Instagram

Selepas 2 minggu menggunakan Colgate SlimSoft Toothbrush

Saya nak cerita sedikit saya punye progress selepas menggunakan Colgate SlimSoft Toothbrush.
Gusi saya sudah tidak berdarah. Heeeee...
Eh aku ada bagitau kan yang gusi aku kerap berdarah. Sebab aku tu aku selalu cari berus gigi yang extra soft sebab kalau yang keras punye, berdarah woi gusi. Tiap kali berus je darah... Kalau 3 kali sehari berus gigi, 3 kali tu jugak berdarah... tsk...

Dah la aku nie jenis kalau berus gigi tak pernah nak slow.
Kalau boleh selaju-laju dan sekerasnya-kerasnya.
Disebabkan orangnya yang keras/ganas, maka berus gigi kena lembut. Baru la sesuai dan serasi bersama gitu.

Gigi saya tidak sensitif. Tapi gigi suami saya yang sensitif. *sensitif ni maksud saya gigi cepat ngilu, ke sensitif gigi sangat berleluasa sebenarnya? aku pun tak tahu*
Dah tu, mari la berkongsi ubat gigi. Kuasa beli asing-asing. Berkongsi itu kan lebih baik. Baru la sayang menyayangi. Tapi berus gigi tak kongsi ye. Tolong sikit.

Ini namanya tutorial memberus gigi secara gambar, >_<
Berusla gigi kamu sebelum kamu tidur. Baru la segar mulut itu, tambah-tambah bila sudah bersuami, eh.

Lepas tu, kumur-kumur pula dengan Colgate Plax Ice. Dabel segar wa cakap lu.
Rasa macam nak haaa haaaa kat semua orang. *u know haaa haaa tu apa? itu keluarkan nafas tu*

Gigi pun gembira, sekaligus tuan gigi juga gembira bila bernafas segar.

Lepas nie, confirm aku dah tak perlu pening-pening dan bertafakur depan berus gigi nak carik yang mana sesuai dengan gigi aku. Sebab aku dah jatuh cinta dengan Colgate SlimSoft.

Dalam erti kata. "Dah taknak yang lain"
sambil geleng-geleng kepala diiringi dengan jari goyang ke kiri dan ke kanan. Heeee....

Colgate SlimSoft Tootbrush nie, mampu membersihkan di ruang-ruang kecil antara gigi kerana hujung berus gigi adalah senipis 0.01m.
Pemegang dia pulak jenis yang simple dan ergonomic design. Takde rupa serabut sangat. Ada 4 color semuanya: Pink, hijau, biru dan oren.
Dan ada dua jenis head: compact & ultra compact.


Sebelum mengakhiri entry, saya nak ajak readers yang free untuk join finale party yang akan berlangsung pada:

Date : 30 June 2012 (Saturday)
Time: 3pm - 5.30 pm (tea to be served)
Venue: Bistro 42 at Bangsar Village 2

Siapa yang nak join, let me know k... Will send out 10 invites by 28th June!
Atau mungkin ajak manjers untuk join bagi meriahkan lagi suasana.
Jangan lepaskan peluang.
This saturday ye! Kalau free komen nanti aku akan pilih. Boleh la kita berkenalan, ewahhhhhhhhh....
Ops... tinggalkan email add, senang aku nak contact.

See u there.

Blog posting ini disponsor oleh Colgate-Palmolive

Love: Ceera =P

11 LoveGreen:

Hani Shaklee said...

saya pun pakai yg sensetif ni..doc pun dah tak bagi gosok ke atas n ke bawah..gusi saya sensitif..lembut sgt.. coz nnt nampak akar gigi.. takut nanti abes luruh gugur gigi saya..hehehe

Riena Haiqal said...

berus gigi kita sma la.. hehehe.
sya memang selalu amalkan berus gigi sebelum tidur... suami saya pun saya suruh amalkan... sekarang dia dah biasa dah..:)

AlyzaFisol said...

sye pun ade masalah gusi berdarah...huhu...sggh tak best...nk try la berus gigi baru ni...seperti menarik... :D

arwen said...

i'm interested to know about more Colgate Slimsoft toothbrush and related oral care product

arwen said...

I am interested to join tea party to know more about Colgate Slimsoft toothbrush and related oral care product.

Email : wong0adriene@gmail.com

sharifah rosidah said...

Aunty pun gusi selalu berdarah tapi dah nama nya degil masih nak gunakan tooth brush yang hard punya baru puas.

nama saya katy cat...hahaha said...

ceera..

mayb u dah penah ckp brand apa...tp saya nak belek satu2 page xsempat kot...hehe...

nak tanya kamera you pakai tu brand apa yer?? n model dia?

thank you ^^

nama saya katy cat...hahaha said...

Ceera,

nak tnya...kamera you pakai tu brand apa yer?? model apa??

sure ceera dah penah publish pasal kamera ceera tu...tp dah xjumpa page yg mana...

hope sudi bg tahu yer...

thank ^^

ceera said...

@nama saya katy cat...hahaha

saya guna sony nex 3

ceera said...

@arwen
nanti saya akan email awak ye. Boleh ajak sorang member.

Mya said...

ceera, akak dah komen kat blog vp.
tapi kot takde rezeki kat dia, akak cuba nasib kat sini yer :D

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998