Instagram

Saya menang 1k. Terima kasih Colgate

Ada gaya diva tak saya, hehehe...


Mula-mula nak pakai cermin mata yang besar ni. Sekali bila amik gambar. Separuh muka ku hilang. Terus cari spek yang kecil sikit...

Best la finale party Colgate itu hari.
Event dia santai ajer. Tak serabut-serabut sangat.

Rugi kepada siapa yang tak nak join finale party Colgate yang aku ajak tempoh hari.
Kalau tak, boleh dapat berus gigi free, ubat gigi Colgate free dan Colgate Plax free.
Lepas tu, kalau ko bawak suami and anak terus dapat triple free. Si Nisa *anak jemah* yang tak pakai berus gigi dewasa pun dia bagi free jugak. Tak ke berbaloi-baloi.
Hoi, rugi pulak aku tak bawak Keisha. Kalau tak, setahun tak payah beli berus gigi, hewhew...

Terima kasih Colgate.
Berus gigi SlimSoft ni memang best. Korang kena cuba.
Memang la pattern dia nampak simple. Tapi biasanya yang simple tu la yang ohsem!!!


Tema: merah dan putih.
Venue: Bistro 42, Bangsar Village II


Dah penuh dengan tetamu...

Amboi ZackU, gediksnya ko....
Amboi cicot, comelnya awak...
Kat photo booth ni, lepas amik gambar nanti dorang akan terus print.
Dan gambar tu boleh la di bawa balik.

Kak Maya and Kathy.

Masa tengah melepak-lepak. Tetiba kak maya tegur.

Eh ni nama awak kan?
Mana-mana??? Ha a lah nama kita. Kenapa nama kita ada kat sini??? dorang ni takde nama orang lain ke nak letak. Takde idea lettew...

Kat kertas ni la ada nama aku. Sori blur. Camera aku nie susah sikit nak fokus.

Rupanya ada game daaaaa...
Game dia senang ajer.
Semua kat kertas ini adalah jawapan.
Contoh jawapan:
I have a pink toothbrush.
So ko kena la pergi tanya sorang-sorang yang ada kat situ.
Do u have a pink toothbrush?
Kalau dia ada, nanti dia sign la kat ruang kosong itu. Kalau dia takde, ko pergi la tanya kat orang yang lain pula...

Kan ke ada nama aku Zanira disitu. *ops, kantoi nama sebenar*
Dah macam artis dah aku. Semua serbu nak mintak sign.
Haihhhhhhhhhhhh susah jadi orang cantik ni. Pangggggggg...

Ok semua sila beratur ye. Jangan berebut-rebut. Saya akan sign sorang-sorang. Amik gambar kemudian. *ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn*

See.. adik beradik sendiri pun nak mintak sign

Lepas tu kemain gembira bila dapat tandatangan i. Kahkah...

Bukti dikerumi lagi, wahhhhhhhhhhhhhhhh...

Lepas dah isi semua, boleh la anta kepada mc.
Nanti dia akan carik sapa pemenang terpantas.
Yang pasti bukan lah kami-kami ni yang menang. Sebab masing-masing pun terhegeh-hegeh nak mintak sign kat orang.

Lepas habis game, baru boleh makan...

Smart kan.
Berus gigi itu adalah cake. va va va....

Lalu masing-masing pun kekaguman dan bergambar dengan cupcake dan big toothbrush.

Nyumssssssssssss...
Sekali sekala makan benda yang manis macam ni take.
Yang pasti, bila balik nanti sebelum tidur kena berus gigi..

Aku paling suka dengan dia punye sandwich dan cupcake.

Lepas habis makan. Dan dihujung event. Tak disangka-sangka ada penyampaian hadiah untuk entry Colgate paling best. Blogger yang buat entry Colgate ni ada 5 orang ajer pun.
Dan aku tak diberitahu pun yang ada pemilihan entry paling best.
Masa buat entry tu, aku buat macam biasa ajer la.
Tetiba bila nama diumumkan terkejut terpana aku sekejap.
Paling terkejut terpana bila dia cakap aku menang cek 1k.
1k uols, 1k... mana nak carikkkkkkkkkkkkkkk....
Alhamdullillah. Rezeki anak...

Muka terlalu gembira, terus nampak kembang.

Auwwwww malu.... masa nie ramai amik gambar saya.
Senyum pun menggigil-gigil, hehe...

Dan saya bersama peminat. Puiiiiiiiiiiiii..

Terima kasih Colgate-Palmolive.
Jasamu ku kenang-kenang.
Lepas ni confirm saya akan sayang Colgate seorang. =)


Blog posting ini disponsor oleh Colgate-Palmolive 

Love: Ceera =P

25 LoveGreen:

Rina Ellisa said...

Waaaa... best+syiok+lucky+akak gojes(cam diva).. hikhik :P

AlyzaFisol said...

alaaaa...bestnye...x dpt nk attend sbb kt kg aritu...tp kalo ade lg event, ajak la kita lagi...hehehee

Mya said...

syabas syabas :)

✿ pink velvet ✿ said...

wahhh! tahniah ceera :)

comeinyer cake toothbrush tu, hehe~

kakchik@ella said...

waaaa .. bestnya. sapa nak bagi 1,000, kan. eh .. big toothbrush tu bole makan ke atau utk ditengok jer?

ririn aieza said...

tahniah kak ceera!!!!rezeki baby...=)

Mooniqueen said...

Rezeki anak u la ceera.... Bestnya....

Filla ~ Kasihs said...

syabas mera beteh.. hahah.. tak leh blah ayat diva sangat nieee.. orang rebut-rebut mintak sign.. ai pon nak lah, otograph please *kuak dada bukak button*

Irfa said...

tahniah ;)rezki baby

A.I said...

Wahhhhh...rezeki baby tu :) congrates ceera!

awek retro said...

wow banyak nyer...congratzz

Riena Haiqal said...

wah diva colgate dah menang 1k la.. rezeki anak... (^_^)

sHiLaziZi said...

congrats mummy keisha :) boleh buat belanja raya...

BeRRy MuMMie said...

beshnya tahniah...

Cik Eka said...

waa bestnya..untung akak menang ..hehehehe

mrs puex said...

va va vaaaa...congrats to u..

x sia sia pose dlm bilik air demi colgate tersayang...:D

Love Razila said...

hahahha...alhamdulillah, rezeki yang xdiduga =)
Tahniah!!

::cik asha:: said...

rezeki baby....eh, tinggi nye kak jemah...huhuhu

pena rozie said...

Tahniah....

@YUNID@TI said...

best nyer... rezeki... rezeki...

aliaa ayu said...

tahniah..

Azham Vsvc said...

Alhamdulillah, rezki baby baru hehehe!

sHeeMa DeaN said...

Tahniah.. rezeki keisha dan baby..

nik rosmawati said...

cantiknya maxi dress ceera tu.beli kat mana?

Delimasari said...

bestnya

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998