Instagram

Bercuti di Cyberjaya

Sempena anniversary kitorang hari tu, kitorang me-reward-kan diri dengan book resort yang best kat cyberjaya iaitu cyberview lodge resort and spa. Tapi puiii spa tengah buat renovation pulak. Kalau tak boleh paw ciput mintak pergi berurut.
Hoi rugi rasa!!!

Kitorang memang suka cuti dekat-dekat dengan rumah.
Macam lastyear bercuti di tengah-tengah bandar kuala lumpur.
Kali ni saja pilih cyberjaya sebab kesiannnnnnnnnn... kitorang tak pernah jejak pun cyberjaya. Tak pernah tahu pun macam mana rupa cyberjaya.
So bila sampai situ, macam peraq la jugak rasa...
Siap mengkagum tak tentu pasal, haha...

Banyak gak resort kitorang pilih sebelum ni. Salah satunya kat melaka tu. Apa entah namanya.. tapi penuh la pulak, cuti sekolah kan... sana sini penuh. Tu pasal benci kawin time cuti sekolah, seumur hidup ko kena hadappppppppppp cuti sekolah. Asal anniversary je cuti sekolah, asal cuti sekolah je ko punya anniversary. So berlumba-lumba dengan orang lain nak bawak anak-anak bercoti, yang ko pulak sibuk nak bercinta-cinta dengan suami, tsk..

ye ye, anak aku pun bakal besar, bakal bercoti sekolah. tapi ahhhh dulik...nanti mummy nye anniversary korang tinggal, sebab korang dah besar, miahahahaha...

Kesimpulannya disini, korang kalau nak kahwin, sila jangan amik cuti sekolah. Kang merasala macam aku... susah nak book hotel/resort last minit.

Kitorang checkin pukul 5 okey.
Macam orang kaya checkin lambat, padahallllllllll....
Bukan apa, aku ada kerja nak kena siapkan tengahari tu. Kelamkabut gila. Dengan ciput nak gi solat jumaat bagai. Pung pang pung pang kul 4lebih baru keluar rumah...

Benci buat kerja last minit.
Rasa menggigil jejari ku masa tekan keyboard, haha...

Kat sini best, sebab boleh park keta betul-betul depan bilik. Tak payah ko nak berjalan kaki atau menunggu shuttle... Park la mana boleh, yang penting tak menghalang kereta dari nak lalu.

Dapat bilik atas, no 114...

Besar gilehhhhhhhhhhhhhhhh....
Rasa nak main kejar-kejar dengan keisha.
Kalau yunnan dah besar, mesti lagi best. Mesti dorang main lari-lari dalam bilik besar ni...

Toilet dia pun besar!
Ada bath tub dan shower asing-asing... shower dia jenis air hujan tu, mandi basah kepala, sumpah nikmat!

 Pintu masuk, dan bahagian masak air...

 Tetik lagi, kena baring ajer la kan...

Dia punya beranda pun luas nak mampos.
Orang sebelah siap main piknik-piknik lagi.

 view dari luar...

 minum petang.

 budak comel dah merengek-rengek minta diangkat.

kakak macam biasa, masuk bilik je banyak keroje dia nak buat. bilik tu elok-elok kemas cantik-cantik. 5 minit kemudian habis bersepah dibuat dek keisha...

 cafe dia pun not bad.

Pool dia pun besar dan menarik...
Wifi pulak memang terbaik. Laju gile. Dari dalam bilik pun takde hal nak tengok youtube semua.

Aku buat review pasal resort je dulu, next entry baru pasal benda lain.
Tak sempat nak update sekali harung, ni nak melayan anak kejap...
Tatitu...
Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

aSmiDar said...

Sonoknyer bercoti..lme dh xkmana2...huuh..teringin...

Chekgu Azrine said...

serius best!!

Mooniqueen said...

Cekci ye mulut Yunnan

jana said...

Salam ,

tumpang lalu boleh tumpang tanya bilik type yang mana satu ya

sohoque said...

perrrghhh best giller. baper hengget semalam ni ceera?

Tny said...

Bestnya... Family vacation wpun kt bandar... Dh besar Kiesha ngn ko mcm akak-adik.. Hehe.. Yunnan bambam :)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998