Instagram

Berjemaah 3 beranak

Lama gila tak solat berjemaah dengan ciput.
Dulu masa takde anak, rajin la.
Bila dah ada anak macam susah sikit. Bukan apa, keisha ni boleh tahan jugak nakalnya mengganggu orang solat.
Kalau tengah sujud, nanti dia buat kuda-kuda kat belakang badan kita. 
Tak pun karang, dia duduk depan kita lama-lama. Nak sujud pun kena tunggu dia pergi tempat lain dulu baru boleh sujud. Tapi ikut ciput dia sujud ajer, hahaha.. nanti keisha tersepit kat bawah badan dia. Kang tiba-tiba terdengar ada budak meminta tolong. Cari-cari rupanya kat bawah kain ciput, kahkahkah...

Pastu dia pandai okey.
Dia tahu orang tengah solat, dia buat apa pun orang takkan marah.
Asal dah hujung-hujung, dia nampak kita assalamualaikum warahmatullah, terus dia berlari ke tempat lain. >_<

Telekung yang baru di beli di sepetshop
Sukeee...
Man man je kat keisha.

Gaya taknak kalah.
Pakai-pakai telekung terus cari sejadah buat-buat solat. Hahaha...

So berjemaah la kami 3 beranak.
Tapi nak terbatal okey solat aku tengok keisha...
Kelakor sangat.
Kita sujud dia sujud *sujud gaya dia*
Kita rukuk dia pun rukuk. *rukuk gaya dia*
Kita baca-baca ayat, dia pun nak sok sek sok sek jugekkkkkkkkkkk...
Adoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Tapi rakaat pertama ajer dia bertahan.
Rakaat kedua dan seterusnya terus dia bosan lalu pergi menengok youtube.

Takpe, mula-mula ikut-ikut ye sayang.
Dah besar kena solat tau...

Love: Ceera =P

14 LoveGreen:

SyAmSuL AnUaR said...

Pandainya keisha..comel cr di solat..bgs ajar dr kecil bersolat..

Nazirah Azeman said...

sejuk hati tgk keisha

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! suke tgk bebudak smyg cara dorang, mmg cute sgt :)

Riena Haiqal said...

syukur alhamdulillah, Keisha dah pandai dah yer...
anak sya pun sma kalau kita tengah solat, memang dia akan renung kita... kadang2 nak terbatal juga.. huhuhhuh

Mrs.Yana @ K.M &amp; B.U.M.P said...

Alhamdulillah, melentur buluh biar dari rebung nya kan kak :)

Rasidah Ahmad said...

alololo comelnye keisha...anak saya pun suka sangat dok menebeng kat depan sejadah time solat...eiii geram



bajukurung budak murah!!!
www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

imhana said...

omeynya keisha...gud girl...

9w2ayn said...

chomel sesangat oh..

Cute Kain Pasang in Da House said...

cute je keisha pakai telekung...bagus kecil2 dah minat nk bersolat, alhamdulillah semoga anak kita menjadi soleh & solehah ;)

Kak Izan said...

Semoga menjadi anak yang solehah.. Doakan Papa dan Mama.. :)

Delimasari said...

cute dia

sedutzone said...

yeah... i like... good girl...

Surynn Zain said...

comelnya...mmg suka tgk keisha

Surynn Zain said...

comelnya...mmg suka tgk keisha

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998