Instagram

Day 3: Beli Perfume & Dinner di Kampung Daun

ok last entry untuk hari ke 3 di bandung.
Ada lagi satu entry aku hutang kat korang iaitu lastday. Hok tu kita buat satu entry cukup sebab gambar pun tak amik banyak sangat. Biasa la, hari penyudah kita malas sikit nak kuarkan camera. Mood nak balik tu mengatasi segalanya.

Tempat wajib yang patut anda pergi kalau ke bandung adalah ke collector parfum.
Tak salah aku kat jalan laksamana laut RE martadinata, selepas jalan riau. Tapi engko tanya la kat pak supir mu ya..
Kalau dia tak tahu, ko lempangkan saja dia.
Sia-sia jadi supir tapi apa pun tak tahu... =P

Budak yang baru bangun dari tido...
Tu yang muka sememeh saja.
Aku asal dalam van memang tak tido. Keisha tido pun aku tak tido, entah tak boleh tido. Penat sekali pun memang tak tido. Bila balik hotel baru tido, itu pun amik masa sebab aku nie jenis, kalau dah penat susah pulak nak tido. Mula la sengal sana sengal sini.

ok kira, berapa banyak saya sebut perkataan tido, hehehe...

Tu dia, masing-masing macam orang gila memilih perfume.
Aku serahkan pada ciput pilihkan perfume untuk aku.
Kuasa nak bau-bau. Pening karang.

So, aku amik 2, ciput amik 2.
Satu tu, ck dan satu lagi cartier.
Ciput amik amani and apa ntah satu lagi. Yang amani tu wangi sangat, suka aku.

100ml - 110krupiah
50ml - 60krupiah.

Murah murah. Dan memang tahan lama.
EJ dulu pernah belikan perfume kat aku, sampai skang bau dia tak hilang. Menusuk gila. Aku tak pakai yang satu lagi sebab bau dia kuat sangat, aku tak tahan. Jadi aku simpan buat pekasam.

Tapi sebetulnya, aku dapat satu je perfume. sebab ciput tersalah amik yang ck tu. Dia amik untuk lelaki punya. Pffftttt....
Dah la tu, keisha pulak jatuhkan perfume ck tu bila kat rumah. Habis retak. Ingat nak suruh ciput tampungkan tukar ke botol lain, sekali mamat tu angkat ajer terus terburai.
Wangi bilik aku untuk sebulan.
Malam pertama setiap malam, eh...

Botol untuk 50ml
Yang 100ml, bulat-bulat rupanya.
Memang banyak okey dorang borong.

Bila semua sudah gembira dapat perfume. Kitorang terus ke Kg daun untuk makan.
Ini pun adalah tempat wajib untuk korang pergi sebab kg daun ni sangat cantik nauzubillah. Kat kl tak jumpa tempat makan yang secantik ini...

Disebabkan kitorang sampai malam. Makanya kat sini sejuk.
Sediakan baju sejuk ye memasing.

Unggun api berada di mana-mana.

Keisha pun taknak kalah, dia pun nak letak tangan kat api, hehehe...

Kat sampan ni tempat untuk ambil gambar ye, bukan tempat untuk ko duduk-duduk sampai berjam-jam.
Ada sorang kapel nie, boleh tak dia bergurau senda sampai berjam-jam kat situ, sampai orang lain nak amik gambar pun takde can.

Aku dengan ciput dok perhati je sebab kebetulan kitorang dapat meja dekat dengan sampan tu.
Sumpah geram lak rasa. Rasa macam nak pergi tolong soundkan jer. Hahahaha...

Lepas tu bila orang-orang situ amik gambar kat tepi-tepi sampan pun dia tak paham dan masih duduk di dalam sampan siap main lawan-lawan tangan, adoiyainye punnnnnnnnnnnnn... ko nie jenis tak paham bahasa meh? orang dah jeling-jeling pun masih tak paham meh. Grrrrrrrrrrr....

Pemandangan di sebalik sampan.
Cantik kan???
Air sini memang sejuk sangat!!!!
Basuh tangan pun rasa kejung je.

Bergambar di unggun api...

Keisha paling bergaya, kalah makcik-makcik ko yang lain.

Longlai dah mek ini...

Masa untuk order makanan...

Aku order air peach tea.
Kegemaran!

Kalau tea biasa. Rasanya macam jasmine tea.
Juga kegemaran!

Lihat perutku, ketara sungguh ia membulat.

Sementara menunggu makanan sampai...

Ciput punya.
Kerabu dia sedap gila.

Aku punye.

Sini takde makan hidang.
Semua ala carte. Baru ingat nak makan hidang sekali nan ado. Entah hape-hape.

Makanan kat sini biasa-biasa je. Takde la de bom sangat.
Ala, makanan indo nie kan jenis goreng-goreng sambal sambal. Apa la yang nak membezakannya pun.
Cuma kat sini mahal sikit la ye. Mungkin view dia tu yang membuatkan mahal.

Kitorang 9 orang campur bapaknya supir. Bil adalah 800krupiah. Gulp...

Dan sebelum pulang bergambar lagi.

Keisha masa ni dah mengantuk sangat.


Masuk van tukar baju tido keisha, pokpok dua kali terus lelap.
Itu bukti dia terlalu mengantuk.

Malam tu bangun sekali je mengamuk. Lepas huggie2, terus tido semula.

Dan wattamat la entry untuk hari ke3.
Syukurrrrrrrrrrrrrrrr....

Tips:

  • Collector perfume WAJIB pergi
  • KG Daun juga WAJIB pergi.
  • Bawak sweater kalau pergi waktu malam.
okbai.


Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

Riena Haiqal said...

bestnya. rasa macam nak terbang kesana jer sekarang ni.. :)

Mrs.E.ina said...

hi kak...sy lg..hehe..nk tnye..dlm entry akak b4 nih..psl legging akak bli kne size bsr cket eh?klu jeans pn sm ke?thanks again kak....;)

pena rozie said...

bestnyer. Rase mcm nak g jgk la. Tp air terjun tu cantik la...

Cik Eka said...

cantik betul view kg daun tu..

ceera said...

@Mrs.E.ina
Klu jeans akak taj cek pulak. Rasanya pun sama.

Aini Amir said...

ceera, larat lg ko dokong keisha? hihihi..mmg bulat perotmu

-iLLa- said...

wah cantik ye kg daun waktu malam..dulu kami pg siang ari jek..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998