Instagram

Day 1 - Stock Centre, Toko Tiga & Rumah Mode

Lepas je pak supir amik kitorang kat airport. Kitorang terus bagitau pak supir mana nak pergi.
Mula-mula mahu ke Stock Centre.
Sini kalau tak pergi pun takpe kot. Sebab tak banyak baju yang cantik. Harga pun takde la semurah yang disangka. Wpon begitu, sempat jugak rembat baju sehelai. =P

Baju untuk budak pun ada. Tapi coi, tak cantik langsung.
Aku tengok jeling-jeling ajer....

Masa nie sedang menunggu yana and kathy. Dorang masih mencuba baju yang nak dibeli. Ayu satu pun tak beli. Aku beli selai. Ciput pun takde menda dia berkenan...

Ini dia bangunan stock centre...
Tak perlu masuk dalam list korang, kalau mahu ke bandung nanti.

Lepas tu ke Toko Tiga.
Sini tempat untuk beli jeans..
Sini pun tak perlu pergi okey. Jangan masukkan dalam list.
Sebabnya sama mahal dengan kat malaysia.
Ke mahal lagi???
Kalau sini mahal, baik beli kat malaysia ajer kan. Untung-untung ada diskaun lagi. Buat berat beg ajer kalau beli kat sini...

Nasib baik ada pemandangan yang cantik. Boleh la bergambar. Ekekekeke...

Bahagian bawah untuk lelaki. Bahagian atas untuk perempuan.
Mengah nak kena naik tangga.

Baju pun tak cantik langsung. Belek buat syarat ajer.

Jegging juga mahal.
Ada jegging yang colorful tu. Kain sedap apa sedap. Sekali harganya 200k++ okey. Dengan takde diskaunnya. Gila hapo!

100k rupiah = RM34hinggit lebih kurang.

Terus cancel beli.
Aku pulak seboleh-boleh carik jegging yang harga 100k kebawah. Kahkahkah...
Dan jumpa ye... jadi aku beli color grey size XXL. Nangis!
Kecik benar orang indo ni. Size kat sana kalau ko kat malaysia size S. Mungkin kat sana ko kena amik size M atau L.

Masa ku tengah membelek jegging...

Keisha tido dipangkuan daddynya.
Penat sangat la tu. Masa ni dah jam 11pg di waktu bandung dan 12pm di waktu malaysia.
Perut pun dah krok krek kelaparan.
Habis shopping terus ajak pak supir makan...

Dan pak supir bawak kitorang makan makanan nasi padang.

Tak perlu tunggu lama. Duduk duduk ajer makanan sudah terhidang. Kalau ko usik ko bayar, kalau ko tak usik ko tak perlu bayar...
Jadi bila satu pinggan sudah diusik, haaaaaaaa habiskan habiskan. Jangan membazir, hahaha..
Afan jadi mangsa menghabiskan makanan. Sebab dia makan paling lambat.

Masa aku makan, keisha masih tido.
Gigih gila aku makan sambil dukung keisha macam tu....
Dalam pada lapar tak hingat, alas perut sikit pun jadiklah. Tak beria pun nak makan, sebab pikir keisha tak makan lagi tapi dah tidur, kesian.

Terus suruh ciput orderkan nasik dengan ayam untuk bungkus.
Nanti boleh suapkan dia makan kalau dah bangun.

Makanan kat sini ok ok ajer la...
Takde yang menarik sangat.
Eh makanan orang sana bagi aku memang biasa-biasa ajer lah. Tak buatkan aku merinduinya pun...
Sebab balik balik goreng goreng, balik-balik goreng goreng. Muntoh!

Bila perut sudah kenyang.
Kita sambung shopping balik.
Kali ini ke rumah mode.


Sini ko WAJIB pergi. Ye WAJIB ye...
Tersangat WAJIB!
Masing-masing macam orang gila shopping kat sini.
Harga kena pandai tengok la. Ada yang tak masuk akal. Ada yang murah.
Sentiasa convert ke RM. Dan jangan lupa bawak calculator. Wpon kat hp dah ada calculator. Tapi tak feel wey... baik ada calculator baru syiok sikit nak convert, hahaha...


Keisha baru bangun time ni.
Kena coolkan dia dulu. Tak boleh main terjah ajer ajak shopping. Nanti dia mengamuk.
So lepak luar bagi dia susu, bagi dia makan, main main kejap. Lepas tu baru masuk untuk shopping.

Hasil shopping, habis 2 juta. *miskin terus*
Aku tak banyak shopping pun. Ciput tu haaaa menggila. Entah berapa helai tshirt dia rembat. Aku dah setengah jam selai baju pun tak jumpa lagi. Dia dah berhelai-helai pergi test.

Tapi tshirt kat sana memang cun ah... murah pulak tu...

Aku beli bape helai baju eh, jap kira... haaa 3 helai ajer kot!
Sedehhhhhhhhhhhhh.....
Kalau ku kurus, mesti lagi banyak haku beli. Nasib mengandung ajer nie. Jadi tahan sikit napsu.

Budak kecik nie nak bukak baju sebab nak swimming. Hahaha
Mesti badan dia dah melekit-lekit sebab seharian tak mandi.

Menunggu auntie-auntie ko yang tak sudah sudah menyoping...
Kitorang dah bayor, dorang masih menggila lagi...

Cuaca kat sini panas. Tapi tak terik.
So lepak kat tengah panas pun tarak hal.
Feeling genting highland ko...

Semua mengendong plastik beg dengan penuh senyuman.
Ok cukup shopping kita hari ni. Besok sambung semula...


Penat gile kot, terkejut badan.
Sampai-sampai bandung terus shopping.
Bila dah checkin kat hotel. Keisha terus tuju ke katil. Selesa agaknya dapat baring...
Kesian anakku. Tak pernah-pernah dia berjalan over sampai macam nie. Harap badan dia boleh bertahan.

Lepak 2 jam dalam bilik. Malam tu keluar semua untuk JJCM.
Kitorang carik kedai makan yang dekat dengan hotel saja...
Tapi kena jalan sikit la. Sebab kedai makan yang patut ayu nak pergi tu sudah tutup pulak.

 Ke riung sari kita...

 Lapor lapor....

Budak kecik ni pun lapor...
Sebelum nasik sampai. Bagi dia makan satar dulu.
Nasib baik dia suka...

3 satar tu dia sorang ajer makan...
Bila tengok anak makan, senang sikit hati. Bukan apa, risau dia lapar ajer kan...

Simple je malam tu. Sarung tshirt lepas tu sarung sweater.
Ciput pulak siap pakai suar pendek.
Bila tengok yang lain terus dia bisik kat aku.

Kenapa yang lain vogue yang???
Dorang memang macam tu la B. Nak vogue memanjang. Biarla kita biasa-biasa. Baru nampak macam tourist *ayat taknak kalah, haha*

Kalau dah berjalan dengan manjers ni. Memang bergambar ajer la...
So gambar memang banyak. Besok and last day je yang tak banyak. Paling banyak gambar masa day 3. Muntah aku nak kena edit and kecikkan.

Makanan sunda...
Goreng lagi? Pfffttttt....
Tapi ulam and sambal i likeee....

Bil kena dalam 400k...
Sorang bayor dalam 100k.
Standard ah makan kat restoran kat sini kena dalam 400k untuk 8 orang makan...
Kalau lebih dari tu je masing-masing terkejut sikit.

Aku siap pakai selipar bodoh lagi. Hahaha

Ciput juga..
Tu yang sayang ciput ketat-ketat tu. Tetiba...

Lepas tu dorang nak sambung shopping aku dah tak kuasa dah nak follow.
Aku mintak diri balik hotel sebab aku dah penat, keisha pun dah penat. Baik tido lagi best!
Malam tu keisha bangun sekali dua menangis-nangis. Itu maknanya badan dia penat. So, aku picit picit badan dia sambil pejam mata. Terus dia sambung tido semua.

Esok pagi, terus cargas mengalahkan mak dia...

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

cik helena said...

bila sis pegi??mcm sama ngan hari kite g hanimun je.hahaha kte g 27hb balik 30..semua tempat pergi sama je.haha tidur hotel mana?sebab kan kite pun makan kat riung sari jugak malam.heheheehe rege makan dye ok jugak kan kalau standard kedai nampak mewah sikit.tp meme kene pakai kat rstoren la.takkan nak makan tepi jalan tu.huikkk tak selera kan.

Filla ~ Kasihs said...

huwaa rindunya nak gi bandung.. tapi rumah mode memang tebaek la nak shopping.. blouse cantik and murah.. ceera, ko mengandung yang ni perot besar sikit dari keisha.. tapi ko nampak energetic lah gitew....

ceera said...

@Filla ~ Kasihs
Ye meh, keisha dulu lg membesar bgikan juara kot. Yg ni selow sikit.

ceera said...

@cik helena
Nope sis pergi 24 balik 27.

Nieda said...

memang best g bandung . Tak jemu2 ...

Love Razila said...

Wah bestnyer...bagus2 aku nk take note nk shopping kat mana nnt. hahaha.

Eh,yg sorang lagi kawan u tu preggy erk??tgk dia asyik kaber perut je dgn engbag...yg pakai h/bag brown tu. Sape ke namanyer...lupe aku sbb muka dia tu dgn sorang lagi dh mcm twin gitu. hahahaha

Mooniqueen said...

Sebenarnya kalau nak berjalan ni memang seronok sgt..tp kesian kat anak je yg kecik lg.. Kita setakat Jalan sehari suntuk takde Hal, klu budak ade time nak makan, tidur semua..kesian sgt..

sharifah rosidah said...

Pekedai kat sana dah pandai dia tahu orang malaysia ramai shopping kat bandung. Ada kedai harga barang dah mula mahal tapi pada aunty walau mahal sikit maseh konsider murah juga lah.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998