Instagram

Wajah-wajah chef selebriti musim kedua separuh akhir

Maaf.
Anda sudah terlepas untuk join chef selebriti musim kedua kerana 20 peserta telah pun terpilih untuk ke peringkat separuh akhir. Haaaa tu la.. dulu time ada peluang untuk join siapa suruh takmo join.. kan dah terlepas. Takpe, tunggu untuk musim ketiga ye, *Kalau ada...

Ini antara wajah-wajah yang terpilih ke peringkat separuh akhir.

Mereka telah dipilih pada 7 November lalu dengan berdasarkan borang penyertaan yang dihantar beserta gambar bersama dengan masakan, satu set senarai resepi dan 10 kepala akhbar Berita Harian dan satu tutup silinder Gas PETRONAS.

*Tetiba rasa rugi tak hantar gambar sendiri dengan masakan. Tapi bukan sendiri masak la.. kedai yang masakkan, panggggggggg... hehe...

Peserta diberi apron.
Gaya dah macam dapat ijazah di konvokesyen pulak. Begitu bergaya masing-masing...

10 peserta dalam kategori individu dan 10 lagi peserta dalam kategori Professional.
Yang pakai baju ada color merah tu adalah dalam kategori PRO.

Apa beza individu dengan Pro?
Individu dibenarkan membawa seorang pembantu dapur ketika dalam pertandingan dan juga boleh membawa bahan-bahan masakan berdasarkan resepi yang dihantar kepada pihak BH. Manakala Pro tidak dibenarkan sama sekali membawa pembantu dan juga bahan masakan dalam pertandingan...

Kiranya, kategori pro lebih mencabar dan tercabar gitu..

Mereka yang bertanding dalam kategori individu...

Tetiba aku terasa macam nak beli tempat bubuh lada macam ni. Cantikkkkk....

Very good idea... Baru tahu mana nak letak penutup pan, hikhikhik...

Celebrity/pelawak sedang menunjukkan cara-cara memasak sambil buat host kepada peserta.
Siapakah itu???

Angah rajalawak bebeh.
Memang lawak sangat, tsk... penat gelak...
Nak pulak dia punye mc adalah along, benci tau...

Chef selebriti ni bukan saja nak cari individu yang pandai memasak. malah nak cari mereka yang mempunyai personaliti yang menarik. Yang mana berupaya menawan hati penonton dengan pengetahuan mereka dalam bidang masakan dan juga kepetahan dalam berbicara.

Bukan senang okey, nak masak sambil nak bercakap... tercungap-cungap pun boleh okey. Nak nak depan camera. Perghhhhhhh takut gigil je mulut.

Maaf gambar terblur...
Saja taknak kasik sharp sangat, takut korang terliur, kahkah..
Ini signature angah, katanya ayam tango. Celah mana tango pun aku tak tahu. Mungkin sebelum masak, dia tango kan dulu...
Dan yang penting, salad itu very melayu okey. Guna bayam dan belacan...

Kalau ada antara 20 chef tersebut mampu memasak dan berceloteh depan camera, insy mampu menang... Tapi sebelum tu, make sure masakan kena sedap la. Jangan pandai cakap je, tapi masak hampeh, no no no..

Ko ingat senang nak lepas. Ketua juri Chef wan okey...
Sekali dia laser, berpinor telinga. Tak sanggup ahkak. Tapi untunglaaaaa.. masakan ko chef wan rasa...

YBhg, Datuk Mior Kamarul Shahid sedang mencuba masakan dari Angah, cuak angah. Haha...

Pencarian Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas Petronas ini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi kepada pemenang untuk setiap kategori. Pemenang kategori Pro juga berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan setiap hari Khamis di BH selama 6 bulan. Best sangat...

Tempat kedua pula RM2,000 dengan trofi
Tempat ketiga RM1,000 dengan trofi
dan tempat keempat hingga kesepuluh RM100 dengan trofi.

Eh macam semua pun dapat hadiah je ni... Dabel best woiiiiiiiiii...
Untungla masuk chef selebriti...

Lupa nak bagitau, pertandingan separuh akhir akan diadaka pada 1 Disember 2012 di AEON Bukit Tinggi, Selangor. Manakala, final pada 15 Disember 2012 di E@Curve Damansara...

*Talian penghantaran gas ke rumah: 1-300-888-427*

Love: Ceera =P

0 LoveGreen:

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998