Instagram

Suamiku bukan suamimu

Kemain tajuk dia, hahaha...
Padahal takde kena mengena pun dengan entry.

Buat dandan sendiri.
Tergeliat tangan aku. Kalau dandan dari tepi ok lagi, pejam mata pun boleh. Kalau belakang kena concentrate lebih, terpesong sikit mampu lupa, lantas kena buat dari mula balik...

Dalam adik badik aku, kakcik paling hebat buat dandan kat rambut sendiri.
Aku buat dandan bodoh macam ni pun kena ngulang 2 3 kali. Kakcik siap buat dandan lipan okey, punnnn mampu... aku kalau buat lipan, mahu tangan sekali tak jumpa jalan keluar, kahkah...

Ingat nak order ini, sekali dia kata pagi sampai tengahari saja...

Keluar makan.
Yeayyyyyyy... Tak payah masak.
Aku kalau weekdays dapat keluar maka sekali sekala, memang soka.
Tapi kalau hari-hari keluar makan, boleh bikin gaduh jugak sebab tak tahu nak makan kat mana. Ciput paling stress sebab dia yang kena pikir nak makan celah mana. Pastu bila dia usulkan idea je aku rejek, haha.. pastu bila tanya aku, nak makan kat mana, aku jawab ikut b la.. bila dia bagitau lagi aku rijek lagi, muahahahaha...

Ini la dia suamiku bukan suamimu, hahaha...
Kitorang ke tesco cheras sebab nak amik selipar. Hantar jahit. See, selipar pun hantar jahit ok. Orang lain selipar kalau dah tercabut hantar dalam tong sampah je, ciput tidakkkkkkkkkk... dia hantar jahit, eh itu selipar aku la. Ciput hantar kasut. kuikuikui...

Anakku bukan anakmu.

Lepas ni kalau pergi mana-mana kena start bawak buku dengan pensil color. Senang sikit nak bagi dia duduk diam...

Diriku bukan dirimu.
Amik ko, semua nak buat ayat begitu.

Makanan kami...

Lepas makan, masuk tesco kejap cari bahan untuk buat kek coklat.
Dari hari tu terasa-terasa kek coklat kat tekak. Dan dari tu jugak nak order kek coklat kat kawan lina tapi tak order-order. Apa kita, aku cuba buat sendiri, kata hatiku, ewahhhhhhhhhh....
Kalau lepas piawaian tekak, tak payah order kat orang dah. Buat sendiri saja. Kalau lepas la, kalau tak lepas kena order jugak...

Dah la tangan aku ni jenis tak reti buat kek. Kalau tak hangus, mesti tak sedap... trauma weyyyy....
Dan amazingnya kek ku menjadi, malah melepasi piawaian tekak.. va va va...

Nanti ku show off...
*hidung kembang*

Love: Ceera =P

3 LoveGreen:

Surynn Zain said...

Wah! Bestnya!

pRincESs_N said...

Kuetiow beef tu nmpak sedap...yummy!!

sohoque said...

ini lah komen ku bukan komen mu.. heheheh

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998