Instagram

6.9kg di usia 3 bulan - YunnanSB

Budak bulat itu...
Ni aku amik time cun cun dia 3 bulan.
Biasala, mak dia kan lembs sikit bab update, kuikuikui...

Sekarang tidur sekejap-sekejap sangat. Sejam paling lama di siang hari. Malam paling awal tidur jam 9:30. Selalu akan tidur jam 10 11 macam tu. Dah tu, kakak nya pun tidur kul 12 kennn... asal adik tidur je akak memekak-mekak kat sebelah telinga adik tu yang adik pun tidur lambat sekali. Siang pun tidur sekejap-sekejap sebab tu la. Akaknye berzikir-zikir, hehehe...

Belum pandai pusing. Tapi dah nak pusing-pusing kalau kita tak angkat dia.
Sangat bahaya letak di rocker tanpa pemantauan. Rocker mampu berpusing kalau dia geram sangat orang tak angkat dia.

Seluar kuning bebeh, beli di uniqlo...
Ni masa nak keluar pergi klinik. Tak sabar sangat nak tengok berat yunnan. Rasanya macam kurang chubby... so harap berat dia tak naik memdadak sangat lah. Tak larat mak ko nak mengangkat.

Di klinik kegemaran..
Hampir 7kg. Aku syak sekarang dah 7kg++ dah.
Sebab ni timbang lastweek.

Kenangan terakhir ciput bersama iphone.
Iphone dia hilang masa kat gym, kesian...
Dah la iphone tu hadiah anniversary aku kasik 2 tahun lepas, sentap hilang tau!
Yang jumpa iphone dia tu adalah pencurik. Heran aku, asal yang jumpa hp je mesti pencurik. Kenapa mesti ambil, tak reti nak pulangkan? pfffttttt...

Singgah a&w sebelum pulang.

Asyik ajak berborak je sekarang.
Letihhhhhhhhhhhh nak layan, hahahaha...

Saya tak kuat menyusu, tapi saya tembam. Mungkin ikut baka daddy.
Daddy dulu masa kecik-kecik pun tembam macam saya jugak. Tapi saya lebih hensem, eh...

Yang penting yunnan budak baik mummy.
Kalau ada kakak, baikkkkkkkkkkkkk sangat.
Kalau takde kakak *kakak cuti rumah oma, haha* yunnan pun naik kepala membuli mummy dengan memaksa mummy mengadap yunnan 24/7. Padan muka mummy, dia ingat dia boleh releks.

Pfffttttt....

Love: Ceera =P

5 LoveGreen:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Bby klu suka bt mulut mcm tu x lama nak tumbuh gigi....tembam nya ur bby....gerammmmm.....rasa nak gigit pipi bby nie....sgt bahagia bila bole jd ful tym housewife....dpt bersama ank2 24/7...ank2 mmbesar d tgn sndiri...

sohoque said...

yunnan ni dah baper bln dah skrg yer?

Nenek Sayha said...

yunnan omey :)

JIVEBUMZ said...

Wow yunnan bambam yer kamu nih! Hai jenuh mama nk kendong nanti hehe.. Eh mmg budak bambam nie xkuat nyusu samalah ngn anak aku tu.. Kuat tido badan naik bagai dipam2

JIVEBUMZ said...

Wow yunnan bambam yer kamu nih! Hai jenuh mama nk kendong nanti hehe.. Eh mmg budak bambam nie xkuat nyusu samalah ngn anak aku tu.. Kuat tido badan naik bagai dipam2

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998