Instagram

Ringkas, kenyang, dan sihat

Dulu aku tak suka breakfast.
Rasa nak marah kalau kena paksa bfast. Tapi lepas kawin dengan ciput, baru aku pandai breakfast. Itu pun selepas bertahun-tahun. Tapi tapi tapi... jangan terlalu awal please... nanti sakit perut, hahaha... serius, aku ni asal bfast je mesti sakit perut. Kalau bfast kat luar, lagi mencabar... Asal dalam keta otw nak balik je perut memulas-mulas. Bencik!!! Kadang-kadang boleh bawak gaduh dengan ciput kalau dia bawak kereta slow sangat. Kalah rasa nak terberanak woiiii, kahkahkah... Sampai dengan rumah, terus mencecet-cecet lari bukak gate...

Ok jangan bayangkan... -_-

Paling awal bfast adalah jam 9. Kadang-kadang jam 11 pun aku panggil lagi bfast kalau time tu baru nak makan...

Anak dah 2 uols, memang hujung-hujung pagi baru dapat bfast...
Sikit lagi nak tengahari, baru dapat duduk makan... terkocoh-kocoh rasanya. Kekadang sampai lupa, eh aku dah bfast ke belum eh???

Begituuuuuuuuu...

Biasanya, bfast aku adalah:
Roti
Cereal
Biskut kering
Roti canai dannnnn....
Nasik lemak

Tapi kekadang datang mood, aku suka ambil bfast yang ringan dengan buat air NESTUM 3in1. Memang ringan betul, TETAPI MENGENYANGKAN. Best! Sebab tak perlu terkocoh-kocoh kat dapur. Just jerang air, bancuh nestum dah siap.. then gulp gulp gulp dah kenyang... Kenyang dia boleh tahan sampai petang jam 4 baru rasa nak makan. Feeling kurus terus! hihihi...

Oh nak habaq mai yang sekarang Nestum sudah ada perisa baru... Siapa penggemar Nestum boleh la beli dan cuba...

1. Nestum 3in1 American Ginseng

2. Nestum 3in1 Dong Gui
Dengar nama je dah boleh tahu, oh Nestum 3in1 yang sihat... =)

Macam Nestum 3in1 American Ginseng ada 5 herba yang terkandung iaitu American Ginseng, Huai Shan, Long Yan Ro, Gou Qi dan Yu Zhu termasuk the goodness of wholegrain. Manakala Nestum 3in1 Dang Gui dicipta dengan kepakaran herba yang terkemuka di Asia iaitu Eu Yan Sang. Di mana terkandung 4 herba di dalamnya iaitu Dang Gui, Nan Zao, Yu Zhu dan Bei Qi.

Menarik bukan???

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Nestum 3in1. Boleh tengok disini: www.nestle.com.my

Selain nak bagitau tentang produk baru Nestle iaitu Nestum 3in1 American Ginseng dan Nestum 3in1 Dang Gui. Nestum 3in1 juga ada buat contest di facebook. Cara dia senang je, just upload gambar mengikut theme setiap minggu. Dan 10 pemenang *setiap minggu selama 5 minggu*, bakal memenangi RM500 cash dan juga Hamper Nestle NESTUM 3in1.

Macam minggu ni, theme dia alarm clock. Jadi, ambil la gambar yang berkaitan dengan alarm clock dan upload di page Nestum 3in1 Facebook...

Ini gambar cuba nasib aku. Harap boleh menang. 
Ye, sekarang alarm clock kan dah moden. Guna handphone saja.

Contest bermula dari 19/11/2012 (Isnin) 0:00:01 selama 5 minggu sehingga 23/12/2012 (Ahad) 11:59:59.

Jadi jangan lepaskan peluang dan jangan lupa untuk cuba Nestum 3in1 yang baru.

Love: Ceera =P

0 LoveGreen:

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998