Ada event Celcom.
Event last minit. Nasib baik aku free... kalau tak, tak merasa aku nak dengar pasal Celcom First.
Macam biasa, asal ada event, keisha mesti aku hantar ke rumah mama.
Ya allah, dah la hari rabu tu hujan lebat.
Masa otw ke Zoo negara, boleh tahan juling mata aku ni nak menengok jalan, denan nak menengok signboard lagi.
Tau la zoo tu kat mana. Tapi takut tersalah simpang pulak nak uturn. Bila nampak signboard uturn baru rasa lega sikit.
Sampai-sampai tak payah payung semua terus aku keluar berlari manja ke entrance.
Daftar segala. Dia suruh naik trem untuk ke wild cafe.
Tengok tengok dah ramai manusia...
Tapi belum start ye, syukur alhamdulillah.
Aku dah risau dah sampai lambat. Tapi andrew kata start jam 3. Aku sampai be4 jam 3.
Beberapa minit lepas tu, tanpa membuang masa terus CEO Celcom, Dato' Sri Shazally Ramli ke depan untuk bercakap tentang Celcom First. *itu aku bagitau kendian*
Aku yang konon-konon berlagak media ni, terus ke depan pergi amik gambar.
Kalau takde gambar, takde la bukti.. =P
Dan ini bukti saya media, harhar...
Aku harap takde la yang kesian kat aku sebab memboyot-boyot macam ni masih gigih kedepan amik gambar.
Dah la tempat dia boleh tahan sempit.
Nak kempiskan perut pun tak boleh. Ahhhhhhhhhhh aku lalu ajer. Ke tepi ke tepi...
Boss-boss celcom.
Ko nak yang mana?
Ok, meh sini saya citer sikit pasal Celcom First.
Sesiapa pengguna Celcom boleh la bergembira, sebab Celcom First Voice merupakan pelan suara baru oleh rangkaian No.1 Malaysia. Di mana, anda boleh alami sendiri kelebihan dan pengalaman baru dengan Celcom.
Bak kata dato'
“With Celcom First Voice plans, customers can 'step up' to Celcom Territory's advantages. We realised that our customers have very significant needs, thus, Celcom provides them with priority services and privileges, while allowing them to have control and the right tools for their convenience. Ultimately, that‟s exactly what Celcom First Voice plans provide. We want to address our customers' increasingly varied requirements by offering an superior solution for all their mobile communication needs wherever they are within Celcom Territory which is why we are introducing Celcom First Voice plans as part as our voice resuscitation initiative.”
*aku malas nak translate*
Antara ciri-ciri yang boleh pelanggan nikmati:
One Rate - Pelanggan boleh menikmati satu kadar rata mudah alih dari serendah 10 sen bagi voice, video, SMS dan MMS ke semua rangkaian, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Real Rate - Caj akan dikira dalam masa sebenar untuk semua voice, video, SMS dan juga penggunaan MMS, supaya pelanggan tahu kadar penggunaan sebenar mereka.
Auto Rate - Pelanggan secara automatik akan dinaik taraf kepada kadar yang lebih rendah ketika penggunaan mereka mencecah pada peringkat yang lebih lama. Bermakna lebih banyak mereka berbual/gunakan, lebih banyak mereka save.
Pick a Paid - Ini paling best! Pelanggan bakal menikmati fleksibiliti untuk memilih cara pembayaran, sama ada melalui bil atau kaedah prabayar/prepaid.
Tak perlu tunggu hari isnin nak buat bayaran. Hari weekend pun ko boleh setelkan bil dengan menggunakan prepaid. Takpe, nanti ko akan paham jua.
Pay Your Way - Menyediakan kemudahan membayar bil mereka menggunakan kad tambah nilai.
Ini yang aku cakap tadi. =)
Smart Menu - Boleh menguruskan akaun sendiri pada bila-bila masa dan di mana juga. Kerana pelanggan berpeluang mengawal sendiri perkhidmatan talian via self-help menu.
First Advantages - Bagi pelanggan Celcom Voice Plan Elite bakal menikmati keistimewaan VIP seperti perkhidmatan pelanggan peribadi, a dedicated services number, free data, customer service personnel to assist with requests, and the advantage to be the first to know about Celcom events and product launches.
Amacam? menarik bukan?
Sesiapa yang tak guna celcom, boleh tambah satu lagi phone dan guna Celcom. Berbaloi-baloi...
Lepas tu, ada juga dorang tunjuk TVC Celcom First yang baru.
Memang best. Gajah jadi model.
Yang tu ko boleh tengok kat sini. http://www.celcom.com.my/ ada gambar gajah kecik kat belah kanan. Click situ.
Tak salah aku, tak keluar lagi kat TV.
Dan gajah tersebut adalah Triang...
Tu pasal, kita buat launch Celcom ni kat Zoo...
Triang ni warga zoo negara. Pandai dia berlakon, hekhek...
Triang sedang bergosip...
Dan ini dia Triang. Umur 32 tahun. Masih single mungkin, hahaha...
Sangat peramah okey. Siap buat show menari lagi dengan kitorang.
Tapi sekali dia berderum bergegar telinga kitorang.
Aku pulak siap bayang-bayang. Kalau la gajah ni terlepas mana aku nak larik. Hahaha.. takut wooooiiiii.... Sebab besar sangat kot dia. Dengar gading dia tu yang panjang... phewwwww....
Aku syak zirafah ni jeles sebab semua orang bagi perhatian kat gajah. Sorang pun taknak tengok dia.
Ok la, setel sudah urusan kami di zoo negara.
Sekarang mahu balik dan carik makan. Kelaparan tahan max!
Love: Ceera =P



