Instagram

Geng si bibir merah - Part 2

Dasar malas nak pikir tajuk la nie. Jadi kita main letak saja part-part disitu, padahal hari berlainan dan tempat yang berlainan, =P

Hey manjers, berkurun jugak aku nak tunggu korang email gambar ni kat aku tau tak. Mentang-mentang aku tak mintak, engkorang pun malas la ye nak email kat aku, coi! Jadi aku main cilok ajer gambar yang ado di blog kathy and FB, asal ado...

Si yana, dia ajak lepak lepak. Aku ok je kalau lepak. Sekali eh eh, ada tujuan lain pulak sebenarnya... katanya nak sambut birthday dynas. Aku pun macam, emmm kalau sambut birthday dynas taknak la. Malas la, nanti jadi kayu. Aku kan jenis tak peramah sangat, so tak berapa minat la lepak dengan artis nie, sebab nanti aku tak boleh nak feeling artis, eh... =P

Bila yana cakap, lepak kejap ajer. Lepas tu caloo lepak tempat lain. Aku pun ok kan saja.
Gitu takpe. Kalau lepak lama-lama berkurun-kurun mak tak kuasa....

Janji kat the curve.
Keluar rumah jam 6. Lepas tu jem kat depan tol 50sen *yang sekarang sudah tidak ada* boleh tahan kejam jugak la. Aku nak lalu penchala link, nak taknak kena lalu situ jugak. Mahu sejam setengah okey baru aku sampai kat the curve, pffftttttt....

Rasa nak pitam ajer time drive, sebab kelaparan mengatasi segalanya. Lagi best bila dalam keta langsung tak ada air. Memang sangat nice lah!

Sampai-sampai terus menggelupur order makanan. Dapat makan terus rasa sorga. Licin okey aku makan walaupun hanya mee goreng.

Datang pucat lesi. Kat sana baru pakai lipstick.
Dah semua pun pakai merah, mak pun taknak kalah la kan. Nak jugak bibir merah.

Tadaaaaaa...
Tayang bibir masing-masing. Tak habis-habis kan. Padahal nak lepak saja ajer. Tu pun nak ohver.

Dalam jam 8lebih macam tu.
Yana ajak pergi ke tempat dynas.
Dia planning, masuk-masuk ajer restoran tu kami berempat kena nyanyi lagu happy birthday kat dynas.
Aku pun macam WHAT!!!!
Bukan aku ajer la. Kathy, ayu pun WHAT jugak!!
Lalu, masing-masing taknak taknak taknak. Apahal kitorang pulak nak kena nyanyi. Malu okey, tak kuasa!!
Ada la dalam 5 minit berdiri depan restoran taknak masuk sebab malu nak nyanyi punya pasal. Hahahaha...

Yana ni macam tak tahu pulak kawan-kawan dia ni pemalu orangnya.
Tetibaaaaaa nak kena nyanyi pulak. Huwaaaaaaaaaa... kejam kejam!!!

Tapi nak taknak terpaksa jugak. Sebab haruslah jaga air muka kawan. pfffttttt...
So, kami pun masuk sambil menyanyi lagu birthday *blushing*
Sebbaik masa masuk dalam tu nyanyi, yang segerombolan geng di meja dynas pun bangun menyanyi sama. Jadi, tidak la malu sangat.

Aku cover malu dengan konon-konon amik gambar. Hebat bukan? kahkahkah...

Gemuknya sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Berdiri sebelah orang kurus dan tinggi, nampak aku begitu gemuk dan pendek. Tsk tsk tsk....

Duduk di ceruk ceruk. =P

Bersama dynas yang sudah mengandung 6 ke 7 bulan entah.
Tapi perut dia comel... Kalau aku dah macam tong drum dah.

Hadiah yang tak seberapa untuk dynas. Kitorang tumpang tanda tangan ajer. =P

Bersama pasangan kekasih yang bakal berkahwin bulan Mei ini.
OK scha sangat kurus okey. Kurus yang benar-benar kurus. Dan kurus yang cantik...
Tengok kaki dia, buat aku tengok kaki aku. Omgeeeeee... macam kaki aku 2 kali ganda dari kaki dia... padahal dia lagi tinggi kot dari aku. Arghhhhhhhhhhhhh... stress mak encik. Takpe, lepas aku beranak kang aku work out habis-habisan. Nak kurus macam scha jugak, nak nak nak!!!

Dalam tv dia takde la nampak kurus sangat kan.
Tapi sebenarnya, ketahuilah... memang langsing ok scha nie...

Dalam setengah jam lepak secara kaku. Tetiba ila bbm bgtau dia dah sampai kat secret recipe. Apa lagi, terus calooo...

Dan aku pun order lagi makanan sebab lapar.
Hey, memanjang ajer lapar.
Tapi SR nie memang bad servis kan... order salad sampai sejam baru nak sampai. Rupanya dia lupa nak hantar order, pui...

Sampai rumah jam 1030 malam.
Keisha pun dah tido. Tapi aku sampai sebelum ciput sampai, sebab dia pun keluar jugak malam tu. Ada meeting dengan budak sekolah pasal bola. Sebbaik aku sampai dulu, kalau dia sampai dulu... mati kena bebel.

Love: Ceera =P

Naik balloon panas

Macam tak sangka oreo dah 100 tahun. Rasa macam baru je kenal dengan oreo nie.
Ke kat Msia oreo lambat masuk??? wateverr la.. yang penting oreo sedap. Milk shake oreo pun sedap. Icecream oreo yang kat mcd tu pun dap dappppppppppp....

Apa saja yang berkaitan dengan oreo memang sedaplah!

Ciput berada di dalam belon panas itu.
Aku kat bawah. Keisha juga di bawah. Aku and keisha tak nak naik, takuitttttttttttt...
Ok bukan lah takut sangat, tapi macam eh malas la haku nak naik.

Waktu pagi, anak beranak muka sememeh.
Nak ajak keisha mandi pagi sikit punye payah. Jadi aku mandi dengan dia sambil berdukung. Sabun pun ala-ala saja. Asal basah!

Biasanya, keisha kena warming up dulu. Bangun pagi tak boleh terus mandi. Kena bagi makan dulu, lepas tu kasik dia main-main dulu baru ajak mandi. Ni tetiba pagi-pagi, dah la kena kejut, di paksa mandi pula. Jadi begitu la jadinya. Anak dengan mak tak berapa nak siap, kahkahkah...

Semangat makan oreo masing2. Percuma, apa lagi. Rembat lah...

Keisha pun over, lepas satu satu oreo dia makan....
Kalau kat rumah aku kasik, satu tu pun bercinta dia nak habiskan. Mungkin suasana yang meriah buatkan dia rasa seronok nak makan.

Sebelum balik, kita lepak-lepak dulu...
Masa nie baru jam 9.

Bersama bloggers yang saya beri tiket untuk naik hot air balloon... Izza and nano.
Oh ko tak tahu? aku buat contest kecil-kecilan di twitter, siapa RT terawal aku kasik tiket. Begitu....
Dua-dua aku first time jumpa. =P

Mereka gila membaking tau.
Kalau nak resepi segala jenis cake, silala ke blog mereka. Ko boleh telan telan air liur tengok dorang punye cake. Aku yang tak minat cake ni pun boleh terasa nak buat cake bila tengok entry cake dorang. Cis...

Sebelum caloo...
Masing-masing pegang oreo sebab nak amik video 'Happy Birthday Oreo'. Lepas tu oreo terus masuk ke dalam beg masing-masing. Haha...

Anyways thanks oreo kerana bagi kami naik belon panas secara percuma....
Happy Birthday yang ke 100...

Love: Ceera =P

Geng si bibir merah

Aku baru beli lipstick merah makngah. Tu yang kemain hover lagi keluar pakai lipstick merah. Muka tak berapa mekap, tetiba bibir amik ko. Dari jauh dah nampak bibir ko sajer...

Aku: Manjer, ko mekap tak nanti???
Yana: Aku biasa la... mekap lite2 ajer.
Aku: terpaksa la aku mekap jugak sikit2 nanti. Malas kot! Hmmm aku nak pakai lipstick merah la kalau macam nie...
Yana: Ko sesuai la... muka ko putih, aku ni kalau pakai merah... mesti burok.
Aku: Banyak ko punya putih. Ko pun sesuai la manjer, cuma tak biasa ajer. Takpe, nanti aku bawak ko try okey...
Yana: Baik lahhhh...

Bermula la episode memakai lipstick merah di dalam restoran sushi. Haha...
Dah semua pun bibir merah, dah macam kumpulan si bibir merah plak...

Kathy yang ajak makan sini. Katanya teringin benar. Masa ni dia tak bagitau lagi dia pregnant. Jadi kitorang takde la heran sangat bila dia cakap teringin-ingin. Biasa la. Orang tak pregnant pun banyak teringinnya... Dan aku pun taknak la poyo bila orang nie cakap, eh teringin makan nie la, lepas tu tanya... eh ko pregnant ke??? pffftttt sikit-sikit serkap jarang. Pantang cakap benda benda macam tu, manjang nak tanya engko pregnant ker??? derrrrrrrrrrr...

Tetiba bila dia umumkan dia pregnant. Semua pun dah macam histeria kegembiraan... Hahaha..
Lawak je kalau ingat balik. Ko bayangkan dia punye histeria, menjerit-jerit sambil tangan terangkat-angkat. Badan ke kiri ke kanan. Sebab duduk kan, kalau berdiri dah lama melompat. Sebab duduk tangan pun boleh jadi gantikan lompatan...

Paling best sebab beza dengan aku sebulan ajer...
Eeeeeeeee seronoknya ada geng mengandung...
Nanti bila masing-masing perut dah besar kalau jalan berdua mesti rasa lain macam. =P

Lipstick dari sephora. Sumpah cantik dia punye merah. Nanti la, kalau aku mekap elok-elok sikit, pakai lipstick tu kang aku show off kemerahan dia....

Murah pun murah ok. Dalam 59 kot.
Ko amik yang benar2 red. Tak salah aku code 01 *The Red* kot.
Nanti nak beli lipstick betul-betul pink pulak. Sebab menjeles tengok nora danish cun pakai lipstick pink...

Kathy and ayu pakai lite sangat!
So tak berapa nak nampak...

Sebenarnya, aku bukan lah penggemar sushi.
Tapi suka nak cuba-cuba hingga gemar.
Dulu masa muda-muda, pernah makan sampai terkeluar balik. Bila dah kawin dengan ciput, selalu makan hotel jadi selalu juga try. Lama-lama tekak boleh terima pulak...

Dan sekarang memang betul-betul boleh terima. Dan sudah terasa kesedapannya... yeahhhhhhhhhhhhh....
Cuma aku pandai makan kosong ajer la. Tak pandai lagi makan dengan kicap and wassabi.

Bila dah kenyang... ayu keluarkan map dan perancangan untuk ke Bandung nanti.
Gila teratur okey pompuan nie. Semangat habis.

Membuat perbincangan.
Iols ikut ajer nanti. Cuma nanti mungkin aku tak follow korang kemain over la sebab aku bawak keisha. Keisha tido aku balik hotel, nanti dia bangun baru aku keluar balik. Kalau tak buat macam tu, takut dia mengamuk. Anak aku ni wajib tido petang, kalau tak nanti dia cranky susah...

Tak sabar nak tunggu bulan 5. Ala masa tu aku baru 5 bulan. Masih cargas lagi nak berjalan. Biasanya kalau shopping cargas sajaaaaaaaaaaaaa....

Love: Ceera =P

Mataking Island - Part 5 - Last Day

Last entry untuk mataking island, yahooooOOooo...
Nanti aku cerita segala costing nak ke Pulau Sabah ini ya...
Tapi itu di hujung-hujung cerita la...
Now nak cerita berkenaan dengan makan-makan di sana...

Kat sini, mana-mana pun WAJIB tanggal kasut. Mereka mengamalkan konsep 1Malaysia. Orang msia kan masuk rumah tak pakai kasut. Jadiknya, omputih kat sana.. asal masuk cafe ajer tanggal kasut, masuk rumah pun tanggal kasut, kat lobby pun kena tanggal kasut and tempat mereka nak berkumpul untuk diving pun kena tanggal kasut... Senang kata, semua tempat ko kena berkaki ayam, kecuali berjalan di tanah der....

Paksa keisha senyum sambil suruh dia buat eeeeeeeeeeeee... hik hik hik. Sampai terkecik-kecik mata ko nak.... Dah besar ni, susah benar nak suruh dia senyum bila bergambar. Dulu time kecik, asal nampak camera laju ajer senyum...

Makan kat sini adalah buffet...
Menu adalah berbeza setiap hari.
Takde la ko bosan sangat.... Cuma jangan harap la nak makan seafood yang fresh ye... biasa-biasa je pun makan kat sini. Takde apa yang special sangat.

Keadaan di cafe.
Bawah adalah laut.
Kalau air pasang dengan ombak kuat sekali gus. Boleh terpercik air sampai atas.

Tempat duduk kami dari awal sampai balik.
Situ kalau ko perasan dia ada letak nama kita dan bila kita datang dan bila kita calooo.. Sebab tu, ko memang duduk situ saja sampai ke sudah...

Budak ni talak reti duduk diam woooooooooooooo....
Asal kita jalan amik makanan dia pun nak ikut sekali...
Tapi pemalu keisha nie. Kalau jalan sorang sambil kejar makpak dia amik makanan, mesti dia akan letak tangan dia atas kepala, tanda tunduk malu. Kahkahkah....

Muka nakal...
Keisha kat sana sangat selekeh. Aku pun tak bawak sangat baju cantik dia. Banyak bawak tshirt and seluar pendek ajer. Dah tu kat pantai kan, apa kes nak pakai dress-dress bagai. Ini pun sebab last day dan baju sudah kekurangan. Aku sarungkan ajer apa yang ado

Kitorang datang bukan time peak hour. So tak ramai orang sangat lah. Masa nak balik ni baru ramai orang datang. Penuh satu cafe sampai ke hujung-hujung. Nasib baik dah nak balik...

Bergambar sebelum bersiap untuk pulang.
Makan kul 12, kelam kabut kot. Sebab boat nak datang kul 1.30...
Balik bilik solat siap-siap terus caloooo...
Beg tinggalkan ajer depan bilik. Kang ada orang datang amik. Begitu Raja. Haha..

Tadaaaaaaaaaaaa...
Depan lobby sudah...
Tunggu boat sampai...

Budak yang nak baring sahaja di mana jua...

Kathy tanya mana gambar ko bermanja-manja dengan ciput.
Huhu..
Manje, bila dah ada anak... susah wooooooooooo nak amik gambar manja-manja berdua.. aksi macam-macam pun dah susah nak amik sebabnya tu haaaaaaaaaa anak ko bakal mengekor ko ke mana jua. Kalau nak set timer pun macam hentikanlahhhhhhhhh... keisha tu nampak aku letak camera kat celah sana sini mula la kang dia jerit-jerit nak nak nak sambil tunjuk camera.

Tapi aku rasa dari dulu jarang kot aku amik gambar manja-manja dengan ciput, kan kan kan...
Paling-paling begini ajer la...


Tak pun begini..
Lain kalau buat photoshoot. Itu spesel. Itu memang manjang nak amik gambar peluk cium-cium. Kahkahkah....

Motip ko bergambar begini perempuan???

See udah menyelit ini budak. Mummy nak amik gambar sorang-sorang pun tak boleh...

Over okey. selipar jepun pun nak berkunci. Lawak sangat!
boleh la masuk paper menang RM50.

Bye-bye mataking. InsyaAllah, kita berjumpa lagi. Tunggu la aku kumpul duit banyak-banyak lagi. Tapi mungkin ke pulau sabah yang lain pulak.. baru merasa semua tempat...

Dan yang penting mak vogue lagi masa balik. Putih tetap putih, hahahaha...
Keisha and ciput ajer yang ketara gelapnya...

Ciput masa pergi kerja terus member dia tegur tanya kenapa dia dah gelap. Balik tu mengadu dengan aku.

Ciput: Ayang, budak opis B cakap B dah gelap oh..
Aku: Yeke??? ok la tu dorang perasan B gelap. Nampak sangat B sedikit putih sebelum ni. Hehe...
Ciput: Kannnnnnnnnnnnnn...

Dulu masa ciput keja kuantan. Dia pergi laut lapanploh kali pun aku tak perasan kulit dia dah berubah. Nampak sangat dulu ciput sangat sangat gelap. Balik kl bila duduk kat opis baru kulit dia putih sikit... sampai pergi pulau pun orang boleh perasan dia gelap, eh aku pun perasan jugak... kekadang dia main bola je pun. Balik tu terus aku tegur, hoi dah gelap! *dah memang laki ko manish*

Ok now saya nak bagitau cost nak pergi ke sana.
Disebabkan aku pergi bukan school holiday bla bla bla. Jadiknya agak murah sedikit.
Mungkin boleh cekidaut website ini - http://www.journeymalaysia.com/islandmatakingreefdive.htm
Murah sikit banding web lain.

Kitorang amik pakej 4d3n - non diver. So kena RM1800 perperson. Tapi tak bermakna ko amik pakej non diver pergi sana ko tak boleh nak dive langsung. Boleh, cuma nanti bila nak checkOut kena tambah la sikit duit...

Kalau amik pakej diver, mahal la sikit.. dalam RM2k++ sorang.
Keisha pulak dikira 30persen dari 1800... So ko kira la sendiri berapa. Itu untuk budak yang umur bawah 5 tahun. Atas 5 tahun kena pulak 50persen dari 1800.... kalau infant bawah setahun adalah FOC.

Yang aku cakap ni pakej paling murah ye. Pakej yang biliknya adalah deluxe. Kalau nak bilik villa, chalet... mahal sikit la. Semua ko boleh tengok kat sini: http://www.journeymalaysia.com/islandmatakingreefdive.htm

Ok. Harga RM1800 adalah termasuk.
Dia amik ko dari airport nak ke jeti, lepas tu naik boat nak ke mataking *pergi/balik* makan minum dan juga bilik... harga tiket flight asing-asing lor.

Dannnnnnnnnnn... sebelum sampai, kena habiskan bayaran dulu. Booking 50 persen. 2minggu sebelum ke sana lagi 50persen.

Ada paham??
Apa-apa hal, boleh call dorang terus ke sana lagi senang...

Aku rasa island lain pun lebih kurang sama ajer dengan mataking nie punye harga. Atau lebih mahal. Kalau suka nak duduk atas air, boleh la ke kapalai island. Aku sebab ada anak kecik, jadi macam cuak sikit la nak duduk atas air. Lagipun kitorang nak ada pantai, lagi best. Kalau atas air nak jalan jauhhhh sangat untuk ke pantai. kalau yang bujang-bujang boleh la duduk kapalai. Dan honeymoon juga sangat sesuai....

Ok cukup kot info pasal mataking ni. Kalau ada pertanyaan, boleh ajer tanya melalui komen, kang aku jawab kat situ....

Wattamatttttttttttttttttt...

Love: Ceera =P

Mataking Island - Part 4 - Day 3

Ok, mari kita melihat gambar di lautan lagi...
Ater duduk kat pulau, gambar apa lagi yang nak ditunjuk kalau bukan gambar di lautan kan... kalau tak gambar mandi, kang gambar aku main kat tepi pantai...

Gambar membeli belah memang takkan ada disini...
Oh gambar di cafe, sini ada sikit. Dan besok pun ada sikit... dan pasal makan-makan nanti aku cerita sekali harung besok...

Kira besok last entry untuk mataking island.
Ahkak kan ke sana 4 hari 3 malam. Satu hari satu entry la ye... tak mampu nak buat sekali harung, kang aku kena update 4hari3malam pula untuk siapkan satu entry, heh... dah tu, aku update ni pun curik-curik time keisha tido. Kang dia bangun jangan harap la aku nak dapat pegang laptop. Takkan dapat punye...

Jam 9 pagi...
Air pasang dan air sangat sangat sangat tenang. Ko sendiri boleh tengok ketenangan air disini...

Baju basahannnnn...
Ahkak tak vogue-vogue pun kat sana.. ada mak mertua celah mana nak vogue...
Padahal perut dah buncit, sebab tu malas nak vogue, hehehe...

Ingatkan bila takde wave ni. Boleh la lepaskan keisha mandi sendiri-sendiri. Siap pakaikan baju pelampung untuk dia. Biar dia mandi macam kat pool villa. Tapi takde makna okey, dia punye penakut sejibik macam haku...

Mungkin sebab aku jugak kot. Belum apa-apa, dah terbuatkan dia terminum air laut, kahkahkah. Terus seriau budak kecik tu...

Kat sini...
Kalau ko nak ada aktiviti macam-macam, buat itu buat ini.. makanya island begini memang tak berapa nak sesuai untuk ko. Sebab kat sini adalah tempat untuk tenangkan fikiran, rehat-rehat dan lepak-lepak sahaja..

Tengah malam, memang gelap. Ada la lampu jalan kat jalan dia. Tapi kalau kat pantai nie memang gelap. Dan tak disarankan pon untuk ko melepak di pantai tengah-tengah malam. Lagipun dasar pantai nie pun tak berapa nak besar. Nak unggun-unggun api, bernyanyi main gitar bagai memang takkan la kan...

Tapi kalau nak dive sini memang tempatnya...
Snorkeling pun sini adalah tempatnya...

Lagi satu, sini memang bersih...
Pagi-pagi jam 730, budak-budak sini dah start kerja menyapu daun daun supaya jalan tak berdaun... aku pulak yang stress tengok dorang sapu. Bukan apa, macam lol... ini la kerja ko setiap hari pagi-pagi ye. Dah la tu, ada tu dari pagi sampai ke petang menyapu saja.. Hari hari??? masyaAllah. Tak bosan ke ko dik???

Dah la sana line tepon memang ilek pocik..
Kat pantai tu kalau ko guna maxis or celcom tu boleh la dapat satu dua bar. Tapi dalam bilik memang takkan ada line langsung...
Nak guna internet, boleh. Tapi hanya di lobby. Itu pun kena bayar RM8 untuk sejam..

Jadi aku pulak yang sibuk pikirkan kehidupan budak-budak kat situ??
Kalau aku la, takat cuti cuti boleh la. Duduk sana terus.. arghhhhhhhh boleh bikin gila!!!
Tak gila kalau ko ada bf, kehkehkeh...

Eh gambar kat sini lagi...
Kitorang lepak mandi dalam sejam. Lepas tu balik bilik sebab keisha nak tido.
Cuma aku and keisha ajer la balik bilik. Mama and ciput sambung lepak pantai untuk snorkeling. Aku ada la snorkeling kejap. Tapi tension ciput dengan aku. Sebabnya, dah la aku pakai jacket. Lagi mau cuak takmo main dalam dalam... hahaha...

Ciput: ayang pergi la dalam sikit sana. Baru nampak ikan...
Aku: takpe la. Sini pun boleh... takmo la pergi jauh-jauh sangat.
Ciput: Kan dah pakai jacket tu. Takdenye tenggelam..
Aku: Taknak!! ayang taknak!!!
Ciput: Meh la pegang B, B bawakkan...
Aku: Takpe la taknak..
Ciput: Cepat la sini... B bawak ayang..
Aku: Ok, tapi taknak jauh jauh sangat tau...

Ciput pun bawak la aku ke dalam sikit...
Kan aku pakai gugel... jadi aku boleh nampak la kat mana yang mencuram sikit... terus mulut aku bising dalam laut. B jangan lalu sini... sini dalam.. eh jangan lalu sini gak...bahayanyaaaaaaaaaaaa... bebel-bebel aku, dalam laut pun boleh bercakap... hebat benar, kahkahkah...

Last-last aku malas..
Dah la taknak snorkeling lagi. Takut...

So bila kitorang dah balik bilik. Ciput and mama sampai berjam-jam snorkeling and berjalan. Jam 12 kot baru masuk bilik. Perghhhhhhhhhh tak penat ke dorang nie...

Mama aku yang bersemangat..
Kalau mama tau aku letak gambar dia yang ni, habislah aku...

Sini bahagian yang tak boleh mandi.
Dan kat sini la ko boleh jumpa macam-macam jenis kerang...

Masa untuk minum petang...

Melepak anak beranak sebelum berjalan-jalan lagi. Besok nak balik dah... Huwaaaaaaaaaaa...

Kesukaan keisha bila duduk atas bahu daddy...

Jalan-jalan pantai...

Kat sini dasar dia besar sikit... Jauh dari bilik kitorang. Tapi dekat dengan mereka yang duduk di Villa...

Budak main kayu.

Mengamuk lalu nak makan pasir, pffftttt...
Saiko okey keisha nie. Bila dia tengok mak dia menjerit bila dia balingkan pasir kat dalam mulut.. asal tak dapat benda yang dia nak, terus dia nak buat benda yang sama lagi... Grrrrrrrrrrrr... geram gila aku!

Dia nak pegang camera...
Dah bagi. Tapi takut jugak la aku camera tu jatuh ke apa ke kena air. Jadi aku amik la balik. Tu yang mengamuk-ngamuk terus nak makan pasir.. siap acah-acah pulak tu. Bila dah bagi balik, dan amik balik dia terus buat lagi, dan lagi dan lagi..

Seronok lettew tengok mak bapak ko takutkannnn ko makan pasir...
Siap la keisha bila dah besar karang...

Ok dah, itu saja entry untuk hari ni..
Besok aku sambung lagi...

Love: Ceera =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998