Instagram

Kondisi gigi saya

Saya mempunyi gigi yang kecil-kecil dan comel-comel
Saya rasa gusi saya lebih berleluasa daripada gigi.
Saya juga mampu senyum hanya menampakkan gusi, ko mampu? haha...


Sepanjang saya hidup, saya takde banyak masalah dengan gigi.
Gigi saya memang ok dari kecik.
Pertama kali saya cabut gigi masa saya darjah 2. *ye aku hingat okey*
Itu pun sebab gigi bawah saya yang kat belakang tu dah tumbuh yang baru. Maka, terpaksala dibuang gigi yang kat depan supaya gigi saya tak berlapis. Dan itu la pengalaman pertama saya kena cabut gigi kat klinik gigi. Takut woiiiiiiiiii... sepanjang perjalanan nak ke klinik berdebor, dah la jalan kaki pulak. Pffftttt....

Ingat lagi time tu kaklang yang teman.
Masa doc bius gusi saya, terasa macam eh gigi dah tercabut ke? sebab kembang semacam ajer gusi nie.
Dan saya tak menangis pun masa doc cabut gigi saya, sebab kaklang janji lepas cabut gigi dia nak belanja ice cream. hewhew...
Dalam gigi saya berdarah-darah saya makan ice cream. Saya peduli apa, ice cream sedap. Dah la dulu susah gila nak dapat makan ice cream. =P

Lepas tu, mak pesan. Kalau nak gigi cantik, selalu tolak gigi yang belakang tu ke depan guna lidah. Kalau nak lagi berkesan time mem*buang* kena tolak gigi tu. Dan yaaaaa, saya buat sebab saya nak gigi saya cantik. Bila pikir balik, darjah 2 aku dah pikir cantik. Hehehehe...

*ok stop saya saya, pening haku!*

Dan baru baru nie masa pergi scaling aku dapat tahu, yang gigi kat garham ada sedikit berlubang. Itu pun doc kata baru nak berlubang.
Percaya atau tak? aku tak pernah tampal gigi.
Tak pernah merasa tampal gigi.
Bukan sebab aku nie jaga kaw kaw gigi aku. Tapi mungkin sebab gigi aku sihat kot. Entahlah...

Yang aku tau, gigi aku sedikit sensetif.
Kalau berus gigi, kena beli yang extra soft. Kalau yang kasar-kasar tu berdarah gigi mak. Not likey.
Tapi dalam pada sensetif, kalau minum ice tak ngilu ye... *libas rambut*

Kali terakhir gigi aku patah masa form 2. Gigi depan!
Gigi garham masih mampu bertahan sampai sekarang.
Dan gigi bongsu ada 2 lagi tak tumbuh...


Overall, apa yang doc cakap. Gigi aku okey sajork. Cuma kena kerap buat scaling. Kalau boleh 6 bulan sekali. Aku buat scaling 2 tahun sekali pun tak tentu, ini kan pulak 6 bulan sekali. Selagi gigi tak buat hal... selagi itu la tak jejak kaki ke klinik gigi. Begitu sombong. T_T

Macam aku cakap awal tadi. Aku nie bukan lah penjaga gigi yang kaw-kaw.
Main-main jugak. Kadang-kadang tu lupa nak gosok gigi, kadang tu dah gosok gigi pun masih boleh makan lagi sebelum tido. Ikut dan aku ajer kan... asal gembira. =P

Aku hanya menitik beratkan pemilihan berus gigi.
Kalau berdiri depan berus gigi, nak memilih berus gigi mana yang nak dibeli. Boleh ambil masa yang begitu lama.
Serius lama.
Padahal nak beli berus gigi je punnnnnnnnnnnnn....
Dia punya cerewet macam nak pilih bakal suami...


Amboi, over minah kat belakang tu. Mentang-mentang cerita gigi, manjang amik gambar nak show off gigi. Hehehehe...

Tu dia berus gigi kami anak beranak.
Tiga-tiga berus gigi kena amik yang soft. Tapi aku and keisha kena extra soft.
Sebab gigi kami manjer. Gigi kecik kecik comel comel.

Color hijau dah habis, terpaksa haku amik color fink. Fink pun cantik jugekkkkkkkk... *mata ke atas*

Jenama: Colgate SlimSoft *extra soft*
Memang sangat sangat soft. Dia punye hujung berus tu senipis 0.01mm.
Selesa ajer gigi aku bila gosok gigi guna toothbrush nie. Suka suka *lompat bintang*
Aku nie kan, jenis gosok gigi cara ganas punya...
Berus gigi bertahan paling lama 2 bulan sahaja
Ciput kadang tu guna sampai 6 bulan, aku tukar dah 3 kali. Dia baru tukar sekali.

So aku google jap tadi, tengok cara mengosok gigi dengan betul.

  1. Tilt the brush at a 45degree angle against the gumline and sweep or roll the brush away from the gumline.
  2. Gently brush the outside, inside and chewing surface of each tooth using short back-and-forth strokes.
  3. Gently brush your tongue to remove bacteria and freshen breath.
Agak-agak betul ke cara korang gosok gigi.
Ke hentam kromo asal gosok? *cakap diri sendiri lettew*

Ok la. Sekian sahaja entry gigi dari saya.
Selamat menggosok gigi...
Semoga gigi anda sentiasa cantik, supaya senyuman anda juga sentiasa manis...

Semanis senyuman kami berdua. >_<

Blog posting adalah disponsor oleh Colgate Palmolive.

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

MimieRara said...

Comelnya Keisha, macam mak dia jugak ^^,

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal pemutihan gigi… sharing is caring :) - Rawatan Pemutihan Gigi

Cik Eka said...

comel gigi akak....

eka punya gigi bongsu dah tumbuh dua,lagi dua tak tumbuh lagi..sakit..ngeri dengar gigi bongsu...

Riena Haiqal said...

comel jer gigi korang kan.. tecik-tecik gitu.. hehehehehe
saya pun belum pernah merasa lagi cabut gigi sebab gigi saya tak der masalah... :)
saya pun selama ni main hentam jer gosok gigi..

Mooniqueen said...

Gigi kita serupa la..kalau senyum sure sampai nak gusi..pernah sekali dulu Tanya dentist macam mana nak panjangkan Gigi sebab malu asyik nampak gusi je,.dentist tu boleh gelak tau... Dia cakap kalau Gigi u panjang, tak berlaga ke nanti...fikir logic betul jugak kan...so redho n pasrah je..

Mommy Lily said...

kalau senyum nampak gusi tu nampak manis la to me hehe...

sharifah rosidah said...

Arwah bapa mertua aunty gigi dia pun kecik2 je, jarang sakit atau rosak, sampai dia meninggal pada umur dia 72 tahun pun gigi nya semua ada tak ada gigi palsu langsung. Ramai orang cakap gigi kecik memang kuat dan jarang rosak.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998