Instagram

Tips: stop Breastfeeding

Hari tu aku dah janji nak kasik tips bagaimana nak bagi anak stop BF kan. Sebenarnya ada banyak sangat cara. Yang dipraktikkan oleh aku adalah dalam 3 4 cara. Tak sempat nak buat semua, tup tup keisha dengan rela hatinya untuk stop sendiri...

Pertama-tama sekali. Sebelum nak bagi anak stop BF. Hati awak tu kena kental dulu. Kena ada sifat kekejaman sedikit. Bukan saja awak si isteri, tapi si suami juga harus berikan peranan yang sama. Jangan isteri dok usaha nak bagi anak stop BF, tapi yang laki dok marah-marah pulak si isteri sebab anak menangis-nangis tengah malam.

Yennadeyyyyyyyyyy... bukan awak yang menetekkan anak.
Awak mana tau kepenatannya.
Tahu nak marah saja, kesian kat anak kononnya...
Bagi la support sikit!

Macam kawan aku sorang. Anak dia lelaki. Dah 2 tahun lebih. Nak masuk 3 tahun kot. Call aku mengadu cakap anak dia masih belum stop bf. Bila aku bagitau jangan tetekkan time malam, dia bagitau pulak laki dia bising tiap kali anak dia nangis-nangis tengah malam...

Eh aku pulak yang hangin dengar macam tu..
Nasib baik laki iols tak macam tu. Kalau macam tu jugekkkkkkkkkk... aku pun bakal hangin sama... ko ingat ko sorang je boleh hangin aku tak boleh?

Tetiba emosi.
Puasa, emosi memang datang dengan cepatnya. Kihkihkih...

Lepas tu aku nak emosi lagi satu perkara sebelum aku kasik tips, kahkah...
Pernah la aku masuk satu forum BF nie... *forum omputih*
Kat dalam forum tu, biasala.. orang tanya cara nak banyakkan susu macam mana. Mintak support kawan-kawan segala bagai dan kebanyakkannya berkaitan dengan BF lah...

Tetiba aku sampuk cakap pasal susu FM.
Boleh tak ada orang maki aku sebab aku cakap pasal susu FM.
Eh tak boleh cakap ke? aku siap create tajuk baru kot. Bukan aku sampuk kat tempat yang tak patut... Lagipun kat situ bukan pasal BF sahaja. Pasal persiapan untuk bayi, barang-barang bayi *iklan* dan macam-macamlah.

Ni mesti jenis yang terlalu taksub akan BF.
Kenapa, anak ko akan BF seumur hidup ke?
Sampai umur 7 tahun???? sampai orang cakap pasal susu FM pun taknak terima. Pui laaaaaaaaa...
Macammana ko BFkan anak pun, satu hari nanti pasti ko akan cari susu FM juga untuk anak. Jangan nak poyo sangat okey. jadi apa salahnya kalau orang bagi info pasal susu FM. Macam jijik sangat susu FM tu bagi ko kennnnnn... entah-entah ko pun anak dari susu FM jugak. Derrrrrrrrrrrr....

Ok la, ok la...
Aku nak kasik tips sekarang.
Tips yang aku buat:

  • Kalau biasa kasik anak susu 2 jam sekali. Cuba jarakkan secara perlahan 3 jam sekali untuk bulan pertama, 4 jam sekali untuk bulan kedua, dan seterusnya.
  • Ajar anak minum air lain selain susu. Kalau dah 2 tahun tu, anak dah boleh minum air macam-macam. Taknak bagi yang tak elok, bagi la ribena ke, vitagen ke, atau try la ajar dia susu FM.
  • Biasa, anak kerap menyusu tengah malam. Macam aku dulu, keisha menyusu setiap sejam. Boleh tahan penat juga. Jadi aku cuba juga untuk jarakkan penyusuan dia waktu malam. Kalau dia nak jugak, aku buat keras ajer tak tahu.
  • Mungkin dia akan menangis kuat-kuat. Masa nie la ko kena bersikap kejam sedikit. Sila buat tak tahuuuuuuuuuuu... ye, buat tak tahu je. Biar dia nangis. Aku dulu, keisha nangis nak sejam kot. Bila ingat tetek, dia sambung nangis lagi. Ciput ko tahu dia buat apa? dia tido je. Hahahaha... dia bukan kisah anak dia nangis. Aku tahu dia sayu, tapi hati dia sebenarnya sama kental jugak macam aku. Aku bukan tak kesian, tapi sampai bila kan.
  • Dalam seminggu jugak anak aku menangis tengah malam. Lepas pada seminggu tu, memang unbelievable betul sebab dia tido sepanjang malam. Sampai ler sekarang.
Tips lain yang aku tak buat:
  • Orang kata sapu something kat nipple supaya anak rasa lain. Macam sapu kopi ke benda yang pahit-pahit dan tak sedap.
  • Tido berasingan dengan anak. Tapi yang ini, si suami kena mainkan peranan yang sangat-sangat besar, sebab confirm2 la anak tu kena tido dengan bapaknya... Orang kata, bila anak tak cium bau emaknya tengah malam. Pelan-pelan dia akan stop BF. Menangis tetap akan menangis juga la. Tahan je la telinga.
  • Kalau masih ada susu. Pergi jumpa doc mintak pil stopkan susu. Ini kalau anak dah 2 tahun lebih la kan...
Ok itu sahaja tips dari saya.
Kalau ko ada tips lain, boleh kongsi bersama.
Aku pun baru anak sorang. Pengalaman pun kecil lagi. Mungkin yang kedua nie susah sikit dari keisha kita tak tahu... =)


Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

Ciare Baha said...

thanks kak for the tips. nampaknya malam ni akan bermulalah menjadi parents yg kejam biarkan si kecik menangis huhuhu

fiszah_pjo said...

hehe..seronok bc entry ni..setuju part kena maki if sebut susu formula..pelik!geram betul dengan manusia yg sgt taksub susu ibu..setgh nye makan bermacam2 nk kasi susu ibu melimpah2..if da abes daya, ape salah susu fomula..so~ so udah la..mampu nk kasi full kasi la..tak mampu kasi fm..then jgn nk kondem orang lain kan..hehe..

setuju jugak bau badan ibu..sebb bila bau badan ibu die nk susu je..hehe..atirah 1 year 3 month..masih susu ibu dan FM di nursery.. :)

Ainul said...

saya pun penah kena wlpun masih full bf arreessa 1thn 10bln.masih belum berjaya wean off dia.tkpa lg 2bln je lg.hehe
dulu pernah gak kena kutuk dgn kwn sbb bf anak.dia asik kutuk je bf mom sbb dia xberjaya bf.dia FM.saya tak pernah kutuk pun.takpalah bkn rezeki anak dia.so br2 ni di dpt 2nd baby & berjaya bf anak plk.pls tu asik kutuk je org yg bg FM.ehhh xfaham betul akan perangai manusia ni.

takpalah janji kita tahu apa yg terbaik utk anak kita. Good luck ceera :)

Chekgu Azrine said...

tq for sharing..

Puteri Satu said...

ceera yang maki2 tu agaknya dia breasfeed sampai umur 10 tahun kot.... hiks

Bitt (double IS) said...

alahaiii terima kasihhh la tips nihh...nanti nk try...hahhaha masuk 4 tahun mehhh semak asik kena selak bajju jek...hahahaha tq babe!

dak-eiza said...

thanks for the tips
i share kt my blog yek
memang sedang berusaha tuk stop BF jugak
anak dah 2 thn setengah

dak-eiza said...

thanks for the tips
i share kt my blog yek
memang sedang berusaha tuk stop BF jugak
anak dah 2 thn setengah

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998