Jadi tak perlu la nak pening-pening pikir nak bfast kat mana. Alaaaaa, menu bfast dia pun ala kadar ajer. Sebab hotel yang weols duduk nie pun ala kadar jugak. Asal dapat isi perut untuk tidak lapar sudahlah....
Berjanji jam 830 pagi dengan pak supir.
So jam 8 baru aku hegeh-hegeh nak bfast.
Keisha asal pagi susah sikit dia nak makan. So bagi susu je kat dia. Dan sediakan susu siap-siap dalam perjalanan nanti.
Roti pun kena sediakan siap-siap. Kot dia lapar, kita bagi je makan...
Duduk di hotel Progo.
Satu malam tak sampai rm100...
Soka la kan murah. Lagipun hotel ni untuk balik tidur and mandi ajer pun. Kalau nak honeymoon harus carik hotel yang up sikit.
Sana cerah awal.
Macam kat sabah serawak. Jam 830 dah terik matahari. Nasib baik tak panas. Tatap sejuk.
Like!
Dah sampai pun kat pasar baru.
Tukar-tukar no phone takut memasing hilang. Ye la, pompuan nie kalau dah menyoping mana ingat orang lain... pergi kedai sebelah, pergi kedai sebelah, sekali tengok belakang eh eh... mana engkorang????
Jadi baik amik no phone masing-masing.
Lepas tu berjanji jam berapa nak kena kumpul semula...
Kitorang sampai pasar baru nie dalam jam 9 tau.
Masa ayu tanya... shopping sampai jam 1 cukup tak? aku macam, eh lama sangat ke nak shopping. Confused ahkak. Ciput pun siap bisik kat aku. Takkan lama sangat sampai jam 1???
Rupanya memang lama uols!!!
Sampai jam 4 kot kitorang kat dalam pasar baru tu. Dengan tak lunch bagai. Pitam!!!
Mana tak lama. Dah engko soping sampai sejam dalam satu kedai, yang lain nunggu yang sorang shopping. Lepas tu yang sorang plak shopping sampai 2 jam kat satu kedai, yang lain pulak tunggu.
Itu yang jadi lamanya punnnnnnnnnnnnnnn....
Beli shantung.
Beli untuk adik beradik perempuan ku.
Habis sejuta lebih aku kat sini ajer. Pffttttt...
Satu kain pasang 4 meter dalam 120k rupee.. lebih kurang RM35
Kalau beli kat msia, dah tentu tentu kena dalam rm70++...
Jadi lebih baik kita beli disini. Sangat murah dan banyak pilihan. Sampai blur nak pilih yang mana. Last last mintak tolong ayu and kathy tolong pilihkan....
Lepas tu beli kain telekung.
Wpon emak aku pun jual telekung. aku tak kira, nak jugak beli kat sini. Aku carik yang murah-murah ajer. So rembat dua. Satu untuk diri sendiri, dan satu lagi untuk mak mertua...
Amik yang harga 90k rupee. Ngehngehngeh...
Soka betul kalau dapat beli benda yang harga bawah 100k nie...
Ada sorang mamat nie. Asal pergi mana nampak muka dia. Dok sibuk menjual fridge magnet la, kopiah la, rantai bla bla bla lah. Telekung pun dia ada jual. Bila dia tanya aku..
Kakak, takmo beli telekung kakak? untuk mak ke??
Taknak taknak.. mak saya pun jual telekung....
Kalau begitu beli FM kakak. Ke mak kakak pun jual FM.
Amboi perli aku nampak. Kuang aja kan... hahahaha...
Lepas tu lepak kat kedai kain.
Sebab semua manjers nak beli kain lace dan bla bla bla...
Aku tak kuasa nak beli.
Kat sini kitorang lepak sampai 2 jam kot. Punyelah lama.
Yang si yana siap berbbm dengan akak dia tanya yang mana akak dia nak. Tu pun dah amik berapa jam nak berbalas-balas bbm. Yang kathy pulak asal kain yang dia nak, manjang la tak cukup.
Kena carik kain yang lain pulak.
Konon time ni nak amik kesempatan la untuk tidokan keisha.
Jangan harap okey.
Tetiba energy dia banyak pulak time ni.
Sibuk benar bermain...
Dah la dapat tempat baik punye kat sofa nie ha..
Kalau dia tido alangkah sorganya...
Last last bila dah habis shopping kat sini. Masa tengah dok carik baju jubah, dia tido dalam dukungan aku.
Dah patang pinggang ahkak mendukung dia sambil menyoping...
Itu pun kejap ajer dia tido.
Tak sampai sejam. Alahaiiiiiiiiiiiiiii.....
Rupa pasar baru.
Bertingkat-tingkat, boleh bikin sesat. Kalau aku sorang dalam ni, memang tak jumpa kot jalan keluar. Macam sama ajer semua lorong.
Siap shopping!
Menunggu kathy and yana yang entah di mana....
Perut pun dah krek krok krek krok time nie...
Menunggu pulak pak supir sampai...
Masa tengah duduk kat sini, depan kitorang ada sorang mamat ni dok nyanyi lagu 'di saat aku mencintaimu'
Hoi!!! dah la sedap lagu tu. Dia nyanyi pulak. rasa nak nyanyi sama. Tapi control control. Kang kena bayor pulak, hehehehe...
Yang mamat tu tak habis-habis.
Rezeki dikongsi bersama kakak.
Rezeki dikongsi bersama..
Bukan taknak kongsi bai..
Kang aku kasik, dah segerombolan yang lain datang cakap benda yang sama.
Aaaa caner???
Tak kuasa tau!
Lagipun pak supir pun dah warning, jangan bagi duit sebarangan. Bahaya! Tambah-tambah kat pasar baru nie haaaa.. ramai pencopek!
Ke karamba kita untuk makan.
Masing-masing kelaparan!!!
Kelaparan yang terhamat...
Order jangan tak order!
Bergambar dulu adalah wajib, hehe...
Aku order nasik goreng karamba je...
Nak bagi keisha makan. Boleh tahan banyak jugak la keisha makan. Lapar sangat la tu.
Lepas dia dah kenyang, baru aku makan. Sebab aku nak makan sekali dengan sambal. Kalau tak makan dengan sambal, tak feel yooo....
Budak kecik serabai yang dah kekenyangan.
Masa ni dia tersadung ke terjatuh entah. Aku tak nampak. Yang nampak ciput. Tapi ciput buat-buat tak nampak. Jadiknya dia tak menangis la. Balik tu tengok dah lebam kaki anakku. Hewhew...
Kesian dia...
Lepas kenyang, bergambar lagi...
Dan ini muka kekenyangan kami.
Dan juga muka kegembiraan sebab dapat menyoping dengan jayanya!
Hoyeahhhhhhhhhhhhhhhhh.....
Tips:
- Pasar baru wajib pergi! sapa nak beli kain lace ke apa ke kat sana memang murah-murah. Lagi murah dari kat malaysia. Jubah semua la murah murah. Tapi ingat tau, kena pandai tawar. Dan sentiasa convert ke RM supaya takde la kena tipu.
- Duit pulak jangan letak setempat. Letak kat banyak tempat. Supaya kalau kena copek ada duit lain yang tinggal.
- Kalau bawak anak, pastikan bawak air dan makanan dia. Supaya anak tak lapar masa ko bz menyoping.
- Mata juga jangan leka. Sentiasa perhatikan di mana anak anda berada.
- Air boleh mintak je kat tuan kedai kalau haus. Paling untung ko dapat air teh kotak. Hehehe.. Air mineral pun dorang selalu sediakan untuk pelanggan.
- Better pergi hari weekdays dan bukan public holiday sebab tak ramai orang. Kalau time cuti sekolah sumpah ramai wooooooooooo... tak sanggup!
Ok itu saja...
Jumpa di next entry...
Love: Ceera =P

14 LoveGreen:
kalau kat Pasar Baru,,, bawak sejuta, sejuta pun buleh habissss :)
eh..kami pun duduk kat hotel progo.cuma tak jumpa pulak akak.hehehe.
WAHHHHHHHHHHHHH teruja nyeeee..
sok kiteorg ke sanunnnn
ceera, lawa gile ok dress u.. mana beli? poplook ke?
Kak ceera nih pregnant pun energetic eyhhhh. Cayalah!
Oooo pasar baru saya boleh jadi gila kalau shopping kain disitu.
best nyaa..tringin lah sgt2 nak ke bandung,, :)jubah kat pasar baru mmg murah ke?agak2 dlm brapa ek harga?
@Ibu Dhia
Yes kat thepoplook.
@Puan Simply Syeeda
Jubah dlm 50++
@[z@ck]
Awak pergi bila? Akak pergi 24 balik 27.
Hoyey...dah dpt 2 tmpt utk shopping u. Lagik...nk lagi tips =D
Jasa mu dikenang. Thanks Ceera ..
wh... kira murah2 juga yer kain dia kat sana.. huhuhu.. rasa nak pegi pulak..
Saya preggy 7mths pon cam dapat kuasa tambahan...siap lupa makan minum...berdua dengan adik lebih mudah menyopink..hubby memsg2 jln berdua jugak... weols spent dr kul 10 pg sampai ttp pasar baru, dlm 645 ptg.mcm org giler dah menyopink nak2 adik mmg aimed nak beli kain cottan & telekung utk dijual...tapi xleh blah hari ketiga ptg kul 3 repeat lagi ke pasar baru sbb nk habiskn rupiah tuu...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment
Love U, =P