Aku dah malas nak beli apa-apa dah kat sinun. Semua dah cukop.
So masa semua manjers ke pasar baru, aku lepak dalam van je main sudoku.
Kat rumah mode pun macam tu jugak, dorang pergi masuk aku lepak dalam van je.
Penat dah woi, muntah nak patah balik ke sana.
Cuma keluar sebentar untuk amik gambar, dan minum-minum.
Sebab lama pulak dorang kat dalam tu. Amboi, sambung shopping kah?
Mak dah tinggal 300k je nie... =P
Baju keisha dari anak kecil.
Cantik. Ngam ngam je dengan body dia...
Gaya sexay. Hehe...
Mak buyong perut berlipat-lipat.
Susah benar nak suruh keisha pandang camera. Lagi kita panggil, lagi dia buat dek. Geram je haku.
Siap ko kalau dah besar sikit mummy panggil ko buat dek. Cubit nanti!
Lepak kat cafe minum-minum.
Lepas tu keisha yang gila kuasa minum ice blended ni sorang-sorang.
Kalau aku nak, aku kena mintak sikit. Itu pun sikit je dia bagi. Kemainnnnn... dah la air nescafe tu, hewhew...
Keisha dengan makcik-makcik kesayangan...
Setel hal kat rumah mode and pasar baru. Kitorang pergi makan kat mana entah. Itu pun pak supir yang bawak. Tapi sumpah tak sedap makan kat situ. Dah la mahal. Patut la takde orang.
Kitorang mintak bakso, tapi yang datangnya bihun sup?
Derrrrrrrrrrrrr...
Afan lagi bengang. Makan dengan penuh kebencian, hahahaha...
Dan last visit adalah di kartika sari.
Sebab nak beli brownies kukus yang paling sedap didunia...
Sini adalah wajib untuk ko pergi ye. Sebab brownies kukus dia memang yummy.
Kalau nak beli banyak, make sure diberi kepada sedara mara asap sebab brownies ni boleh tahan dalam 5 hari je macam tu.
Aku beli 2 je. Lepas tu kopok pun dua ajer.
Brownies tu harga dia dalam 30k tak salah.
Yang kopok tu dalam 15k. Yeke manjers?
Malas nak beli banyak-banyak yang keropok tu, sebab aku tau. Bila sampai rumah bukan aku makan pun. Nak bukak pun kadang-kadang malas. Jadi sila jangan membazir beli macam orang gila wpon nak menghabiskan sisa-sisa rupiah.
Lepas tu nampak icecream terus beli.
Kata masih kaya.
Aku ada 200k lagi.
Aku tukar rm3k.
Dan 2k sahaja untuk menyoping. Itupun bukannya shopping untuk diri sendiri. Banyak shopping untuk orang. Masa mengandung nie, banyak baju yang aku berkenan tak boleh pakai. Tak kuasa nak beli jugak dan pakai kemudian.
Tunggu la time kurus karang. Boleh shopping lagi ye tak?
Disebabkan banyak lagi masa sebelum waktu flight. Manjers yang lain semua nak urut kaki.
Aku malas nak urut kaki, jadi aku jalan-jalan dengan ciput and keisha kat luar.
Kitorang berjalan ke factory outlet nike yang baru bukak.
Tengok harga, alahai... sama je mahalnya dengan kat malaysia.
Dan ada yang lagi mahal dari malaysia.
Itu pun lepas diskaun pembukaan. Kalau tak lagi mahal!
Dalam jam 5lebih, baru kitorang terus ke airport.
Airport dia once ko dah masuk ko memang tak boleh keluar dah.
Satu je pintu dia, lepas tu masuk-masuk pintu terus kena checkin beg.
Dah macam hape je masing-masing dalam airport takleh nak keluar balik. Baru ingat nak lepak makan kat gerai yang ada kat depan airport.
Nasib ada satu cafe kat dalam tu.
Jadi kitorang lepak kat situ ajer lah.
Mek kecik nie. Time orang lain dah naik plane la dia berak.
Dah kelam kabut aku carik toilet sebelum berlari naik kapal terbang.
Aku nie dah la takleh kelam kabut, rasa nak terkucil semua ada. Debor takut kena tinggal, kahkah...
Dalam flight, order makanan.
Dan tinggallah duit rupiah 100k sahaja.
Itupun aku tak tahu mana duit tu sekarang. Carik-carik tak jumpa. >_<
Best je dorang tido.
Ahkak jugak yang terkebil-kebil mata.
Keisha tak mahu tido. Dah hujung-hujung nak sampai baru dia tido.
Tips:
- Kartika sari wajib pergi. Tapi sila pergi lastday ye.
- Duit tax, budak kecik baya keisha tak perlu bayar.
- Kalau perut jenis manja dan tak tahan, jangan sekali sekali cuba makan kat gerai-gerai tepi jalan. Biar berhabis duit sikit makan kat restoran. Jangan balik msia, masing-masing sakit perut dan demam-demam. Dan alhamdulillah, kami anak beranak dan manjers semua sihat selepas balik dari bandung.
Ok, ada apa-apa persoalan tentang bandung, boleh drop komen. Nanti aku reply
Tata...
Love: Ceera =P



10 LoveGreen:
cantik baju yg ceera pakai tuu.. beli kt mana?
Yeaaa abis jugak entry ke Bandung..penat sungguh nak mengabiskannye..
Salam.. Nak tny.. Most of FO kat bandun tutup kul bape ye??? U visit trans studio tak?? Is worth it to go trans studio???
salam ziarah, wahhh enjoy holiday ceera n sangat cantik walaupun Peggy...
makcik2 keisha cantik bangat!
keisha dah chubby siket.. geram tgk pipi dia.. :)
Alhamdulillah selesai juga entry Bandung ni.. hehehehe. tapi apa2pun macam ada yang best ada yang tak best jer kan.. ;)
mmg seronok menyoping kt bandung saya pon dah 2 x ke sana tapi rasa nak g lagi... singgah2 blog saya yer.. baru nk berjinak2 nie.. tq
Eh..kalau tak silap aku, airport tax tu ikut seat/tix bukan ikut umur..keisha tak kena bayar sebab dia xde seat..nama dia atas ko kan..normal pun baby below 2y memang xbli seat..
Berseri je muka ceera bila pregnant..Suka...
Post a Comment
Love U, =P