Instagram

Bedung beli dimana?

Holaaaa korang ni. Manje bebenor. Semua benda nak tanya... dah tak geti geti nak guna google. Google ada untuk apa? untuk perhiasan... *cekak pinggang goyong badan*

Nasib baik aku ni baik hati lagi cantiq. Jadi aku buat entry khas untuk bedung moden ini...

Alkisahnya, bedung ni aku beli kat expo baby kat klcc dulu.
So nanti if malas nak beli online. Kalau ada expo kat celah mana-mana, ko pergi la ye. Insy ada satu dua gerai yang akan jual bedung ni..

Harga tak salah aku dalam rm25 kot. Ke rm35. Tak ingat sudah.
Macam-macam design ada. Aku beli sampai 3. 3 ni pun aku rasa macam tak cukup sebab hari-hari tukar... rasa macam nak beli lagi. Tapi macam membazior pulak kalau beli banyak-banyak. Sebab time baby dalam pantang je pun kita rajin nak bedung. Baby dah masuk 2 bulan, dah tak kuasaaaaaaaaaa dah nak bedung bagai...

Kain dia jenis yang tak panas. Jadi tak perlu la ko nak risau risau kot kot anak ko kepanasan dalam bedung itu...

Tengok, selesa je yunnan tido dalam bedung.
Kalau bedung, memang lama dia tidur...
Seperti berada di perut ibu gitu...

Bedung ni ada 2 zip. Zip atas zip bawah.
Kalau nak lepaskan tangan baby, ko bukak la zip atas. Kalau nak tukar diaper baby, ko bukak zip belah bawah. Jadi tak perlu la nak bukak bedung tu semua..

Bagus kan.
Sapa la yang genius cipta bedung ni.

Jadi, if berminat nak beli.
Ko google saja cari sesiapa yang jual.
Just search bedung moden berzip or watsoever. Insy pasti jumpa...
Beli jangan tak beli! benda senang macam ni kena beli...

Love: Ceera =P

14 LoveGreen:

izfanora said...

cyg lebih r.. :P

hUnnEE a.k.a mrS cAun said...

wahhh tqqqq mummy yg chantikkk walaupon dlm pantang..hiih..bedung tuh murah gak eh...i pernah jumper dlm 60 hengget..rasanyer..sama jer kot..nagisss!!!....

mano sompat den nak pie expo bagai...lg sebulan lebih neh neh...grrrr

Puteri Satu said...

anak-anak akak 2 ke 3 minggu je pakai bedung pehtu.. terburai dah seme...hik hik...

p/s : dalam gambar nampak kuning yunnan stil tak hilang lagi ye ceera.. selalu anak lelaki mang kuning lambat ilang...kan...

lina said...

aritu nmpk je baby yunnan pakai terus gugel. mcm selesa je tgk dia berbedung gitu :)

Riena Haiqal said...

owh macam tu ye.. baru nak tanya dah ada jawapannya.. hehehehe.. thanx Ceera..

Pink Mama said...

Memang mudah bedung ni. Kalau Akak nak beranak kecik pun Akak akan beli bedung ni. Apasallah dulu tak ada...isykkk.

Chekgu Azrine said...

byk jual online..dlm fb pun ada..hehe..mmg nk bli..Wajib!!

Love Razila said...

Hai ibu baru...how ur life :)
How keisha, ok ker dah dapat kawan baru. Next turn is me :)

cik chinta said...

wah, entri bagus. mn tau ad rezki anak nt. ble r bli. muax. lop u kak

AzuraFazil DIN said...

bedung ni zr jmp kt Anakku or kt butik2 bby .. dh banyak yg jual ... murh plak tu .. mcm2 colour ado

sharifah rosidah said...

Hari tu nak tanya tapi malu, aunty nak beli bedung ni nak hadiahkan pada anak buah yang baru bersalin. Tengok anak awak pakai macam selesa sangat.

aThidEaN said...

oh dah perasan entry ni.ok thanks.;)

sharkz said...

cube tgk dkt sini..coraknya menarik jugak..barut baby zap on dan tali serta barut gantung pun ada.

sharkz said...

ops lupe bg link..ni link die http://www.facebook.com/stylishbaby.shirt

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998