Instagram

BB dah campak masuk longkang

Tu ayat amarah ku yang marah. Tapi sebenarnya tak sampai hati pun nak baling walauponnnnnnn ko dah kikis duit aku beratus-ratus. Ko kira sendiri k, sejak bb dicampak oleh keisha hari tu. Sejak tu bb aku weng sampai la nie... tak ini rosak, itu pulak rosak...

Mula-mula skrin weng. Ok takpe, 1st time jadi kita repair.
Habis rm300.
Lepas tu trackpad pulak buat hal. Ok takpe jugak, mungkin sudah masa dia weng kan. Jadi kita repair.
Habis RM100
Lepas sebulan dibela trackpad dimana warranty pun sudah habis, trackpad kembali rosak. Lebih teruk dari hari tu, (*#*$&(#)@... Takpe takpe, repair lagi,
Habis RM100
Dan sekarang, skrin pulak kembali weng!!!!

Ko dah kenapa BB.
Sekali terpecah dara manjang nak pecah saja????
puiiiiiiiiiiiiiii...

Dah... aku dah malas nak repair dah.
Sekarang aku guna hp sony ericson ciput yang lama.
BIS pun aku dah potong. Siap ciput tanya banyak kali lagi.

Ayang betul ke ni nak potong internet.
Ye B, B call je suruh dorang potong.
Taknak repair BB dah ke?
Malas!!!

Tu dia, dia punye sentap! hahahaha....

Sampai ada satu malam tu, ciput pulak yang sibuk pikirkan hp apa aku nak pakai. Kalau boleh besok juga dia nak suruh aku beli. Heloooo i don't have enough money to beli okey. Nak raya lagi, nak beranak lagi.
Padahal dalam hati ada hati nak tunggu iphone5, kahkahkah...

Jadi buat masa nie, saya tersenyap sebentar di dunia twitter.
Sebab twit adalah lebih indah di BB.
Ipad ada lorrrrrrrr... tapi macam leceh juga. Paling-paling pun aku rajin nak update instagram je. Itu pun sebenarnya banyak malas dari rajin.

Tapi ok juga, kurang dosa aku di bulan ramadhan ni kalau kurang bertwitter. Lol...

p/s: Selamat menjalani ibadah puasa semua... Saya sedang berusaha nak habiskan puasa satu hari ni, heh heh heh...

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

Chekgu Azrine said...

selamat berpuasa ceera..

pena rozie said...

selamat berpuase....

sharifah rosidah said...

Selamat berpuasa untuk ceera dan keluarga.

mama maman aka yana said...

selamat berpuasa penuh ceera... :-)

MrJocko said...

Beli iphone jer... Hehehe

Love Razila said...

Hehehe...amacam dugaan bulan pose tp ko dh over morning sickness xper...aku br start ni morning sickness, letih weiii asyik uwweekkk memanjang. Huhuhu. Iphone5?walla...ku nnt,ku ingat ko akan sambar samsung note. Hehhehe

Iylia said...

Selamat bpuasa kak

Diary Of One said...

Sentap mak dgr title ni, sbb msk dah btl2 campak bb ke longkang yg penuh dgn mud. Skrg pakai 4s dah... But bb still the best laaaaaaa

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998