Perkara menggembirakan mummy adalah, bila melihat anak gembira.
Bermain dengan gembira, makan dengan gembira, bangun tido dengan gembira, mandi dengan gembira dan berjalan dengan gembira.
Perkara menggembirakan anak pula, apabila dapat membuat semuanya tanpa ada bantahan mummy, tido dengan waktu yang cukup, bangun tidur pula bambam sentiasa kering, dapat susu bila mahu, melihat mummy dan daddy di depan mata, berjalan-jalan di taman dan macam-macam lagi.
Ye, perkara menggembirakan biasanya lebih banyak.
Anak sentiasa mahukan benda yang pelbagai.
Tadi dalam banyak-banyak perkara yang menggembirakan di atas.
Perkara yang paling nak difokuskan adalah...
Mummy gembira bila anak bangun tido dengan gembira.
Dan anak gembira bila bangun tido dengan bambam yang kering. =)
Dulu...
Aku akan stress setiap kali keisha bangun dalam keadaan yang basah. Walhal baru jam 7 okey. Bukannya aku tak tukar diaper dia sebelum tido. Kadang-kadang bila keisha tertido awal, katakan lah tertido jam 9 malam. Aku dah start cuak sebab aku takut tengah-tengah malam tetiba diaper dia bocor pula. Dan ianya memang selalu terjadi, lalu pagi-pagi aku selalu kelam kabut tukar diaper dia yang baru. Dah la tu, extra stress sebab keisha bangun pula. Hahaha.. Yela, kami kan suka bangun lambat. Ok ok aku ajer suka bangun lambat, jadi aku paksa anak bangun lambat sekali. =P
Jadi ini adalah perkara yang tak menggembirakan aku.
Juga tidak menggembirakan keisha kerana bangun dalam keadaan menangis dan tak selesa...
Tapi semenjak tukar ke MamyPoko.
Serius terkejut, sebab tak pernah mengalami pengalaman yang sama... macam magic pula rasanya. Bila keisha shi-shi baru sekali, pun tak nampak macam ada shi-shi... Aku ingat dia tak shi-shi tau, rupanya dia ada shi-shi cuma tak nampak. Sebab lapisan MamyPoko adalah cepat meresap. Sebab itu, punggung baby sentiasa kering.
Kalau keisha tertido awal pun, besok pagi bangun lambat tetap tidak akan bocor. Kagum bukan???
Kalau poo poo pun tak pernah menjejeh-jejeh keluar. Duluuuuuuuuuuuuuuuu, keluar saja. Dah la tu, tengah syok bawak anak berjalan-jalan kat mall terus stress sebab tetiba tangan ko bertukar kuning, euwwwwww.......
Ni masa nak travel ke Johor.
Boleh bayangkan betapa sempitnya keadaan?
Sebelah adalah carseat, keisha di tengah-tengah. Ye dia punya suka nak duduk carseat ke tidak. Dan aku pula di tepi...
Hari tu, masa travel... boleh tak dia berak!!! masyaAllah.. seharum semerbak okey..
Nasib baik guna MamyPoko Pants Extra Soft Fit. Takde la bersusah payah sangat! Nak bukak senang, nak pakaikan balik pun senang. Walaupun tempat adalah sempit, semuanya semudah 1 2 3, ewahhhhhhhhhh....
Jadi, I'm so so in love with MamyPoko Pants Extra Soft Fit.
Dah la senang gila nak pakai.
Macam pakaikan seluar. Berdiri pun boleh pakai. =)
Dia punye bahagian pinggang pun selesa. Tak terjerut sangat. Tapi mesti ramai tertanya, katakan lah diaper dah penuh, adakah dia terlondeh sendiri???
Oh tidak la. Tak pernah terlondeh sendiri. Ini la magic MamyPoko...
Keisha pakai size M...
Sikit lagi bertukar ke L pula.
Saat-saat anak gembira bila memakai MamyPoko Pants Extra Soft Fit.
Juga mummy gembira, hehehe...
Gembira la, tak perlu risau-risau lagi...
Budak berani main slide.
Main see saw juga berani.
Main swing lagi berani...
Gelak saja...
Kalau anda taknak stress, dan taknak membuatkan anak anda stress. Mungkin boleh cuba MamyPoko Pants Extra Soft Fit. Nescaya hidup anda akan lebih mudah. =)
Love: Ceera =P
Makan dengan family mertuaku
-
Macam biasa la, di permulaan entry kena tepek muka aku dulu. Baru korang
ada semangat sikit nak click masuk kan? haha... perasan lebih...
Masa ni kitorang ...
1 day ago

















