Seronok jadi mummy dan housewife sebab mampu melihat sendiri perkembangan terbaru anak setiap masa. Selalu kalau ada apa-apa perkembangan terbaru yang keisha buat *tanpa diduga* mesti aku akan cepat-cepat bagitau ciput. Yela, dia bukannya berkepit dengan keisha 24/7. Aku ni je haaa yang berkepit setiap masa.
Antara perkembangan terbaru keisha adalah banyak terpengaruh dengan ipad. Dah tu, sikit-sikit ipad... Nak tido ipad, celik mata ipad, time aku nak masak pun aku kasik dia ipad supaya dia diam, haha... tapi takpe, yang penting dia dapat belajar dengan ipad.
Antara perkembangan terbaru keisha adalah banyak terpengaruh dengan ipad. Dah tu, sikit-sikit ipad... Nak tido ipad, celik mata ipad, time aku nak masak pun aku kasik dia ipad supaya dia diam, haha... tapi takpe, yang penting dia dapat belajar dengan ipad.
- Sudah pandai matchkan ABC, 123, animals, dan object
Masa mula-mula ajar, aku syak lambat anak aku dapat matchkan. Tapi alih-alih tak sampai sehari dia dah pandai. Mana tak mengkagum ko sebagai emak. Aku dulu 2 tahun main pasir lagi, hewhew... - Pandai cari game dia kat celah mana.
kalau ko masukkan kat folder mana pun, dia mampu cari game dia kat celah mana jugak. Dulu kita nak kena bukak tunjuk kat dia. Sikalang tak perlu lor, dia sendiri bukak apa yang dia nak. >_< - Manjang nak tengok utube
Asal bagi ipad, asik bukak youtube. Kita bukakkan satu citer cartoon, kang pandai-pandai la dia explore sendiri cartoon mana yang dia nak tengok. Kalau kita bukakkan yang dia taknak. Laju juga dia tekan button off. Sabor ajer lah. - Sudah pandai kemas mainan yang dia sepahkan.
Kadang-kadang tu kena suruh, kadang-kadang tu tak payah suruh. Nanti dia kemas sendiri mainan yang dia sepahkan. =) - Tahu ada baby dalam perut mummy
Mungkin sebab selalu bawak dia pergi checkup untuk tengok adik. Jadi tiap kali aku cakap, keisha dah kiss baby belum? laju-laju dia akan kiss perut aku pastu usap-usap sambil sebut, baby baby baby... oh begitu comel.
Tak sabar nak tengok perkembangan terbaru keisha yang lain. Mesti yang tak dijangka-jangka juga.
Macam TVC Anmum Essential nie. Adakah ko jangka anak ko akan buat macam ni suatu hari nanti????
Bila dah jadi mummy daddy, mesti kita mengharapkan yang anak kita bakal cerdik. Emak mana yang taknak anak dia cerdik. Sebab itu kalau boleh, dari awal perkembangan otak anak... kita kena pilih susu yang mempunyai DHA dan Gangliosides supaya anak kita mendapat perkembangan otak yang optimum.
DHA penting untuk membina sel otak.
Gangliosides pula penting untuk menggalakkan perhubungan sel otak di mana lebih banyak sel-sel otak berhubung, lebih cepat kanak-kanak belajar.
Oleh itu, DHA dan Gangliosides berfungsi di mana ia saling berhubung antara satu dengan yang lain. Dan zat ini akan bekerjasama bagi memberikan hasil yang terbaik untuk anak-anak.
Jadi, kepada bakal emak atau sudahpun menjadi emak, kalau boleh cariklah susu anak yang mempunyai kedua-dua zat ini iaitu DHA dan Gangliosides supaya sel otak berkembang dengan lebih memberangsangkan.
Jangan lupa pilih Anmum Essential sebab ia satu-satunya susu di pasaran yang mempunyai DHA dan Gangliosides sekaligus. Mungkin korang sendiri boleh check sendiri disini - www.anmum.com.my
Love: Ceera =P

0 LoveGreen:
Post a Comment
Love U, =P