Instagram

Sukses di hari pertama Ramadhan

Hehe... begitu poyo sampai nak bersukses bagai.
Biasa la. Pertama kali mengandung dan berpuasa. Jadi kita nak tengok ok ke tidok.. Rupanya, ok saja... takde beza pun dengan tak mengandung. Cuma bila mengandung nie boleh banyak mengelat dari buat kerja, miahahahaha...

Orang sibuk memasak, aku sibuk main game.
Orang sibuk mengemas, aku sibuk baring.

Bila lagi nak merasa malas-malas begini uols... time mengandung je la ponnnnnnnn...
Time lain sure kena maki kaw-kaw punye...

Sahur pertama di rumah mertua.
Itu pun bangun reti nak makan je. Bukan reti nak menolong... ish, dari dulu tak berubah ko nie ceera.
Berbuka pula kat rumah mak.
Tapi aku berbuka separated dengan ciput.
Ciput buka dengan mak dia, aku buka dengan mak aku.
Planning dia memang nak berbuka kat rumah emak aku. Tiba-tiba sehari sebelum ramadhan, bapak mertua aku kena warded kat HUKM. Tu pasal plan pun jadi lintang pukang. Tapi tak mengapa la. Yang penting berbuka.

Bapak mertua aku tiba-tiba sesak nafas. Tapi bukan yang macam ciput punye kes. Ni berkenaan dengan jantung kot. Doc pun tak sure sebab apa lagi. So kat HUKM, daddy masih di monitor oleh doc. Hari isnin atau selasa baru nak masuk camera dalam badan untuk check apa pasal semua.
Harap semuanya ok sajalah. Tak syiok pula kalau berbuka daddy tak ada.

Aku pun tak melawat lagi, sebab budak kecik tak boleh masuk.
Kalau datang pun aku lepak kat luar je jaga keisha.
Petang sikit insy aku pergi menjenguk. So ciput take turn tengok keisha sekejap.

Amacam 1 ramadhan korang??
Ada syiok?
Aku kalau berbuka kat rumah mak macam biasa la. Havoc semacam. Semua balik kecuali andak. Dia kena buka kat rantau.

Lauk berbuka hari pertama sangat simple.
Rendang, sayur campur dan ikan bakar sahaja.
Yang lain, kuih muih.
Bila lauk tak banyak, dan orang ramai. Memang licin la kan. Satu hape pun tak tinggal.

Makan ramai-ramai, berebut-rebut. Benda tak sedap pun jadi sedap sangat. Apatah lagi kalau dah sedia sedap. Bertambah-tambah sedap jadinya. Aku dengan zackU siap nyorokkan air tembikai lagi sebab takut habis. Elok azan terus minum gulp gulp pastu terus topup, hahaha... macam budak-budak.

Hari ni berbuka kat rumah mertua pulak.
Mungkin beli kat bazaar sahaja. Nak beli apa ye??? Hmmmm... nasik kerabu pun sodap!

Love: Ceera =P

6 LoveGreen:

Nur Abu Bakar said...

Yer nasik krabu mmg sedap, dh mkn semalam n bila bngun sahur tekak jd sakit..ha3

Ana Lyana said...

aku tak tau nk mkn ape ni..huhu..

♥z@z@♥ said...

Kite dh mam nsi kerabu berbuke semlm...sedappppp

pena rozie said...

seronok dapat puase penuh tahun ni ek...

sharifah rosidah said...

Aunty masa mengandung anak kedua bulan puasa dan kandungan berusia tujuh bulan, alhamdulillah puasa penuh. Awak untung sebab mak dan mertua dua dua kat selangor boleh lah ngelat2 kat dapur, aunty mak di Johor Bahru dan mertua tak sihat masa tu so terpaksa juga lah masak sendiri terkangkang sonsorang dengan anak sulung masa tu berumur 7 tahun.

mrs kayrul said...

tahun lepas puasa penuh sebab pregnant..tak yah ganti puasa, tahun nie nampaknya tak penuh la...

selalu org yg pregnant nie, bila puasa tak rasa lapar langsung

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998