Plan hampir sebulan kot. Ke dari aku pantang??? Mula-mula nak pergi berurut je, tetiba berlanjutan sampai ke shopping gitu. Alang-alang keluar kan, kita keluar sampai malam.
Ye dari pagi sampai ke malam aku keluar. Nasib baik husband aku terbaik, memang baik, sangat baikkkkk... hoyeahhhhhhhhhh...
Siap dia cakap, enjoy ur time sayang. Wahhhhhhhhh... mana nak carik husband macam ni... mana nak carik!!!
Pagi jam 830 dah keluar rumah.
Janji berurut jam 10pagi. Nak pergi amik yana lagi kat rumah dia kat shah alam.
Tukang urut tu pulak kat puncak alam... sumpah hujung dunia aku rasa. Tetiba nak dekat sampai rumah yana, baru aku perasan wasap yana, katanya akak tu tangguh ke jam 11. Pffftttt.. aku dah nak sampai kot!
Takpe, boleh la kita berbreakie dulu...
Lepas breakfast terus pecut ke puncak alam.
Aku berurut adalah dalam 2 jam. Sementara tunggu aku, yana cuci rambut dia. Kedai akak tu, siap ada saloon. Memang selesa la.. ada facial, ada tempat saloon dan ada juga tempat berurut. Cuma akak yang urut tu sorang je la. Kira tak boleh la ko nak berurut bersama. Kalau dah sorang urut, sorang kena buat benda lain like facial or buat rambut, begitu...
Aku urut satu badan RM75 je.
Bagi aku murah la sebab akak tu buat sangat teliti. Mana tak teliti kalau dah sampai 2 jam kennn.. kalau badan ko banyak angin dah urat bersimpul aku syak lagi lama dia urut... macam kathy kena 2jam setengah. Akak tu kata kathy banyak urat bersimpul. Aku pulak dia kata banyak angin, hehe... urat aku cantik, tak simpul sangat.
Mana tak banyak angin, kalau makan main belasah je.
Habis pantang je terus telan ice. Padan muka aku...
Tapi lepas urut tu memang syorga rasa. Badan terus rasa segar, and ringan. Sakit-sakit belakang aku hilang okey. Sampai hari ni tak rasa sakit belakang dah. Kalau tak, asal jalan tak sampai sejam dah rasa sakit-sakit badan.
Ehhh bestlah. Lepas nie kena datang lagi. Tunggu cukup sebulan. Taknak la kerap sangat, takut ketagih.
Biar jauh ke puncak alam pun. Sanggup je aku kalau dapat tukang urut yang tip top.
Oh oh. dia urut perut paling tip top. Tak ramai tukang urut pandai urut perut, Akak tu urut perut, perghhhhhhhh best siot.
Amik ko, berjela aku puji...
Korang jangan tanya aku, puncak alam tu celah mana eh. Aku pun tak tahu. Baru sekali pergi. Kalau nak tahu, pi tanya yana..
Setel berurut, terus amik kathy pulak kat rumah dia.. baru kitorang terus ke KL.
Nak bershopping kat sg wang bebeh. Tempat shopping muda remaja dulu. Lagipun kat sana murah. Kalau bawak 300, boleh dapat sampai berhelai-helai baju. Kalau pergi klcc bawak 300. Entah-entah dapat 2 helai je baju. =P

Ayu takde, dia pergi kenduri kawin...
Lagipun kitorang jenis simple.
Baju murah talak hal.
Baju mahal pun talak hal.
Tapi kalau dapat baju murah lagi gembira, miahahahaha...
Lepas tu, kalau jumpa yang rm15 yang cantik. Siap berebut, kahkahkah...
Paling tak tahan, yang ko pegang la yang cantik. Yang ko tak pegang tak nampak pulak cantik kennnnn...
Ada orang mengidam sushi... Kebetulan yang diidam juga di idam oleh yang lain...
Lama siot tak makan sushi, rinduuuuuuu...
Lepas urut terus minum ice blended oreo lagi, hahaha... jangan tiru ye.
Tamak kerana terlalu lapar.

Puas makan.... sushi pun ada makan jugak. Apa guna dtg sini tak makan sushi kan. Dah kata rindu sushi.
Ni kat sgwang tingkat 6...
Sawan cermin, pantang nampak cermin.
Dalam uniqlo.
Masuk H&M baju yang sama je macam hari tu. Jadi masuk tengok-tengok saja terus keluar.
Dalam uniqlo beli jegging color yellow and beige.
Kalau boleh nak beli semuaaaaaaaa color. Tapi sedar diri duit tak banyak, jadi ambil 2 pun cukup lah.
Ni pulak dalam bilik baby room. Nak pam susu la uols!!!
Ada geng pam susu ni seronot.. siap tanya tanya lagi, ko dah berapa oz, kenapa bunyi pam ko macam tu, bla bla bla... bahahahaha... lawok sangat.
Berjalan dari sgwang ke pavilion...
Depan PV.
Malam sudah, marilah kita pulang. Suami dan anak sedang tunggu dirumah...
Balik tu shah amik yana and kathy, sebab dorang kan tumpang keta aku nak ke KL. Takkan la aku nak menganto sampai ke shah alam sana kan. Shah nak dekat sampai je terus aku pun calooo...
Sampai rumah nak dekat jam 9...
Betul-betul berjalan mak ko ni keisha/yunnan... =)
Love: Ceera =P
.jpg)
.jpg)










0 LoveGreen:
Post a Comment
Love U, =P