Instagram

Siapakah laki mu mas?

Sambung entry kenduri bebeh... bagi laluan dulu ke sponsored post.
Sekarang ni aku macam gila meng-mix and match kan baju dengan kain.
Macam seronok pulak.
Kalau jadi gembira, kalau tak jadi pun aku pedulik hape... try and error gitu.
Tapi sebelum tu, haruslah aku tanya ciput dulu... kalau dia kata okey, maka okey la. Kalau dia buat muka kerut-kerut tu maknanya burok dan tak ok la tu. Suami ku jujur...
Silap-silap dia cakap macam mokcik... Pernah ok, masa mengandung dulu, aku pakai kain kembang setaman, lepas tu dengan tshirt. Nak keluar balik rumah mak je. Dia tengok gelak-gelak cakap macam makcik terus aku tukar seluar, pfffttttt....
Baju di beli di sg wang. RM39
Kain pula di beli di ampang park. Ada booth yang jual kain saja. Nanti aku ingat nak pergi lagi, and borong color lain pulak. Harga dalam 59 macam tu.

Rambut di sanggul sebab nak pakai dengan subang besar.
Beli subang kat H&M baru hari tu terasa nak pakai. Sebenarnya tak berapa confident nak pakai subang besar-besar. Tapi macam, ahhhh bila lagi. Pakai je la...

Mummy dan anak bercamwhore...
Kenduri adalah di selayang.. bapok jauh weyyyyyyyy... 45minit baru sampai.
Nasib baik yang kawin tu, jenis rapat dengan ciput. Nak taknak kena pergi jugak. Lagipun excited nak tengok laki dia, kahkahkah...

Ayang, mas dah nak kawin...
Serius? bila dia bercinta...
Entah...
B tak tanya ke dia kawin dengan sapa???
Tak... segan pulak B nak tanya.

Kitorang memang macam terkejut jugak la... sebab mas ni macam lone ranger gitu. Pastu dia jenis  rajin gila pergi kenduri kawin orang. Asal ada opismate kawin je, mesti muka dia ada... Jadi agak keji jugak la kalau kita yang dah kahwin ni tak datang bila dia kawin.

So masa otw tu kitorang gosip-gosip kejap sebab masih berteka teki siapakah laki mas.
B agak-agak dia kawin dengan siapa? budak rnz jugak ke?
B dari dulu agak dia kawin dengan foreigner *omputih...
Ada Abdullah tak kat nama laki dia? Hahaha..
Takde pulak, hahaha...

Budak tough nak berpangku...

Kenduri kat kampung-kampung ni standard la.
Ada dj, pastu lagu kuat-kuat. Lepas tu berebut meja kerusi, dan panas. Sebab kebetulan cuaca memang panas gila. Panas nak hujan...
Kitorang sampai-sampai tu dapat la duduk...
Elok nak duduk, yunnan dah start merengek.
Padahal dalam kereta, masa nak kasik dia susu dia taknak... Jadi aku syak, oh mungkin dia nak pangku kejap kot. Jadi ciput pangku aku makan. Lepas tu ciput makan aku pangku. Tapi time aku pangku makin menjadi-jadi pulak yunnan ni punya rengek... mula ek ek ek... lama-lama huwaaaaaa menangis menjerit terus. Terkejut mak ko...

Yunnan ni jarang menangis, dia akan ek ek saja. Tapi ek ek dia pun keluar air mata okey, hahaha... penyedih budaknya nie. Jadi bila dia terus menjerit menangis, mana aku tak terkejut...terus aku laju-laju pergi ke kereta. Sebab ingatkan dia nak susu. Masa nak otw ke kereta pun, menangis tak sudah... Masuk kereta on aircond terus keluarkan kuih nak bagi dia susu... boleh tak dia taknak susu.. aku sumbat lagi dia menangis, menangis yang lagi kuat!!!

Aku macam, kamu nak apa nak??? panas ke panas????
Terus aku suruh ciput pegang dia sebab ciput duduk depan, jadi aircond dekat.
Elok duduk depan aircond, senyap!!!
Derrrrrrrrrrrrrr rupanya panas!
Panas pun nak menangis macam kena dera ka???

happy terus bila sejuk. ayooo ini anak...
ye, mummy yang salah. ajar awak beraircond sangat tiap malam. Kan bila panas sikit dah tak boleh. Grrrrrrrrrrrrr....

Bila anak dah buat hal, tak kuasa dah aku nak keluar tengok pengantin.
Aku suruh ciput je keluar pastu amik gambar sekali. Curious u know nak tengok laki mas, hahaha...

Ciput masuk keta je terus tunjuk gambar ni kat aku.

Muda ok laki mas.
Muda?
Yela, B ingat kalau mas tak kahwin dengan foreigner, mesti dia kahwin dengan orang tua...

Ok memang kong ajo laki aku, hahahahaha...

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

mer said...

comelnyeer baju...tlg bli kn leh sis?hihi

mer said...

comelnyeer baju...tlg bli kn leh sis?hihi

Chekgu Azrine said...

Haha..pndai yunnan lps ngamuk..sengih elok je..

zaza said...

ceera..nk tnye..bju tu ade kaler lain ke?bole share name kedai..heee..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998