Instagram

Party Birthday Keisha yang ke 2 Tahun

Alhamdulillah.
Party birthday keisha berjalan dengan lancar.
Pertama-tama sekali kena say thanks kat biras aku leena sebab dia yang banyak bertungkus lumus untuk party keisha ni. Ikutkan bz nya. Dia lagi bz dari aku sendiri, kahkahkah....

So segala deco, makanan mak nenek, semua leena yang setelkan...
Nanti kat hujung entry, aku bagi email address leena ye, sesiapa berminat nak amik khidmat leena untuk tunang, cukur jambul, birthday party especially tang dessert buffet boleh email leena untuk mintak quotation.
Sebab leena memang buat event kecik-kecik macam nie.
Wahhh.... aku belum apa-apa lagi dah cakap pasal ni, T_T

Aku nie tak banyak cekadak...
Apa leena sajes aku ikut ajer.
Yang aku mahu, tema adalah color pepel and pink.
Anak perempuan, kena la amik color yang sweet-sweet sikit. Lagipun sonang den nak carik baju dia kalau pilih color begitu.
Tak kuasa nak tema cartoon-cartoon semua.
Itu mungkin akan datang. Atau itu mungkin untuk baby akan datang, heh heh..

Very simple and sweet....

Semua yang ada kat meja ni semuanyaaaaaaaaaaaaaaa sedap okey.
Munchkin tu lembut gila kot. Aku makan banyak hok tu. Tak tertahan-tahan.
Lepas tu cheese tart dia pun terbaik!
Cupcakes pun sedappppppppppppppppppp....

Rainbow cake.
Juga sedapppppppppppppppp.... *teringat-ingat*

Saje tunjuk gambar makanan lebih-lebih sikit.

Ko perasan tak ada limau disitu.
Itu petua ciput dapat dari kawan dia. Nak halau lalat katanya. haha..

Disebabkan kitorang buat jam 3.
So makanan pun tidak la terlalu berat.
Nasik-nasik taknak. Kita order spagethi and mee kari. Lepas tu ada kuih-kuih sikit dan juga bubur pulut hitam.

Semua yummy.........

Order untuk 40 orang.
Tak sangka begitu banyak, hahahaha...
Tapi biar makanan berlebih, jangan berkurang.

Makan jangan tak makan...

Adik beradik aku lepak kat luar.
Dorang pandai membawa diri sikit.
Celah mana pun dorang boleh duduk. Takde kerusi, pun tak mengapa. Lantai kan ada. Bersila lah... =)

Akak dan ika.

Kan cuaca boleh tahan panas time ni.
Kitorang dah standy 3 kipas kat luar.
Sekali boleh tak extension yang kat luar tu boleh short tetiba...
Derrrrrrrrrrrrrrr...
Dah macam cacing kepanasan masing-masing.
Ciput pulak stress. Ye la, mamat tu dah bikin baik punye taknak bagi tetamu panas. Sekali tak sampai setengah jam tetamu sampai, kipas buat hal pulek...
Dia yang baru tukar baju nak hensem-hensem sikit dah berpeluh bertonggeng sana sini konon nak betulkan plug. Tapi apa pun tak boleh. Sebab ciput bukan pandai buat keja-keja macam tu...

Tapi dengan adanya ode. Semua boleh jadi sap sap soi.
Ini untungnya ada adik beradik yang hebat semua benda.
Ode godek sana sini, terus ok extension tu.
Well, abang i apa pun boleh. Kalau kat rumah mak ada prob je mesti panggil ode untuk betulkan. Tapi ode je la yang boleh harap. Lelaki yang lain harammmmmm....

Yang ode pun dah macam mcgyver.
Tetiba kat poket dia pun ada screw driver.

Masa untuk potong cake dan blow lilin.
Keisha masa ni mood belum okey. Muka dia banyak blur dari senyum.
Panas kot.
Aku pun dah berlengas kat situ kepanasan.

Geram dengan keisha.
Sebab taknak kat orang.

Keisha posing di perut mummy.
Dah takleh cover langsung kebesaran perut.
Muka pun dah kembang semangkuk.

Mia.

Ajai dan akim.

Awish.

with manjers.
Aku jemput manjers ajer. Yang lain malas nak jemput.
Lagipun kawan aku bukan ramai mana pun. Tak dia, dia... hehehe...
Bulan depan kathy ajak buat baby shower pulak. Ikutkan sajaaaa...

Mereka menggedik di luar.
Alang dengan ode tengah feeling pasangan kekasih. Sebab pakai baju pink yang colornya sama...

Tengokla tu, berkepit memanjang...

Suasana di rumah saya.

Mika...

Mak, mama and akak.

Bersama sepet.
Eh mak pun dah menyelit.

Eh mak lagi...
`
Dan akhirnya, baru keisha nak bermain dengan sepupu-sepupu dia.
Terima kasih kakcik. Lepas kakcik dukung baru dia nak main-main. Kalau tak aku hilang sikit nangis.

Dengan qayyum.

Bila keisha dah sibuk bermain, baru aku boleh berborak dan berhurhar dengan tenang.
Camera terus letak tepi.
So non ado gambar lagi.
Keisha ada tukar lagi satu baju. Kata pengantin uols. Kena la ada baju persalinan.
Takkan dalam satu album satu baju ajer kan. Hek hek hek..

Aku ada tempah onald untuk photog.
nanti bila gambar dah siap aku show off lagi sekali.
Mesti cantik-cantik belaka.
Tak sabarrrrrrrrrrrr..
Ni pun dia ada tag 3 4 keping kat fb...
Yang tu aku dah letak kat fb and instagram. Kalau korang follow, ada la korang nampak gambar-gambar yang cantik itu....
Suka aku dengan kerja onal. =)
Lagipun senang bekerja dengan orang yang dah biasa dengan kita...

Ok itu saja laporan tentang birthday keisha.

Dan ini sedikit info yang aku syak mesti korang nak tahu. =)

Baju keisha: Party princess.
Baju aku: Thepoplook.com *ada ke orang nak tahu, hahaha*
Deco birthday party keisha: Boleh email ke thewishingbliss@gmail.com untuk mintak quotation. 
Rainbow cake: kak yani - 0196694610 - Taman tun hussien Onn.

Love: Ceera =P

20 LoveGreen:

Cik Eka said...

kalau budak2 sambut birthday,mesti dorang ngamuk.buat muka,nanges saje..dah last2 baru okey..hehehehe

tapi cantikla dessert buffet tu.lapo tgok semua

Mooniqueen said...

Happy besday Keisha.... Comel sangat... Dah tengok tadi kat blog khaty Baju Keisha color pink kan? So sweet... MQ pun suka theme purple pink ni... Sesuai sangat untuk anak gegel..

ieqa said...

Looks delicious :3
Happy birthday Keisha, lepas ni bole sambut dgn adik plak. Hehe

jualan megatefal said...

meh usha tefal murah

@YUNID@TI said...

wow cantiknya... kisha n mama die... apy besday kiesha

Nazirah Azeman said...

cake keisha menarik.theme color pun sweet-pink purple

ummiarissa said...

wah marbeles majlis Keisha...sangat meriah walaupun tak ramai jemputan...

Hani Shaklee said...

bestnyer makan2..cake kesiha cantik..sumenyer cantik..mak keisha pun cantik..hehe

ayanuts said...

sis baju cantik laa..beli dkt mana ye?

sharifah rosidah said...

Alahai cantik nya baju sicomel ni.

Me said...

kak ceera pnye bju simple but cntik...bju keisha pn gojes... :)

eMMe said...

suke tengok, cam tringin nak buat gitu...InsyaAllah!

Cik Puan Mimie said...

happy bithday keisha..comel keisha & mummy.. =)

Riena Haiqal said...

alahai comelnya Keisha.. awak dengan sepet sangat2 cantik la.. :)
meriah nya party Keisha yer.. :)

Love Razila said...

xpernah lagi merasa kek pelangi. hehehe

lily lotus said...

perfect :) semuanya nampak cun! especially mak "pengantin", hehehe...

Rasidah Ahmad said...

happy birthday keisha...semoga menjadi anak yang solehah




tempahan baju kurung kanak-kanak (RM20)
www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

Anis Amirah said...

wow..HB Keisha..sedap nama mama awak bagi..http://are-nies97.blogspot.com/2012/06/speacial-giveaway-by-aiman.html join yer

Hayati Arshad said...

sorri..pertanyaan ai x dak kena emngena dgn entri ni la pulok. U pegi bandung ari tu kena apply visa ke tak eh?

ArELeEz said...

happy belated besday keisha..! semoga jadik anak yg baik. amin..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998