Instagram

Pemilihan susu terletak di tangan anda

Aku ada bagitau tak yang keisha sekarang dah kuat minum susu.
Sejak dah tak BF nie kemain lagi dia. Pagi-pagi dah mintak susu...
Sikit-sikit, mi, susu... susu... sambil mulut muncung-muncung muka cebik cebik.
Aku ni kalau mengantuk sekalipun, anak mintak susu terus segar bijik mata pergi buat.
Rasa seronok pulak.

Yela, dulu lepas stop BF agak susah kot minah tu nak minum susu.
Kena paksa baru nak minum.
Paling-paling pun sehari minum dalam secawan dua ajer.
Itu pun kadang-kadang habis, kadang-kadang buang.
Jadi bila dia dah kenal apa itu susu, dan sudah pandai mintak susu. Hati ibu mana yang tak gembira.

Aku syak, ramai mummy yang fully BF akan mengalami pengalaman yang sama.
Anak susah nak minum susu formula.
Nak nak pulak, anak yang jenis berkepit dengan emak 24/7 macam aku.

Yela, dulu susu gantung. Tak main botol-botol susu.
Lepas tu bila susu sudah kering. Baru menggelupur nak ajar anak minum susu FM.
Dan tetiba anak engko pulak jenis yang banyak cekadak... bagi susu dia macam geli. Habis tu macam mana?
Takkan tak bagi susu langsung.
Nanti zat nak datang celah mana.

Hoi risau woiiiiiiiiiii...

Aku dulu, kalau pandang keisha macam...
Cukup ke tak anak aku nie zat.
Cukup ke tak nutrients dalam badan dia.
Cukup ke tak itu ini..

Benda nie bermain setiap hari kat kepala.
Tambah-tambah pulak bila anak ko jenis kurus kering macam anak aku.
Mula la aku nak start compare dengan anak orang lain.
Bukan nak tengok anak aku lagi bijak ke tidak. Cuma nak tengok anak aku nie ok ke tidak tumbesaran dia. Takut terbantut dan takut macam tak cukup zat pulak.

Tapi sekarang... syukur alhamdulillah sangat keisha dah suka minum susu.
Satu hari aku kena bancuhkan dalam 4 atau 5 kali.
Ye, tak banyak macam anak korang. Tapi aku dah cukup puas hati dah.
Jadi, bila setiap kali dia minum sampai habis. Aku akan tepuk tangan kegembiraan. Kena la tunjuk kita sapot kan.
Keisha pun asal dia minum susu sampai habis ajer. Laju je dia tunjuk kat aku.
Nak aku tepuk tangan lettew. Hehehe...

Budak pagi-pagi minum susu

Eh gembira lah aku...
Anak aku dah pandai minum susu.
Jadi aku dah yakin sekarang anak aku sudah cukup nutrisi dalam badan sebab pilihan susu adalah susu Anmum Essential.

Kenapa Anmum Essential?
Selain no added sugar. Anmum Essential mempunyai gabungan formula antara DHA dan juga Gangliosides.

Dan adakah anda tahu bahawa DHA sahaja tidak mencukupi? Kanak-kanak juga memerlukan Gangliosides untuk sambungan sel-sel otak. Mengapa? Kerana DHA adalah building block yang membantu membina sel-sel otak & Gangliosides pula adalah untuk sambungan sel-sel otak. 

Kesimpulannya:

DHA = key building block of brain cells
Gangliosides = brain cells connection. The more connections, the faster kids learn.

Oleh itu, fungsi DHA dan gangliosides adalah complementary yang mana mereka bekerja dalam synergy untuk memberikan perkembangan otak yang lebih baik.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak untuk anak anda.
Pastikan susu yang diberi ada kedua-duannya sekali iaitu DHA dan juga Gangliosides.
Two things better than one.

Keisha bersama botol susu baru kesayangan dia.

Sebelum mengakhiri entry, aku nak kongsi sedikit tips kat mommies yang mengalami pengalaman yang sama macam aku di mana anak susah nak terima susu FM...
  1. Jangan bagi anak pilihan. Sila bersikap kejam. Keisha dulu, aku bagi dua pilihan ajer. Taknak susu sila minum air masak. Last-last dia redha lalu minum susu sampai habis, kahkahkah... Anak, kalau dah haus, air mana pun dia bantai uols.
  2. Buatkan susu dalam botol yang dia suka. Kalau dia tak suka botol susu nyot-nyot tu jangan la dipaksa jugak dia minum susu dalam botol tu. Mungkin boleh tukar dengan botol biasa yang ada straw. Cari pula botol yang cantik-cantik supaya dia suka nak minum dalam botol tu.
  3. Kalau boleh botol tu jangan beli yang nampak dalam. So biar dia surprised sikit setiap kali minum.
  4. Mungkin sebelum ajar dia minum susu fm. Boleh biasakan dia minum dengan susu dalam kotak, supaya dia belajar untuk merasai susu.
Ok itu saja tips aku. 
Tips yang berkesan bagi aku.
Kalau ko ada tips lain, mungkin boleh berkongsi bersama disini. =)
Next aku kasik tips stop BF pula...


Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

Kak Izan said...

Lepas BF.. memg anak2 susah nak start minum susu biasa...samerlah cara yang ceera buat tu.. nak kasik dia semangat minum susu.. kalu akak .. kekadang kasik milo jugak.. :D..

Mooniqueen said...

Aah samolah dgn anak MQ.. Nx month Dah 2 tahun but still nak bergayot lagi... Letih kita jadinya... Bb nak minum fm memang susah... Lately je MQ berkeras taknak bagi bf sgt...

sharifah rosidah said...

Ceera anak aunty yang bongsu dulu pun tak pernah minum susu, dia minum susu dari habis hari sampai umurnya 5 bulan je, lepas tu bila bagi susu je dia muntah so aunty bagi dia minum ribena sampai dia berumur 10 tahun yang kelakar nya dia berhenti minum ribena pakai botol susu sampai dia nak masuk darjah empat sebelum pergi sekolah dia hisap sebotol dulu sampai habis baru pergi sekolah, tapi ribena ni satu je tak bagus sebab ianya merosak kan gigi sbab semua gigi anak aunty berwarna merah sampai lah habis gigi susu tu patah baru gigi yang baru keluar tu cantik.
tapi alhamdulillah anak aunty sehat je, jarang kena penyakit melain kan penyakit keturunan iaitu astma tapi jarang2 datang cuma 4 ke 5 bulan sekali, syukur dan sekarang dia dah pun baru masuk asasi TESL di Uitm, Amin.

nik said...

anak sy pun mcm tu gak..dulu nak berabis 6aun susahnyer lah..kena paksa sokmo.. bila tukar anmum step3 180ml tiap kali buat..senang jer dia telan..nik bg tiap 2jam tau..pagi bagi biskut farley 4kpg,mlm nasi bubur ayam..time lain susu jer..jenis x suka makan,kalu bg snek hok x berguna tu nak lak dia telan.. tapi kan Anmum ade DHA Ganglisida dan SA jer kan... Kolina,Inisitol ,Nukleotida dan Taurina x der kan.. ni yg buat nik rungsing neh..cukup ker zat utk otak budak eh..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998