Instagram

Projek hari ini

Disebabkan ciput ada kat rumah selama seminggu.
Makanya, banyak la benda yang boleh di setelkan.
Mamat tu, nama je sakit. Tapi bukan reti duduk diam pun.
Hari pertama je dia baik duduk rumah, hari kedua dah melilau ke sana ke sini...

Macam kelmarin, pergi servis kereta kat perodua.
Keluar rumah jam 8, setel servis jam 12. Perghhhhh... banyak benda yang ditukarnya.
Lepas tu hantar bb aku pergi servis.
Malam, pergi opis kejap amik barang.

Semalam pulak, pergi perodua lagi sebab ada yang belum setel.
Pastu  pergi bank masukkan duit raya keisha yang tahun lepas punya. Punye nak raya lagi sekali, baru hegeh-hegeh nak masukkan duit keisha yang berkurun kat dalam tabung.
Lepas tu kitorang pergi makan kat ikan bakar tangling, dap dap...
Petang pergi beli barang dapur.

Hari nie pulak, pagi-pagi kitorang keluar bfast kat mamak.
Lepas tu tersangkut beli kepala paip untuk sinki kat dapur. Sukeeeeeeeeeeeee...

Makanya, projek hari ni adalah, menukar kepala paip yang baru.
Yang lama tu bukan lah rosak. Tapi pendek nau. Kadang-kadang air susah nak masuk dalam sinki, dia pergi ke atas sinki lalu menjejeh-jejeh air jatuh ke bawah.
Alahhhhhh ko paham lah kalau ko biasa basuh pinggan.

Yang ni pun bertahun nak beli. Tapi tangguh punye tangguh punye tangguh, baru hari ni dapat beli.
Biasa la kan, masing-masing konon bz. Tu yang bertangguh sampai bertahun.

 #lelakisexy bila buat kerja plumber.

Ciput adalah jenis yang sukar buat kerja-kerja macam ni. Dia manja sangatlah! selalunya daddy dia yang buatkan. Jadi bila sekali sekala dia buat kerja jantan macam nie, aku macam terkagum kejap, hahaha... Turn on bebeh...

 Nak nak pegang spanar, fuyooooooooooooooooo...
Slurp slurp...

Tadaaaaaaaaaa dah siap.
Sebelum amik gambar, haruslah aku basuh sinki kasik berkilat dulu kan, kahkah.
Takkan nak tunjuk kat korang sinki berkarat.
Dan dan tu rajin nak kemas bahagian sinki. Siap letak pokok kecil di situ. Amboiiiiiiiiii...

Best..
Rasa macam nak shower kat paip yang baru.
Sebab air dia ala-ala shower gitu. Lepas tu badan dia boleh diliuk lentuk ikut suka hati aku.
Terbaik!

Love: Ceera =P

12 LoveGreen:

Riena Haiqal said...

bagus bagus.. memang tak rasa macam orang sakit pulak si Mr. Ciput tu kan.. ada jer keja nak dbuatny.. terkagum sekejap.. :)

waalllaa! said...

amboiii..berkilat sinki..hehee

Mya said...

dah lama akak dambakan paip kepala camni.
mahal tak?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Kesian abg Ciput, dapat MC pun kena berkejar ke sana ke mari.. eh, lawa la kepala paip tu. Patut akak amik gambar masa air terbuka, baru nampak effect shower :)

ceera said...

@Mya
RM170, lepas disc, dapat lah rm138 macam tu.

haslina said...

hehe, sama cam kat rumah nya paip sinki. baru tukar gak.
cuma part kepala paip tu tak samalah.
part liuk2 tu sama.

p/s pesan ciput jgn lasak2 sgt. byk kan berehat.

BeRRy MuMMie said...

nasib baik ciput pandai repair sendiri, x payah na kuar duit cll plumber..

Cik Eka said...

yg lentuk2 boleh lentuk sendiri yang bagus tu kak..hihihihi

senang keje kan

Mooniqueen said...

Cantiknya sink ceera.. Teringin nak ada sink besar mcm ni...

mamasuri said...

bab sinki tu mmg terbaek...hehehe...rajin ciput..tp jaga diri jugak yek..

Love Razila said...

Hehehehe...paip macam kat rumah ku jua.Boleh tinggi kan boleh rendahkan. Wink...wink...wink..

sharifah rosidah said...

Alahai Ciput sama je macam suami aunty, susah nak suruh tangan jantan tu buat kerja betul kan pipe2 ni.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998