirumah sendiri.
Dah mintak permission mak dah. Nasib baik mak okey. Aku dah berpeluh-peluh ketiak dah nak bagitau, takut tak setuju. Huhu...

Mak: bila ko beranak tam?
Aku: Awal bulan 9 mak. Kenapa?
Mak: Ko nak mak jaga ke?
Aku: Mak boleh jaga ke? atam ingat nak pantang kat rumah atam je lah.
Mak: Elok jugak tu. Senang mak nak tengok ko. Nanti mak boleh jaga kat sana je.

Dalam hati, yahooOoooo...

Mak: Kalau ko pantang rumah mertua ko. Susah pulak mak nak jenguk jenguk selalu..

Mak aku nie bukan pesen suka melepak rumah orang lama-lama. Tahu sangat dah aku. Dan aku pulak, rasa better pantang kat rumah sendiri. Kalau pantang rumah mama, takut mama serabut pula. Mana nak jaga mika, mana nak jaga babil, mana nak jaga aku dalam pantang lagi. Ish, takleh imagine rasa. Dulu masa takde mika pun aku tengok mak mertua aku asal pukul 10 je dah berdesup tido keletihan. Inikan pula sekarang...

Ciput pun soka je kalau aku pantang rumah sendiri.
Tapi aku dah siap pesan kat dia dah. Sila belajar masak yang basic-basic. Takkan aku pulak nak masak nanti kannnn. Aku kan princess... =P

Tetiba macam tak sabar nak berpantang...

Berbalik cerita checkUp di hospital.
Kedudukan bayi buat masa ni normal. Kepala ada kat bawah.
Semoga kepala berada dibawah sentiasa. Jangan rajin sangat nak berpusing-pusing. Kalau dah pusing tu, pandai-pandai pergi pusing ke bawah semula...

Bayi saya, tembam...

Persiapan untuk bayi kali nie, tak buat apa pun lagi.
Baju pakai baju lama keisha ajer kot. Cuma topup sikit-sikit. Yang sikit-sikit tu pun belum beli lagi. Barang-barang lain pun tak beli lagi. Terutamanya barang untuk mummy. Barang bayi, banyak dah ada. Lagipun baby tak banyak songeh sangat. Emaknya je kang yang banyak songeh, nak ini nak itu..

Derrrrrrrrrrrrr, kenapa la sekarang baru aku nak terpikir. Nextweek dah start puasa kot. Takkan nak shopping masa bulan puasa.
Ayokkkkkkkkkkk...

Now aku sendiri dah serabut...
Jap gi nak listkan apa yang nak kena beli. Banyak benda kot nak kena beli.
Duit, kemari ko duitttttttttttt... Come to mummy.

Eh raya pun banyak nak guna duit...
Ok la malas nak pikir *mata ke atas*

Love: Ceera =P

Give Away 10 set Thursday Plantation untuk 10 pengomen terawal

Hari ni saya nak jadi jurucakap untuk produk Thursday Plantation.
Akak-akak, adik-adik, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik... mari dekat sikit.
Sebab produk ini sesuai untuk semua peringkat umur tak kira yang tua, yang muda atau pun babies...
Ye, untuk babies pun ada...

Tapi bagi aku terangkan untuk satu-satu dahulu ye.

Sebelum itu, show off gambar dulu.
Macam biasa tengok ajer kat watson and gardian kan.
Tapi macam eh eh apakah ini? eh eh apakah fungsinya? eh eh nak tanya orang malu.
Jadi kita baca ajer la apa yang dah tertulis di belakang kotak/packaging. Lalu tak paham...

Aku biasa dah...
Biasa tak paham, hahaha...
Nak try produk baru. Tapi bila baca dia punya benefits, directions and info terus macam, letak balik la... lain kali ajer cuba.

Bukan la tak paham apa yang tertulis disitu, paham tu paham ler. Cuma perasaan sedikit was-was tu ada... Jadi selalu tangguh if nak cuba produk-produk baru yang ada dipasaran.

Dan aku yakin engko pun sama.
Tak perlu nak berdolak dalih disitu.

Saya bersama produk Thursday Plantation.
Baru semangat sikit nak tahu kan, cea cea...
Ko bayangkan muka kak nam aku bila aku bercerita pasal satu-satu produk TP ini okey...
Bayangkan muka aku yang gojes tau. Jangan yang selebet pulak.

Pertama: Kalau anda ada masalah jerawat.
Ada 2 steps dari produk TP yang anda perlukan.

Step 1: Tea Tree face wash for acne.
  • Tekstur dia jenis yang lembut dan berbuih. 
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensetif.
  • Mengandungi bunga chamomile organic yang disahkan.
  • pH balanced, mengandungi tea tree oil untuk membantu bakteria chamomile extract bagi menenangkan kulit.
  • excellent for daily used.
Step 2: Tea Tree Blemish Gel
Lepas cuci muka, terus letak gel ni kat tempat yang ada acne.
Rasa dia sangat sejuk dan menenangkan. =P



  • Mengandungi 20% tea tree oil. Terbukti membunuh bakteria penyebab jerawat.
  • Tea tree telah menunjukkan secara klinikal di mana mampu mengurangkan jerawat sebanyak 40-50%
  • invisible gel, boleh digunakan bila berada diluar. 
  • Best seller in Hong Kong dan juga Australia.
Wajib cuba!

Kedua: Sekiranya mempunyai masalah muka berminyak.
Boleh cuba produk dari Tea Tree Daily Face Cleanser.


Texture jernih dan likat sedikit.

Dan juga sedikit berat berbanding dengan foam wash tadi.

Kalau anda muka jenis berminyak 24/7 memang sesuai untuk guna cleanser jenis yang ini. Malah ia tidak akan membuatkan pores anda tersumbat dan muka menjadi kering.
Gunakan setiap hari bagi mengurangkan bacteria dan membuatkan wajah lebih licin dan lembut.

Ketiga: Mahu menggunakan organic soap untuk satu keluarga.

Tea Tree Organic Soap.
Boleh digunakan untuk semua peringkat umur sebab ia tidak ada bahan chemical dan 95% organic.
Bila guna untuk babies yang bawah umur setahun. Make sure jangan kenakan kat bahagian mata. Bahagian lain dibenarkan sama sekali. =P *body dan face*
No preservative and fragrance free.

Senang kan, satu sabun untuk satu keluarga. =)

Keempat: Sabun untuk kita-kita ajer.

Tea Tree Refreshing Body Wash.
  • Boleh di bawa kesana dan kesini sebab tube packagingnya memudahkan untuk di bawa travel.
  • 72% certified Organic ingredients
  • Ia lembut membersihkan tanpa mengeringkan kulit.


Kelima: Masalah kulit kering.
Ini adalah masalah suami saya. Dan ciput memang gunakan Tea Tree Dry Skin Relief. Lepas mandi ajer, mesti seharum semerbak ajer bau dalam bilik sebab dia akan sapu krim ni kat kaki dan tangan... Sampai keisha pun akan terikut-ikut sekali.


  • 70% certified Organic ingredients
  • a soothing, anti inflammatory skin lotion, contains moisturising macadamia oil, toning witch hazel and purifying tea tree oil.
  • removals of chemical emollients like UREA and dimethicone dan menggantikan dengan pelembap semulajadi organic
  • So sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering dan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit.
  • Apply 2 kali sehari kalau boleh.
Keenam: Satu cream untuk semua.

Tea Tree Cream
  • Kalau ada luka boleh apply this cream dan ia boleh membantu melindungi dan menyembuhkan luka.
  • Kalau ada masalah nappy rash pun boleh guna this cream.
  • Dan if ada minor skin irritations like eczema pun boleh try this cream.
  • for woman yang shave their legs boleh apply this cream to help prevent ingrown hairs.
Ketujuh: First Kid yang mudah di bawa kesana dan kesini.

Tea Tree Oil
Yang ni juga boleh diguna pakai untuk:
  • luka-luka yang kronik dan juga luka kecil yang boleh membawa kepada jangkitan
  • jerawat. 
  • Insect bites
  • Body pimples yang biasa ada kat belakang badan.
Cara penggunaan:
Campurkan dengan sedikit air atau boleh applied terus ke tempat yang sepatutnya.



Ok cukup. Ada 8 produk semuanya dari Thursday Plantation.
Boleh tanya if tak paham. =P

Dan ini sedikit maklumat tentang Thursday Plantation.
Ditubuhkan pada tahun 1976 pada hari khamis oleh Eric White. Sebab itu namanya pun Thursday Plantation. Dijual di 30 negara di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia, Iconic Australia brand Thursday Plantation telah melancarkan tea tree acne face di Asia yang mengandungi Formula antibacterial agent semula jadi.
Manakala Tea tree oil diperolehi daripada daun tumbuhan Melaleuca alternifolia.
Ia mampu untuk merawat pelbagai jangkitan kulit, kulat jerawat dan juga luka.

So jika anda rasa committed untuk menggunakan produk yang semulajadi pada kulit. Thursday Plantation boleh menjadi pilihan.

Berminat? 
Boleh dapatkan di Guardian, Watson, Caring, Vitacare. Aeon Wellness, ataupun di farmasi-farmasi persendirian. Tapi if takde masa nak bershopping di sana, maklumlah... busy memanjang. Juga boleh beli online di www.integriashop.com
Semuanya berada di hujung jari anda. Begitu mudah bukan?

Atau....
Atau....
Atau...

Berminat mahukan secara PERCUMA? jengjengjeng....

Wah korang, asal sebut percuma masing-masing buntang mata....
Tapi ko ingat aku senang-senang nak kasik free begitu sahaja.
No no no...
Haruslah kena buat mini contest.

Tapi contest ku senang sahaja.
Tak perlu buat entry, tak perlu wajib follow, dan tak perlu juga beri lengkapkan slogan kata, heh...
Apa yang perlu adalahhhhhhhhhhhhh...

Jawab dengan betul soalan ku ini...
Apakah tarikh lahir ceera, ciput dan keisha???
Siapa jawab dengan betul, aku akan bagi 1 set Thursday Plantation yang bernilai RM237.50.
Dan aku akan pilih 10 orang dari pengomen terawal yang jawab dengan betul. Ye bukan seorang malah, 10 orang.
Jangan lupa, give me ur email add supaya senang nak ctc.

Mudah bukan???
Aku rasa tak sampai seminit korang dah boleh dapat jawapan, sebab semua jawapan dah ada kat dalam blog ini.

Anyways good luck!
Berbaloi-baloi. Rugi kalau tak cuba.

Love: Ceera =P

Pemenangnya adalah....

Maaf la ye buat korang tertunggu-tunggu.
Pagi tadi aku balik rumah mak kejap hantor mak pergi bank.
Ni haaa baru pulang ke rumah. Itupun keisha tetiba demam. Badan dia panas. Asyik la datang kat aku, pegang-pegang dahi bagitau mam mam... Nak kasik ubat kena tunggu balik rumah dulu. Elok sampai rumah dia tido pulak. Jadinya, kita online la sekejap untuk buat pengumumam tergempar ini...

Terima kasih sebab join mini contest yang dianjurkan.
Ramai yang jawab betul. Dan ramai juga yang kecundang di tengah jalan...
Adik beradik sendiri pun boleh jawab salah apatah lagi korang kan. Coi zackU, ada ke dia jawab birthday keisha 14 jun 2011. Confident giler! Padahal 2010 kot...

So jawapan sebenar adalah:
Me : 30 Sept 82
Ciput: 8 Sept 82
Keisha 14 June 2010

Haaaa, siapa yang betul???
Disebabkan aku cakap aku akan amik pengomen terawal sebagai pemenang. Makanya, maaf kepada mereka yang komen lambat. Mungkin aku akan anjurkan contest lain pula lepas ini. InsyaAllah...

Dan 10 pemenang bertuah adalah...

  1. Seri
  2. Nurain Kamal
  3. Ummu Huraiyah
  4. Wawa Nadwa
  5. Azida Anas
  6. Noli
  7. Siti
  8. Cikeyrah
  9. Ming Ming
  10. Shakila Mubarak
Sila komen dan beri email add asap ye.
Sebab nanti pihak nuffnang akan contact anda tru email.

Terima kasih!


Love: Ceera =P

Bahasa Keisha

Sekarang ni ada few words yang aku dah boleh faham kalau keisha cakap. Ye, anak aku dah 2 tahun sebulan pun masih tak pandai cakap. Mungkin sebab mak dia pun tak banyak cakap, jadi secara auto anak pun lambat bercakap. *teori sendiri*

Tapi takpe, takde la dia asyik nak membebel-bebel je. Membebel pun pening jugak. Bebel dlm bahasa baby takpe, itu comels. Kalau kita cakap dia memang paham sangat-sangat. Cuma kalau nak sebut balik tu je yang dia tak reti.

Dan biasanya, kalau ada 2, 3, 4 patah perkataan, yang hujung je la pun dia sebut.

Tik = cantik
Mi = mummy
Come, jom = suruh ikut dia.
Owl = flower
Pah = tumpah
Dedi = daddy *kemain dedi manjang!*
Bat = ubat
But = rambut
Per = selipar or shoes
Do = tido
Mam = makan
Susu = susu
Air = air
Nana = ribena
Juk = sejuk
Puk = tepuk
Beg = beg
Book = buku
Baby = kekadang baby dlm perut, kekadang baby doll dia.
Bear = teddy bear
Alooo = hello
Kum = assalamualaikum
Awah = Allah
Amin = amin
No = no no no
Nanak = taknak
Wow eeee = wall e, maknanya dia nak utube
Pad = ipad
Kit = sakit
Cat = cat meow meow
Car = kereta
More = nak lagi
Tut = kentut, haha
Tuk = sleepy
Nat = penat
Yak = berak
Aiyu = i love u

Itu ajer yang aku ingat buat masa ni, kang kalau tetiba ada tambahan ku add sendiri. Lagipun ni saja nak buat simpanan sendiri sementara dia tak pandai cakap lagi.

Love: Ceera =P

Saya menang 1k. Terima kasih Colgate

Ada gaya diva tak saya, hehehe...


Mula-mula nak pakai cermin mata yang besar ni. Sekali bila amik gambar. Separuh muka ku hilang. Terus cari spek yang kecil sikit...

Best la finale party Colgate itu hari.
Event dia santai ajer. Tak serabut-serabut sangat.

Rugi kepada siapa yang tak nak join finale party Colgate yang aku ajak tempoh hari.
Kalau tak, boleh dapat berus gigi free, ubat gigi Colgate free dan Colgate Plax free.
Lepas tu, kalau ko bawak suami and anak terus dapat triple free. Si Nisa *anak jemah* yang tak pakai berus gigi dewasa pun dia bagi free jugak. Tak ke berbaloi-baloi.
Hoi, rugi pulak aku tak bawak Keisha. Kalau tak, setahun tak payah beli berus gigi, hewhew...

Terima kasih Colgate.
Berus gigi SlimSoft ni memang best. Korang kena cuba.
Memang la pattern dia nampak simple. Tapi biasanya yang simple tu la yang ohsem!!!


Tema: merah dan putih.
Venue: Bistro 42, Bangsar Village II


Dah penuh dengan tetamu...

Amboi ZackU, gediksnya ko....
Amboi cicot, comelnya awak...
Kat photo booth ni, lepas amik gambar nanti dorang akan terus print.
Dan gambar tu boleh la di bawa balik.

Kak Maya and Kathy.

Masa tengah melepak-lepak. Tetiba kak maya tegur.

Eh ni nama awak kan?
Mana-mana??? Ha a lah nama kita. Kenapa nama kita ada kat sini??? dorang ni takde nama orang lain ke nak letak. Takde idea lettew...

Kat kertas ni la ada nama aku. Sori blur. Camera aku nie susah sikit nak fokus.

Rupanya ada game daaaaa...
Game dia senang ajer.
Semua kat kertas ini adalah jawapan.
Contoh jawapan:
I have a pink toothbrush.
So ko kena la pergi tanya sorang-sorang yang ada kat situ.
Do u have a pink toothbrush?
Kalau dia ada, nanti dia sign la kat ruang kosong itu. Kalau dia takde, ko pergi la tanya kat orang yang lain pula...

Kan ke ada nama aku Zanira disitu. *ops, kantoi nama sebenar*
Dah macam artis dah aku. Semua serbu nak mintak sign.
Haihhhhhhhhhhhh susah jadi orang cantik ni. Pangggggggg...

Ok semua sila beratur ye. Jangan berebut-rebut. Saya akan sign sorang-sorang. Amik gambar kemudian. *ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn*

See.. adik beradik sendiri pun nak mintak sign

Lepas tu kemain gembira bila dapat tandatangan i. Kahkah...

Bukti dikerumi lagi, wahhhhhhhhhhhhhhhh...

Lepas dah isi semua, boleh la anta kepada mc.
Nanti dia akan carik sapa pemenang terpantas.
Yang pasti bukan lah kami-kami ni yang menang. Sebab masing-masing pun terhegeh-hegeh nak mintak sign kat orang.

Lepas habis game, baru boleh makan...

Smart kan.
Berus gigi itu adalah cake. va va va....

Lalu masing-masing pun kekaguman dan bergambar dengan cupcake dan big toothbrush.

Nyumssssssssssss...
Sekali sekala makan benda yang manis macam ni take.
Yang pasti, bila balik nanti sebelum tidur kena berus gigi..

Aku paling suka dengan dia punye sandwich dan cupcake.

Lepas habis makan. Dan dihujung event. Tak disangka-sangka ada penyampaian hadiah untuk entry Colgate paling best. Blogger yang buat entry Colgate ni ada 5 orang ajer pun.
Dan aku tak diberitahu pun yang ada pemilihan entry paling best.
Masa buat entry tu, aku buat macam biasa ajer la.
Tetiba bila nama diumumkan terkejut terpana aku sekejap.
Paling terkejut terpana bila dia cakap aku menang cek 1k.
1k uols, 1k... mana nak carikkkkkkkkkkkkkkk....
Alhamdullillah. Rezeki anak...

Muka terlalu gembira, terus nampak kembang.

Auwwwww malu.... masa nie ramai amik gambar saya.
Senyum pun menggigil-gigil, hehe...

Dan saya bersama peminat. Puiiiiiiiiiiiii..

Terima kasih Colgate-Palmolive.
Jasamu ku kenang-kenang.
Lepas ni confirm saya akan sayang Colgate seorang. =)


Blog posting ini disponsor oleh Colgate-Palmolive 

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998