Instagram

Gembira perutku dapat makan lauk kenduri

Weken lepas, dua-dua hari ada wedding.
Sorang kawan aku, sorang lagi kawan ciput. Hmmm bukan lah kawan ciput sangat. Tapi kawan adik dia. Akak pengantin tu baru kawan ciput. Tapi disebabkan jeppa berbff dengan pengantin tu, makanya pergi la kita...

Jeppa siap jadi pengapit tu...
Dan ciput and mama excited nak pergi bukan sebab nak tengok pengantin. Tapi sebab nak tengok si jeppa jadi pengapit. Siap suruh bawak camera sebab nak amik gambar jep. Kahkahkah...
Sabor je la...

Malangnya, kitorang duduk bahagian atas.
Jadi amik gambar dari atas sajolah...
Kuasa nak turun bawah semata-mata nak amik gambar pengapit.

Pengantin adalah super gojes.
Ate, lelaki nya steward muka ala-ala jambu gitu. Yang perempuannya pulak chinese look. Memang sesuai sangat.. ciput pulak cakap, eh ni bukan gf lama dia nie. Ni mesti gf baru. Yang lama tu chubby and pendek sikit.

Derrrrr ingat pulak dia gf orang kennnnn...

Sebbaik ada baju yang longgar-longgar untuk di pakai.
Nampak la sopan sikit...
Aku asal nak gi wedding je terus pening nak pikir pakai baju apa. Tetiba ni berturut-turut ada wedding. Ahad ni ada wedding lagi, phewwwwwwwwwwww... ramai jugak kawan kami yang kawin lambat ye.

Masa tengah makan-makan tetiba ada seorang perempuan sapa aku kat belakang.

Assalamualaikum kak.
Aku dah macam blur, siapakah?
Otak aku, asal orang sapa je mesti aku fikir blogger.
Tapi bila diusha lebih-lebihan rupanya sepupu daaaaaaaaaa...
Punye la tak cam muka, hahahaha...

Zara la kak...
Laaa awak ke? akak ingat siapa tadi.
Kawan akak ke kawin?
Bukan akak, kawan husband akak... Awak?
Yang perempuan tu ofismate saya...

Dan bla bla bla sebentar.
Mana nak cam uols. Jumpa setahun sekali. Dah la tu, asal jumpa masing-masing muka selebet. Tiba-tiba jumpa kat wedding, begitu vas vas gitu... mekap sana sini. Blur la ahkak kan. *cover sambil kelip-kelip mata*

Besoknya wedding di dewan kg cheras baru pulak.
Kawan sekolah ku. Akhirnya ko kawin jugak kan maz. Penat tunggu hokey.

Maz ni bff dengan linda. Dengan aku gitu-gitu ajer.
Tapi dah dia kawin kan, haruslah datang juga. Boleh jugak jumpa linda kat sana.
Takde la janji nak jumpa kul berapa. Tapi kalau nak gerak dari rumah tu bagitau la. Linda rumah dia dokek yo. Aku yang kehujung sikit. Tiba-tiba time linda sms cakap dia tengah siap-siap si keisha pulak tido. Nak taknak kena jugak tunggu keisha bangun baru pergi wedding maz.

Dalam jam 130 baru keisha bangun.
Terus bersiap kitorang nak ke sana...
Sampai-sampai cun cun pengantin baru nak berarak. Maknanya mesti linda tak balik lagi, hehe..
Jumpa la kami sekejap. Tapi tak sempat nak bergambar bagai sebab anak dia dah tertido. Time aku makan, linda dah nak caloooooooo.... sobssss...

Takpe la, lain kali jumpa lagi bila aku dah anak dua. -_-

Aku pun lepak sekejap je kat wedding maz. Sebab dewan dia maha panas uols. Dah la time tu memang cuaca terik semacam. Tak sanggup nak duduk lama-lama disitu.
Sebelum balik rumah, singgah rumah mak dulu makan kuihhhhhhhhhhhh..
Mana tak membesar bagaikan juara. 

Love: Ceera =P

3 LoveGreen:

sepet a.k.a zack_u said...

Hoi, atam pun datang ke masa jep jadi pengapit, kita pun hade hokey, tapi duduk bawah la, jep tak cakap pun atam pegi, dush2 kat jep!

Riena Haiqal said...

Selamat pengantin baru buat kdua2 pengantin... (^_^)

AzuraFazil DIN said...

uhuhhu fobia makan lauk kenduri .. sure akan kene dyria

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998