Instagram

Hari Raya Pertama di SB

Aku dah pesan kat ciput, lepas nie kalau raya jangan buat aku mengandung sampai 8 bulan. Sesak perut woi nak beraya rumah orang. Itu satu hal, satu hal lagi. Tak dapat ahkak nak melaram pakai baju santek santek kurus kurus time raya. Tsk tsk tsk... Walaupun aku tahu, aku tetap gojes *mata keatas* berperut besar. Tapi waaaaaaaaa i dont want. Sudah cukup sudah!!!

Hal lain adalah.
Takut terberanak time kat kg.
Syukur alhamdulillah tak terberanak uols. Kalau tak macam mana gamaknya nak bawak anak balik ke KL. Tak dapat nak di bayangkan...

Dan hal lain lagi.
Asal pergi beraya je mesti ada orang tanya. Dah berapa bulan??? eeee beraninya travel time nunggu hari macam nie.
Hmmmm.. penat ahkak nak menjawab.

Balik sabak adalah hari sabtu tengahari. Itupun jam 1 baru bertolak dari rumah. Sampai sabak dalam jam 4 macam tu. Ok la jalan tak berapa nak jem sangat. Kalau sangkut pun sangkut kat tanjung karang tu je, Itu pun sebab trafik lite puaka tu. Lepas trafik lite puaka terus jalan okey macam biasa.

Doc ada pesan suruh banyak kali berhenti kalau jalan jauh. Tapi kalau ko dah balik SB. Celah mana pulak nak berhenti. Kalau berhenti pun macam membuang masa je, sebab bukan boleh nak ngup ngap ngup ngap makan pun. Dah la dengan panasnya nye semua. Better teruskan perjalanan jangan pandang kiri kanan. Keisha pulak time tu laaaaaaaaa dia taknak tido bagai. Stress betul rasa. Lagi setengah jam nak sampai baru dia tido. Buleh??? pffftttt.... kembang kuncup kembang kuncup je hidung aku menahan marah. Ate, kejap kejap kebelakang, kejap kejap kedepan. Kalau duduk depan, kejap kejap menolak perut aku sampai senak. Sabar ajerlah...

Bila sudah sampai kg. Rasa bersyukur giler sebab dapat bernapas dengan tenangnya.
Menunggu masa je untuk berbuka.
And yeayyyyyyyyyyyyy saya dapat berpuasa penuh tahun nie. Terima kasih Allah swt.

Kalau kat kg. Memang takde buat mende pun malam raya. So melepak tengok tv je la kita malam tu. Rileks sana sini, baring baring sambil main game dan terkenangkan rumah mak yang sudah semestinya tengah sibuk di malam raya.

Aktiviti aku selain main sudoku kat phone dan baring-baring adalah masukkan kuih dalam balang. Kalau kat rumah mak, pagi raya baru hegeh-hegeh masukkan kuih dalam balang. Tapi disebabkan kat kg malam raya bersenang lenang. Jadi mari kita sibukkan diri dengan masukkan kuih dalam balang. Barula ada rasa kemeriahan raya tu walaupon tak banyak.

Pagi raya.
Jam 7 sudah bangun.
Keisha belum kul 7 dia dah bangun. Macam tau tau je hari raya. Excited lain macam. Malam raya pun dia tido lambat. Nak dekat kul 12 baru tido. Aku dah jadi macam tarzen suruh dia tido. Lepas tu menangis-nangis panggil kat oma. Nanti oma laju je selamatkan cucu dia dari menangis. So sepanjang kat kg asal tak dapat apa yang dia nak terus menangis-nangis panggil oma.. amboi dia tuuuu. Balik kl siapla dia...

Lepas ciput dah bersiap ke masjid baru kami anak beranak bersiap.
Supaya daddy balik je surprised tengok anak bini dan santek. Hehehehe...

Kesian keisha. Baju dia simple sangat.
Aku dah malas nak pikir dah. Apa yang ada kat jusco aku rembat. Ini pun tinggal satu je color biru yang size dia. Boleh la keisha. Asal ado!

Pic kiri: keisha taknak tutup mulut sebab baru lepas pakai lip balm uols.

Dan daddy pun baru pulang dari masjid.
Keisha pulak sudah berlengas sebab kepanasan tahap max kat sb.

Gambar keisha sorang sorang yang comel memang takde. Sebab dia tak boleh duduk diam. Asal nak amik gambar dia je dia lari ke tempat lain. Kalau ko tak pegang dia, memang takde la gambar dia.

Suami isteri.
Aku rasa raya pertama terus naik perut aku bagaikan juara. Serius, perut besar gila. Macam tahu tahu je dah tak puasa jadi perut pun naik bukan mainnnn lagi. Takpe, nanti aku up gambar raya ke2, kang ko tengok la betapa melampaunya perut aku menaik...

Seremmmmm nak pergi checkup besok.

Gambar ciyom ciyom...

Keisha ni perasan model betul.
Asal amik gambar je mesti taknak pandang camera.
Ko jadi la beruk macam mana pun kat depan dia suruh pandang camera. Dia buat tak tahu ajer. Lagi dia buat-buat tak dengar ada...

Nasib baik comel jugekkkkkkkkkkk...

Jep and lina takde. Dorang raya ke 4 baru balik sb. Dah tu, jep raya pertama je cuti.
Eeee susah ye kerja jadi steward ni. Cuti tak tentu. Nasib baik aku kawin dengan orang yang bekerja normal. Kalau tak mesti aku stress.

Bila semua dah ada. Baru boleh bersalam-salaman dan bermaaf-maafan...
Keisha dapat duit raya banyak gile. Suka mak dia, hehehehe...

Gambar kami sekeluarga.
Masa ni dah berlengas habis dah. Sebelum aku mandi tukar baju kurung biasa sebab nak beraya rumah sedara mara. Baik kita amik gambar family dulu. Samping ciput pun dah hilang. Keisha masa ni mata dah stim dah sebab mengantuk sangat.

Me di 38weeks...

Baju dibeli di bandung.
Kain pula dibeli di Ampang Park.

Dan akhirnya, keisha tertewas..
Ini kali ke2 dia tido. Kali pertama pakai baju kurung. Yang ni baru balik dari beraya. =)

So amacem raya korang?
Raya aku ohsem macam biasa. Cuma raya pertama tu ahkak kempunan rendang daging dan malangnya takde sapa pun yang masak rendang daging. Sobsssss...

Nasib baik balik tronoh besoknya mak ada bawak rendang daging dari rumah. Terus laju laju makan dengan nasik. Syorgaaaaaaaaaaaanya rasa.

Love: Ceera =P

1 LoveGreen:

Cik Ila said...

Preggy mommy.selamanya tetap gojes! ;)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998