Instagram

Sudahkah anda memberi zakat?

Sebelum tanya orang, tanya kat diri sendiri dulu. Dah tunaikan zakat ke belum mak encik???
Ish, aku nie walaupun tak bekerja, tapi income setiap bulan tu ada. Cuma tu la, benda-benda wajib macam ni aku terlepas pandang pula. My bad, my bad...

Walhal, dah termaktub dalam rukun islam. Wajib membayar zakat.
2.5% daripada pendapatan kita adalah hak asnaf yang layak...
Astagfirullah...
Kena kira balik lepas ni, income tahun 2012 aku... kalau kena bayar zakat, aku bayar! baru la terasa berkat pendapatan aku...

Hari tu tengok cerita islam ktp. *tak habis-habis pompuan ni dengan citer islam ktp*
Dia dapat pendapatan 10ribu rupiah sehari, dia derma 5ribu kat masjid, 5ribu lagi untuk dia dengan isteri, terus macam terpana. MasyaAllah... bagusnya manusia macam ni. Walhal, kalau kira 10ribu tu alahai, berapa la sangat kan... tapi tetap dia fikir untuk orang-orang yang lebih miskin dari dia...

Jadi, marilah kita sebagai umat islam membayar zakat.
Tak banyak tak mengapa, yang penting hak asnaf kita kena bagi...

Tapi ceera, aku macam ko jugak. Tak bekerja tapi ada pendapatan. Tapi macammana nak bayar zakat. Kalau orang bekerja, dorang bayar dengan potongan gaji...

Bayar online je.
Sekarang ni semua online. Semua berada di hujung jari gitu...
http://www.zakat.com.my/

Kat dalam link tu, kita boleh TAKSIR, BAYAR dan juga SEMAK pada masa yang sama.
Tapi sebelum itu, sila daftar dulu kepada sesiapa yang belum.

TAKSIR
  • Boleh membuat taksiran pengiraan pelbagai jenis zakat seperti pendapatan, simpanan, emas & perak, perniagaan, KWSP, dan saham.
  • Setiap rekod taksiran boleh di simpan untuk rujukan masa akan datang.
BAYAR
  • Bayaran terus boleh dibuat melalui FPX (Debit kad) dan kad kredit perbankan Islam. Resit akan dihantar dalam masa 7 hari bekerja.
  • Skim Thohir - (Skim potongan gaji zakat )
  • Anda hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara online dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan pembayar. Proses ini hanya mengambil masa  7 hari bekerja
  • Setiap bayaran zakat tahun semasa mendapat rebat cukai pendapatan
SEMAK
  • Boleh melihat rekod pembayaran terdahulu samada pembayaran melalui kaunter, potongan gaji, online dan sebagainya
  • Boleh mengemaskini profil, alamat dan kata laluan pembayar
** Setiap pembayaran zakat akan mendapat kalendar tahun 2013.

Jadi, kalau taknak bayar cukai, sila la bayar zakat. =P

Love: Ceera =P

2 LoveGreen:

mNa said...

Berbeza ek kt kelantan ngan kl..sy gaji x smpi pon 5k..tp zakat 620..sbb ada kira2 dia..

sohoque said...

bayar zakat! jgn x bayar. bayar zakat Allah akan murahkan rezeki kita. inshaa Allah

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998