Instagram

Sambutan hari untuk bapak-bapak sekalian

Hari sabtu tengahari ciput dah keluar hospital.
Nampaknya plan hari ahad berjalan seperti yang dirancang.
Mama plan nak buat fathers day kat rumah kitorang. Ajak uncle makan-makan sekali. Kitorang talak hal punye, sebab bukan buat apa pun.

Cuma memeningkan kepala aku sikit la. Sebab adik badik aku pun nak buat fathers day di hari yang sama.
Ahhh sudah, macam mana itu?
Tapi entah macam mana tetiba tak jadi puloq.
Nasib baik. Kalau tak dah macam orang gila aku berlari ke sana ke sini.

So petang tu just sms abah untuk wish hari bapa...
Siap love love love lagi. Hik hik hik...
Mesti abah baca sambil tersenyum senyum.
Lagipun sms je la aku mampu nak cakap sayang sayang bagai. Cakap kaluuuuuuuu, malu! *tutup muka*

Cake di sponsor oleh leena.
Terima kasih leena.

Aku tak sempat nak plan apa pun untuk ciput.
Hadiah apa pun takde. Just wish semata-sama.
Dah tu tetiba masuk hospital bagai. Celah mana nak sempat beli hadiah kan.
Tapi aku tau ciput tak kisah punye.
Cukup la kasih sayang yang ku berikannnnnnnnnnnnnnnn... *ayat orang takde hadiah*

Bapak-bapak sekalian...
Sekejapan je masa berlalu.
Semua pun dah jadi bapak...

Tengok la mika. Kemain sengihnya. Hehehe...

Laki i memang selalu dia yang paling over.
Dah sakit pun masih over.

Pasal penyakit ciput nie.
Ingatkan bila dah kena tebuk keluarkan angin lepas tu ok la.
Hari tu masa tanggal jahitan, doc cakap chance nak kena balik tu masih tinggi. 0_0
Seumur hidup ko. Jadi berjaga-jaga sajalah...

Rainbow cake...
Sedapppppppppppp...

Icing dia pun tak tebal.
Suka la aku...
Nasib baik tak berapa manis juga. Boleh la aku makan beberapa suap.

Perempuan tamak amik besar-besar.
Lepas tu makan half je. Half lagi bagi ke ciput, kahkah..


Keisha juga sedang menikmati cake.
Serabai sungguh anak haku.

Happy fathers day sayang.
Love u soooooo much.
Nak tuntut hadiah, mu ada lagi seminggu je lagi. Kalau takde menda yang di tuntut syukur alhamdulillah. Selamat duit haku.

Love: Ceera =P

5 LoveGreen:

Love Razila said...

Emm samalah kite, hadiah dituntut kendian sebab memasing outstation. hehehhe

Mooniqueen said...

Color superb gojes la kek.... Nmpak pun boleh tau sedap... Allolo... Pandai je keisha ni makan sambil pejam2 mata lagi...

Fafau de Craft ( Zana ) said...

sonot bapak2nyaaa... :)

sharifah rosidah said...

Amboi keisha dapat kek tu makan dengan sepenuh perasaan ya.

Riena Haiqal said...

lawanya kek tu..rasa macam tak nak makan pula sebab sayang.. heheheheheh
keisha sedang menikmati kek yang sedap tu yer..:)
Happy father's day

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998