Instagram

Wedding of the year - Peej Burhan

Semua dah update pasal wedding peej. Jadi aku pun taknak kalah. Nak update jugak. Lagipun, aku nak tiru Izyahya untuk menjadi traffic hunter. Miahahaha... Semoga berhasil. Lol.

Jadi peej, nanti aku tweet please RT okey. Wahhhhhhhhhh over sangat nie. Hahaha...

Terserempak dengan Ai sebelum masuk dewan.
Ai, awet muda sungguh ko. Anak dah besar panjang pun ko tetap nampak macam anak dara. Jeles mak.

Dewan ni kat Kem Wardieburn. Masa dah sampai baru aku ingat yang aku pernah sampai sini dulu. Tina pun buat wedding kat sini jugak. Punye la aku menyindir ciput cakap, B nie lupa eh kita pernah datang sini masa wedding Tina dulu. Yang ciput pulak, B tak pernah okey sampai sini. Mana ada B ikut masa wedding tina dulu...

Lalu bertikam lidah la kami sekejap...

Dah lama-lama baru aku teringat, rupenya aku datang wedding tina dengan kiki. Itu pun kiki yang tunjuk jalan. Kahkahkah.
Nasib baik aku tak terjatuh longkang sebab tak percaya cakap suami.

Oh, syukur alhamdulillah masih ada baju yang muat.
Ini pun baju yang ke tiga ku sarung...
Rasanya, bulan lepas semua baju masih muat. Tetiba semalam, masa nak sarung baju kurung dah tak boleh nak kancing okey... Baju kedua, langsung sendat. Baju ketiga nie haaaaa baru selasa di pakai. Itu pun aku tarik kain dia sampai ke atas. Maka senteng la sikit kainnya.

Bulan depan, mungkin semua baju pun dah tak muat... T___T

Pengantin kita.
Peej Burhan & DotDot aka Ben.
Huwaaaaaaaaaaaaaa mak tersurprised. Mak tertipu jugak!!!
Dari jauh, aku usha... eh macam ben.. tapi macam, yeke ben???
Datang dekat, YE ITU BEN!!!!

Pandai ko menkaburkan aku ye Peej, wpon sebelum ini ku musykil juga masa baca blog ko.
Siap cakap dalam hati.
Untung Peej dapat bf baru yang rajin. Sejibik macam Ben sebab rajin. Rupenya memang Ben... *kembang kuncup hidung*

Kalau sudah jodoh tidak ke mana....
Kang aku nyanyi lagu PRamlee pulak kang!

Sebelum datang, dah penuhkan perut dia dulu. Supaya senang kami suami isteri nak makan.
Actually, perut aku pun dah penuh makan nasik ayam kfc. Masa sampai, nampak la ko macam ala-ala diet gitu makan sikit, padahalllllllllllllllll....

Baju baru keisha dari T&T.
Suka sangat... cantik!!!
Nanti aku ingat nak jual baju lama-lama keisha... tunggu aku rajin okey.

Ceera and Keisha.

Masa ni keisha meroyan sebab nak pegang camera aku.
Aku nie dah la jenis sayang barang. Pedulik la dengan anak sekali pun kan. Dah kalau dia pegang pastu jatuh, ahkak jugak yang menangis tak berlagu...

Kami sekeluarga...
Masa nie tengah menunggu turn nak amik gambar dengan pengantin.
Wajib tunggu okey, walaupun peluh sudah bertik tik di dalam baju.

Sampai juga turn kami...

Mekap cantik, baju cantik, dan wedding pun nampak simple.
Aku suka wedding simple macam nie... Selesa mata memandang. *macam wedding aku, simple je. Wahhh nak jugak haha*
Dah tu, dapat lepak lama-lama tanpa ada rasa bersalah. Mungkin sebab kitorang pun sampai lambat kot. Cer sampai awal, mungkin rasa bersalah jugak.

Dan sebelum balik, kita bergambar pula dengan blogger2 yang ada...

Bersama tauke Raynaa dan juga PB - Farah. Sapa nak PB boleh beli sama dia...

Ini pulak akak angkat zackU - Filla
Kemain.... akak dah ramai pun nak berangkat-angkat lagi ko ye... *cubit dia, cubit dia*
Filla adalah blogger femes wooooooooooooooo.... nak tumpang glemer jugak la sikit. eheks...

Anak-anak Filla.
Acih dan amaani.
Sukahati je dia cakap anak dia si amaani tu dah 19kg. Tak ke terkejut beruk mak ko dengar. Dah la sebaya dengan keisha, takkan 19kg... beza dengan keisha 10kg kot...
Bila dah balik, dok tweet ke aku bgtau amaani rupanya 13kg... Ceh, berat anak sendiri pun boleh lupa..

Tapi amaani nie memang semangat ko...
Tak sanggup aku nak angkat.
Takat acah dia dari dekat, mampu la...
Kalau angkat, terberanak terus kot.
Patut la emak awak kurus, angkat awak ajer memanjang...

ZackU si mata sepet...

Ok itu ajer gambar yang aku ada.
Gambar candid segala memang tak ada...
Laki aku tu, selagi ko tak suruh dia amikkan gambar. Jangan harap dia nak pegang camera.
Walaupun begitu, saya tetap sayangkan dia. *mata ke atas*

Selamat pengantin baru buat Peeja dan Ben. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Dan selamat mengharungi kehidupan sebagai suami isteri. Sangat happy untuk korang berdua. >_<

Love: Ceera =P

Mummy dating berdua dengan Daddy

Jap nak sambung cerita kena tinggal dengan anak.
Di hari yang sama masa keluar menggedik dengan adik beradik, balik-balik tengok anak takde kat rumah. Baru ajer dalam pikiran ku, hoyeahhhhhhhhhh nanti dah sampai rumah, mesti keisha gembira dan sambut aku depan rumah. Ye la, orang tak bekerja... jarang di sambut. Hihi... Jadi agak gembira rasanya sekali sekala di sambut oleh anak sendiri.

Tetiba sampai rumah sunyi jer.
Pergi dapur tengok ciput tengah baca paper.


Eh mana keisha???
Ma bawak keisha pergi amik leena kat opis.
Oh ye ke.... *kejap lagi balik la tu.

Dan tetiba lagi ma call, bagitau dorang balik lambat sikit sebab nak berjalan-jalan dahulu di Sunway Piramid.

What???
Lambat la anak aku balik macam nie.
Sedehhhhhhhhhhhhhh... terus rasa macam sebak. Hahaha aku tahu aku over. Sebab jarang aku over sedih bila anak takde. Terus aku macam mengadu-ngadu kat ciput cakap... ayang punya balik cepat-cepat sebab takut keisha bla bla bla sekali bla bla blaa....

Ciput pun pujuk-pujuk la..
Eh mamat nie, dia pergi pujuk pulak. Aku dah la pantang tengah sedih-sedih orang pujuk, lagi rasa nak tik tik tik...
Pastu tetiba ciput pulak nak merajuk kat aku. Amboi amboi amboi. Potong betul!

Ayang nie, B ni macam dah tak penting dah... B kan ada.. bla bla bla..
Hollohhh hollohhh hollohhhh.. terus rasa bersalah. =P

Dalam masa yang sama kitorang plan nak kesini sana. Haruslah amik kesempatan yang ada.
Mula-mula ingat nak pergi tengok wayang. Tapi rasanya takde movie yang best skang nie. Jadi kitorang keluar untuk carik makan sahaja.

So ke Jusco kitaaaaaaaaaa....
Makan kat restoran black Canyon. Restoran thailand kap kun kap...

Terblur pulak.

Ini la suami saya... ceaaaaaaaaaaaaaa...

Pakai baju siang tadi, sebab aku cuma bawak baju tido ajer kat rumah mertua. Baju jalan semua yilek. Nasib baik aku wangi... Boleh la sarung semua baju yang ada.

Padan muka keisha takde, mummy minum air dap dap....

Pastu daddy order icecreammm... dap sangat oh. Adan uke keisha... dan ukeee... *padan muka versi manje* Ecehhhhh...

Dia punye tomyam memang terbaik wok... pedas menyengat. Sekali hirup tak boleh berhenti...

Sengaja order western. Konon diet... Konon ajer la. Lepas tu melantak nasik ciput. Ekekekeke...
Kalau dah tekak melayu tu tekak melayu jugak. Nasik jugak ko carik.

Dah kekenyangan. Jalan-jalan dalam jusco carikkan buku baru untuk keisha.
Dapat la 5 buku... Puas hati.

Balik tu, ingat keisha dah ada. Sekali masih nan ado...
Jam 11 kot baru dorang sampai...
Elok je minah tu masih bergembira tak tido...
Keisha sampai terus aku peluk dia. Hehehehe.. Pastu tanya, keisha rindu mummy tak? mummy rindu keisha... Dia punye balasan, peluk aku sambil tersengih-sengih. Nak jawab tak reti, dapat pelukan pun dah happy. Hehehehehe...

Love: Ceera =P

Kali ini kami sudah berlapan

Ikutkan hati aku yang malas ini. Nak ajer ku peram cerita ni lagi seminggu dua. Tapi disebabkan si mata sepet mahukan gambar, terpaksa la ku update juga... nak tag kat FB memang mintak maaflah. Tak kuasa mak encik. Dah la aku antara maknusia yang paling malas nak upload gambar di FB. Kalau tetiba ada tu kira mood rajin la tu. Cuma nak tunggu mood rajin tu datang, setahun sekali tak tentu ada... pffftttt...

Ok straight to the point ajer la ye.
Amaran: Entry ini panjang, dan gambar pun banyakkkkkkkkk....

Pertama-tama aku nak letak gambar ini.
Kahkahkah...
Ini gambar carik gaduh namanya. Nak mendajalkan zackU. =P
Tak sopan betul ko makan na, cuba tunjuk sikit anak dara tu sikit. Miahahahaha...

Ok dah letak gambar ko yang cute sikit.

Kejadian: Jumaat lepas.
Kami berjimba adik beradik di MidV di waktu kerja.

Dorang nie memang suka berjimba time aku tengah mengandung la. Time aku baru habis pantang la. Masa aku selim melim vogue de vazzz takde pulak nak berjimba. Saja je kan!!!
Tapi takpe, walaubagaimana pun situasiku. Berjimba tetap berjimba... *anak tinggal kat rumah mertua, =P*

Lepas tu siap ada tema pakaian.
Sila pakai warna pelangi. Hek eleeeeeeeeeeeeeeeeee.... gua dah la gemuk. baju pun sedehhhhhhhhhhhh... sekali kena pakai baju yang macem macem pulak. Pang sorang sorang nak?
Dan tetiba dorang suruh aku pakai baju hijau. Dah celah mana pulak haku nak carik baju hijau. Dah berkurun lama aku tak beli baju hijau. Ada tu memang la ada. Tapi semua yang jenis fit. Takkan aku nak tak sedar diri pulak pakai baju fit sedangkan gemuk nauzubillah...

Pagi tu, bertapa aku duduk depan lemari tengok baju apa yang nak dipakai.
Mula mula nak pakai baju color cekelat...
Tapi kalau pakai baju cekelat, dah pening pulak nak carik seluar apa nak dipadankan. Dah la semua seluar aku dah ketat.. Pastu teringat, ada satu seluar tu aku terbeli besar sikit. Size M. Ok mari kita try... Eh eh... muat. Tapi aku syak petang sikit confirm senak ni sebab pagi-pagi biasa la. Kurus dari biasa. Elok ko makan tengahari terus perut ko menaik sikit. Jadi aku taknak amik risiko untuk pakai seluar.. lalu terus amik dress putih yang ada...

Ahhh lantak la sama dengan siapa pun baju putih nie. Yang penting aku selesa.
Oh, syarat dia ko takleh pakai baju yang sama color dengan yang lain. Kalau tak kena denda belanja bfast. hewhewhew...

Bila aku sampai ajer, tersama pulak dengan kaklang. Padahal memang tahu kaklang yang bakal pakai baju putih, hehehe...
Terus semua pun cakap, haaaaaaaaaa ko belanja bfast.
Kakcik beking sebab dia pakai baju merah sama dengan ninie. - ko jangan layan dorang tam.. cakap je malas nak layan. Malas nak layan. Hahahaha...
Aku pun, ok la jom gi shopping baju dulu. Atam sanggup beli baju dari belanja korang nie. Hahahaha.. dasar kedekuit.. =P

Lepas dah lepak makan bfast di Jam 11.
Kitorang terus ke tempat bowling. mahu main bowling.
Masing-masing sengal bowling. Tapi saja nak tunjuk heibat...
Kakcik paling sengal okey. sengal kelakar. Sebab kitorang semua ada = 8 orang. Jadi dipecah-pecahkan group kepada 2. Aku and zackU, Akak and kakida, andak and kaklang, ninie and kakcik.

Andak and kaklang = Geng korea kononnya. Sebelum main bergambar kemain lagi siap buat bentuk love bagai.
Yang kakcik pulak dengan berlagaknya terus cakap.
Ninie, kita tak payah amik gambar sebelum okey. Nanti kita terus amik gambar kemenangan ajer. Pastu buat pantun. Pergi ke kedai beli benang, kita pasti akan menang.

Aku rasa nak bunuh diri ajer lepas dengar pantun kakcik. Kelakar habis. Hahahahaha...

Kat sini pun kakcik sengal jugak. Eh memanjang la dia sengal. Tak tertahan-tahan rasanya...
Kitorangkan semua tak reti pasal bowling nie. Jadiknya, macam-macam la kitorang tanya kat orang yang jaga kaunter tu. Yang kakcik boleh cakap apa tau..

Dik, nanti boleh tak naikkan kat tempat longkang tu dik.
Eh mana boleh kak. Itu untuk budak yang 12 tahun ke bawah ajer.
Takpe la dik. Time akak ajer adik naikkan. Time dorang ni semua, adik turunkan balik.

Derrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
Semua pun gelak mengekek-ngekek.
Apa ajer yang keluar dari mulut kakcik, semuanya kelakar okey... =P

Kasut bowling saya. Size 5 please...
Kalau kasut biasa, size 6 ye. Cuma size kasut bowling nie kan besor. Ini pun pakai longgar2...

Tak reti mainnnnnnnnnnnnnn...
Takat baling ajer reti la.
Dah la aku mengandung. Risau jugak sebenarnya. Jadi amik bola yang paling ringan sekali untuk di baling. Bola berat-berat tak dibenarkan angkat.

Bergambar dulu sebelum main.
Kitorang punya la bising time ni. Gedik pun ye jugak. Aku syak kalau orang yang perasan tak gedik tengok kitorang mesti stress dan bakal tweet yang bukan-bukan. Miahahahaha... Tapi, ada kitorang kesah. Cer ko berkumpul ramai-ramai dengan gadis pujaan korang. Mesti korang pun bakal gediks sama...

Tapi sebbaik masa kitorang main, tak ramai yang main. Sebab pagi kannnnnnnnnnnnnnnn, jumaat pulak tu. Jadik boleh la over sikit.

Geng saya...

Bergabung tenaga bersama. Ecewahhhhhhhhhhhh....

Gaya kena ada... walauponnnnnnnnnnnnnnnn...
Gambar korang yang lain kuasa ahkak nak letak. Banyak sangat!!!
Macam biasa, kakcik la paling over. Sebelum baling, siap praktis kat belakang cara nak baling. Motip nye punnnnnnnnnnnnnnn...

Warna oren paling ringan.
Warna pink paling berat.
Sorang pun tak angkat yang pink tu. Motip letak situ mesti nak bergambar ajer kan...

Sepetnya mata ko naaaaa....

Setiap kali strike or spare... nanti kitorang ada buat gelek khas. Dan gelek paling heibat dipegang oleh akak and kakida. Mantap siot menggelek. Sebab tu la kot dorang yang menang bowling tengahari tu. Cis...

Dan budak yang siap berpantun tu adalah pengkalah terhebat.
Muahahahahaha... *eleh, beza mata kalah dengan kitorang 8 ajer pun. Nasib baik tak kalah*

Result

 1st game

 2nd game.


Berlagak sungguh pemenang itu...

Lepas tu kitorang terus ke redbox untuk berkarok.

Eh malas pulak aku nak bercerita dah, hahaha...
Kat karok macam biasa la. Nyanyi laaaaaaaa...
Aku ada video kakcik nyanyi lagu dangdut. Siap gelek. Tapi macam taknak letak pulak.
Lepas tu ada video andak nyanyi lagu ning baizura... kelas uols!! tu kalau korang tengok sure gosok-gosok mata sebab tak sangka si jemah begitu orangnya.

Tapi hok tu nanti kena kawtim dengan kaklang. Sebab perempuan tu yang amik video andak. aku tak amik, sebab masa amik video kakcik tu bateri camera dah kong pulekkkkkkkkkkkk...

Saya bersikap sopan je masa dalam bilik karok. Joget pun takleh over sangat, sebab masa nie perut dah senak sikit. =P

Makan makan...

Sampai jam 6 disini...

Dan gambar-gambar yang lain, dasar malas sudah!


Punya la aku balik laju-laju sebab kesian keisha kena tinggal lama-lama. Sampai-sampai rumah, rupanya keisha takde. Dia ikut oma and papa pergi amik mama kat tempat kerja, lantas berjalan-jalan ke sunway piramid. Amboiiiiiiiii

Mummy terkena balik ye...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998