Instagram

Day 3: Rendam kaki di Hot Spring & Lunch di Sapu Lidi

Ramai gilo orang kat hot spring ni...
Kebetulan hari sabtu tu dah start cuti sekolah, apa lagi... ramai budak sekolah lah kan...
Wpon begitu, nak masuk beratur tak lama. Sekejapan saja sudah masuk. Yang penting, tunjukkan saja tiketnya.

Tiket masuk berapa eh? aku lupa daaaaaaaaaaaa...
Serius lupa...
Ko google lah!
Nak ke tangkuban perahu pun kena bayar jugak. Itu pun aku lupa berapa, hehehe...

Mulanya aku macam malas nak follow, sebab keisha dah tidur. Macam kesian pulak kat dia.
Tapi masuk-masuk van dah kena bayor, macam rugi pulak kalau tak masuk.

Elok duduk, terus keisha sedar. Nasib baik dia tak mengamuk.
Kalau mengamuk, kusssssssssssssss semangat.

Panas siot air panas kat sini.
Sekali dah masukkan kaki, jangan sekali sekali bawak keluar semula. Tahan ajer la panas dia. Lama-lama baru ko rasa selesa.

Serius selesa.
Tadi kaki letih, bila dapat rendam terus hilang rasa letih.
Kalau repeat tangkuban perahu pun takde hal. *mata ke atas*

Gambar dari belakang pulak kononnya!

Time ni keisha nak masukkan kaki dia kat air.
Punya aku explain kat dia.
Takleh keisha, air nie hot... hot...

Tak paham-paham. Lalu jirus sikit air kat kaki dia.

Terus dia naikkan kaki dia ke atas, hahahaha... Baru tahu!
Sudah ku bilang. Panas airnya...

Ada orang kat belakang kitorang siap mandi okey.
Nak amik berkat air panas ke hape ke aku pun tak tahu.

Yang ni pulak, nak amik berkat dengan basuh muka.
Sebab ada bapak kat situ cakap, elok airnya. Elok kalau dibasuh muka. Bersih muka nanti. Boleh hilangkan jerawat bla bla bla... *Tddmka*
Terus masing-masing laju basuh muka, hahahaha...

Yang perempuan tak kuasaaaaaaaaaaaa...
Dah satu keja pulak nak men-touchup balik.

Yes, keisha nak kat ciput.
Soka mak encik. Aku nak kencing kejap time nie...

Nanti kan, ada sorang bapak akan follow engkorang.
Dia ni macam tour guide. Dok bagitau kebaikan air panas bagai. Tapi sebenarnya, dia adalah penjual ice cream yang berjaya.

Ko nak tahu berapa harga icecream nie???

Ice cream bodoh yang aku makan tu...
RM5 okey = 15k rupiah
Lagi mahal dari icecream kat dalam sunway lagoon. Pfffttttttt...

Kalau kat msia, RM1 pun tak sampai...

Disebabkan pikirkan anak, ku beli jugakkkkkkkkkkkk...
Kalau tak jangan harap aku nak beli.

Lagipun orang msia, takat 10k dorang pejam mata je bayar. Sebab dorang pikir nilai tu kecik. Cer compare sikit bila dah convert, baru tercengang-cengang tengok harga.

Ala, contoh dia bayaran masuk toilet.
Kita kat malaysia, 30sen kan.
Kat sana 1000rupiah. Cer convert??? 34sen ye. Lebih mahal dari malaysia. =)
Cuma nasib baik toilet sana bersih. Wangi pulak tu.
Eh sana memang bersih la. Bagus sangat!!!!

Ini cara nak transfer icecream ke mulut anak tanpa mengotorkan tangan. Hehehe

Budak gembira dapat makan icecream...

Tak cukup korum. Ciput takde and keisha takde.
Ni lagi satu kelakar.
Yang bapak penjual ice cream tu.
Bila aku kuarkan kaki dari air panas tu, terus dipuji kaki aku.

Bagus nya, kakinya merah. Itu maknanya kamu sihat...

Ciput sampuk...

Kalau kaki biru pak?

Itu maknanya tak sihat...

Derrrrrrrrrrrrrrrrr... kena air panas memang la merah, agak-agak la pun pak!!!!

Udah-udah ler tu.
Moh la pergi makan pulak.

Ke sapu lidi kita.
View adalah cantik. Makanan adalah so so...

Cubaan untuk mengorek hidung.

Susah benar duduk sini kalau ada budak kecik macam si keisha nie.
Dia bukan reti duduk diam.
Dah tu, kalau menapak tak pandang kiri kanan langsung. Kalau dibiarkan, ada jugak budak bergolek ke bawah.
Bila kita larang, lagi diacah-acahkan kita. Sabar ajerlah.

Sebbaik ada ramai mata yang menengok. Kalau aku sorang, sakit jantung.

Melepak-lepak sambil menunggu makanan sampai.
Kat situ, nak panggil waiter kita main ketuk apa ntah benda tu.
Bila di ketuk-ketuk muncul la dia.

Tapi sakit hati jugak.
Mintak sambal tak sampai-sampai. Dua kali kot mintak sambal kat waiters berlainan, dua-dua pun haram bayang tak nampak.
Mungkin terlalu effort bagi dorang nak menghantar sambal sebab dapur dia tersangat la jauh dengan pondok-pondok. *think +ve*

Hero malaya, gituuuuuuuuuu....

Semua sudah kenyang...
Syukur alhamdulillah.
Bil 400k jugak. Satu pasangan bayor ler 100k.

Bila dah kenyang, masa untuk bergambar!!!!

Tapi sebelum itu, tukarkan baju keisha dulu.
Mek ni kena tukar baju. Kalau tak akan lebih nampak serabai.
Nak washupkan kat toilet, memang cari nahas namanya.
Air kat sana sejuk macam air batu okey... nak basuh kencing pun terkemut-kemut bila kena air sejuk, kahkahkah...

Astagfirullah, aku ke yang cakap tu. =P

Daddy baring, dia pun nak baring.
Masa ni keisha happy ajer. Mungkin sebab dah hari ketiga. Badan dia pun dah kental sikit.

2 orang mak buyung.
Sorang preggy 5 bulan, sorang pulak preggy 6 bulan.

Kathy dan afan.
Dua orang nie, tiap hari pakai baju color yang sama.
Very d sehati sejiwa...

Posing tunjuk perut. Hehe...
Dulu mengandung keisha lagi besar la perut aku. Bukan perut ajer besar, dengan badan-badan sekali mengembang.
Mengandung kali badan tak mengembang sangat lagi. *akan datang tak tahu la*

Cuma yang buat korang perasan sangat.
Sebab dulu aku tak rajin bergambar time mengandung, wpon aku ada buat entry tunjuk perut.
Kali nie je kuat bergambar sikit. Baju pulak fit-fit. Lagi la obvious nampak perutnya...

Ngeh ngeh ngeh...

Sebelum pulang.
Dan sepanjang perjalanan pulang, bergambar lagi dan lagi..

Keisha jadi anak shah and yana.

kami pun boleh la bergambar berdua...

Belakang itu padi.

Tips:

  • Kalau pergi hot spring, jangan beli icecream. Hahahaha.. tak habis-habis aku nie. 
  • 2 tempat ni hot spring and makan di sapu lidi. If ada masa datang la. Kalau takde masa tak datang pun takpe. Tak penting sangat pun.
  • Kalau ada anak, sila bawak diapers yang jenis pants. Untuk memudahkan ko tukar diaper anak. Bukan apa, sini susah kot nak carik baby room. Struggle la engko sorang-sorang dalam toilet tu haaa nanti.

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

nur amalina athman said...

nice..:)

Jiji-Fify said...

takci, kaki keisha tak sampai nak cecah air. heheh. eh korang berdua (u&ciput) ni kan, comel okay!
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

abadirazila said...

Wah...tmpt makan ni memang bestkan...suke =D
#korang xnyopping erk ari ni?? HEHEHHE

A.I said...

kau ni kan, apa2 keadaan pon cantekkkkk aje. suka tgk :)

JembalCastle said...

hai ceera.. cantikkk nyeer makan berlatarkan sawah padi tuuu..ijooo jeer

dd dudu said...

sy teka bb akak bb boy ;p

sharifah rosidah said...

Aunty dah pergi bandung ada dalam 15 kali tapi sekalipun tak pernah pergi hot spring sebab uncle kalau spring2 ni memang tak lah sampai gaduh2 tau.

tigrismalaya said...

weols pon br pegi tangkuban perahu 3 jun lepas...my hubby rakus punya pasal amik eskrem tu tanpa bertanya harga sbb dah naik nyampah dok folo jer kitorg...haaa amik...sekali kena 25k satu!...cis dan cis...adik ipar terliur bedal gak satu...rupanyer kat peti eskrem yg lain2 ada tulis eskrem tu 13k...sakit jer ati..huhuhu

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998