Instagram

Berbuka di Chili's bersama Manjers

Iols kampung sikit. Semua orang dah sebut Iftar, aku tatap jugak dengan berbuka ku. Tak geti la ahkak iftar iftar nie. Lagipun sama je pun maksudnya. Cuma nak moden dan ikut peredaran zaman, maka ko pun sebut la iftar, baru cool gamaknya kennnnnnnnnnn... *mata ke atas sangat*

Hari kamis lepas, plan berbuka bersama manjers adalah on.
Suke suke...
Tak lengkap rasanya ramadhan kalau tak berbuka bersama mereka.
Mula-mula nak berbuka kat restoran thai @ Curve. Tapi cam bosan pulak. Dah la hari-hari makan nasik, berbuka di luar pun nak makan nasik? muntohhhhhhhhhhhh... Pikio punye pikio, akhirnya kitorang decided nak makan kat chilis sahaja... Paling best kat Bangsar sahaja. Tak payah aku nak mengharung sampai ke Damansara sana. Jem woi... kematu bontot haku dalam kereta kang. Dah la aku mengandung, eh...

Chilis ada kat Bangsar Shopping Centre. Mula-mula kathy cakap kat bangsar village. Kalau kat Bangsar village, ahkak memang heibat la. Tetiba katanya kat bsc... dah menggelupur haku pikir nak kesana macam mana. Dah la tak guna smartphone. Kalau ada smartphone senang. Ko gugel kan saja. Kang dia tunjukkan jalan. Last-last terpaksa kacau ciput telepon dia lapanploh kali mintak direction nak kesana.

Mamat tu dalam busy busy pun terpaksa jugak layankan bini dia...

Kamis tu jem menggila kannnnnnnnnnn...
Gila gila gila gila punye jem. Aku keluar jam 5 pun dah padat dia punye jam. Kalau jumaat tu rasanya tak mustahil la jem. Ini kamis kot!!! nasib baik ada jalan alternatif lain nak ke Bangsar. Jadi aku ikut NPE. Tapi bila dah sampai kat jalan pantai tu, perghhhh bernanah otak nak tunggu uturn... Nasib baik cun cun dah naik ke hospital pantai tu, jalan sudah okey... seindah suria je aku drive sambil bernyanyi-nyanyi....

Alhamdulillah, selamat sampai ke BSC.
BSC ni setahun sekali sampai. Sebab tu manjang lupa jalan nak kesana. Tahun depan kalau ke sini lagi, mungkin aku lupa balik...

Nak cari chilis ni pun satu hal.
Yang kathy bagitau kat LG. aku turun LG tengok parking memanjang. Rupanya kat G derrrrrrrrrrrr... sabor ajerlah... dah macam orang gila aku turun naik turun naik lif.

Muka saya dah kembang ke?
Mak kata muka aku dah masak dah. Muka orang menanti hari untuk beranak. waaaa scary!!! pengalaman apa pula kali nie.

Bersama kesayangan bambam shaye. Hehehe...
Comel je ila nie. Sejak bertudung ni, bertambah-tambah shomel. Dulu pun shomel jugak ye...

Tak tahu nak order apa. Jadi aku order beger.
Dorang pun boleh syak aku order beger.
Ila sampai-sampai, terus cakap.. haaaa ko mesti order beger kan?
Eh mana tahu?

Heibat sangat oh...

Saya dengan beger saya...
Padat gila perut nak menghabiskan semua nie.
Dah la perut memang sudah sedia padat. Ditambah dengan semua nie, terus keras.

Kathy - spagethi. Ayu pulak - Lamb

Yana makan ciken...

Ila pula makan popia, hahaha...
Bukanlah.. entah hape namanya. Tapi kena wrap la baru boleh makan. Senang cakap, popia. Kahkahkah...

Elok makanan ila sampai, terus aku curik udang dia.
Sedapppppppppppp...
Tapi nak makan lebih-lebih tak mampu. Sudah kekenyangan tahap max.
Aku nie bila berbuka, makan tak banyak sangat. Air yang wajib banyak... Kalau air sikit, boleh jadi moody rasanya.

Kami...

Lepak dalam chilis sampai jam 10 kot. Hahahaha..
Tak ingat dunia betul.

Dan sebelum pulang, kita bergambar dulu di dalam toilet selepas shishi... =P
Besar kan perut kita. Dah la memang besar, saja je amik gambar kedepan-depankan lagi. Mek memang suka amik gambar tunjuk perut. Nanti lagi sebulan kempis la perut ni, wahhhhhhhhhhhh confident kempis uols...

Diluar toilet.
Macam kat studio pulak sebab cat serba putih disitu...
Kandungan kami beza sebulan je...

Udah udah ler tu...
Suami dengan anak sudah menunggu di rumah...
Aku sampai-sampai rumah je tengok keisha tengah menangis sambil sebut mi mi... oloh oloh oloh... tido nak kena ada mummy jugak ye.... karang mummy kat hospital, awak kena duduk dengan oma tau!

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

kathy jem said...

tak sabar nk tngk anak ko eira..eh tibe2...hahaha cepat bersalin...weeeee~~

::cik asha:: said...

adehhh terliur tgk berger tu...
comel la sis ceera pakai dress kuning..nmpk ayu jer..

nalsweet said...

akak ceera yg cantik!!gojes!!

mimie.. said...

comell!! ^_^

sweethOneY said...

Comelnyaa dress !! Heheh

Tengok muka maintain jee tak tembam punnn

ummuhanis said...

selamat bersalin dan selamat hari raya.

sharifah rosidah said...

Amboi kemain lagi mak buyung voque ni bergaya sungguh.

ishy77 said...

manjers cute..suke sgt..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998