Excited giler nak pergi bandung.
Tambah-tambah nak pergi dengan manjers.
Kitorang rancang dah lama, dari tahun lepas. Kan ke, hadiah untuk yana kawin adalah tiket ke bandung. Haaaa ini la tiketnya.
Ko ingat kitorang nak bagi dia untuk pergi berdua je ke???
Memang tak la.. haruslah kitorang nak ikut sama. Hehehehe...
Punya lama menunggu bulan 5. Akhirnya tiba juga...
Malam tu tido-tido ayam ajer sebab excited punye pasal. Tapi nak taknak kena tido jugak, sebab kang tak pasal-pasal mata lebam mengantuk. Kalau pergi menyingle ok lagi. Ni bawak anak woiiiiiiiiii... kudrat kena ada. Dengan mengandung lagi. Terpikir-pikir jugak aku. Macam mana la nanti, mampu ke nak handle anak + cepat penat.
Syukur alhamdulillah. Sepanjang 4 hari kat sana, wpon penat mampu handle semua yang aku ragu-ragu tu dengan sukses!
Terima kasih jugak la kat manjers sebab tolong sekali tengokkan keisha.
Kalau tak huru hara jadiknya.
Flight jam 6.45am.
Sampai sana dalam jam 4lebih nak ke 5.
Aku sampai semua dah ada.
Dorang semua naik bus kat kl sentral.
Aku and family je manje siap berantor bagai. Hehehehe...
Jeppa and mama yang hantarkan sampai ke lcct.
Begitu senang hidup, hehehe...
Siap bawak bantal untuk keisha.
Mesti ramai syak itu bantal busuk. Nehi okey. Keisha takde bantal busuk. Bantal busuk dia rambut aku ni haaaaaaa... sebelum tido, dibelai-belai rambut aku sampai tertido.
Dah tu, kena la bawak bantal jugak. Dalam kapalterbang kang dia nak tido. Dalam van lagi mesti dia tertido-tido. Jadi baik la kita sediakan apa yang patut. Kata dah mak mak. Benda-benda kecik begini kena sentiasa alert.
*padahal mak mertua yang ingatkan, kakahkah*
Sebelum naik plane...
Seronot seronot...
Bergambar sebelum budak kecik ini tido.
Ko tengok la, pakai baju tido je dia haaa... tak sampai hati nak gerak dia bangun dan tukarkan baju. Masa otw ke lcct pun dia tido dalam keta. Konon-konon masa kat rumah, nak tukarkan baju dia dalam keta la. Dah dia tido, tukar plan konon nak tukar bila kat airport. Last-last dah naik kapal terbang pun masih berbaju tido, hahaha...
Dan tido pun budak kecik tu.
Cancel lagi nak tukarkan baju dia....
Tunggu dah sampai bandung kang baru tukarkan.
Syukur alhamdulillah, takde orang lain duduk sekali dengan kitorang.
So satu sit kosong.
Boleh la baringkan keisha....
Aku takleh tido. Tak selesa.
Aku kan jenis nak selesa baru boleh tido kroh kroh. Kalau tak selesa, takat pejam mata ajer la.
Tambah pulak excited tak habis. Mengantuk pun tetap tak boleh tido.
Besarkan perut ku.
Sapa kata perut i kecil. Sudah besar ok. Tetiba ajer besar bagaikan juara. Heran mak encik.
Makan nasik lemak.
Tapi aku tak berapa gemor nasik lemak air asia nie. Tak sedap!!!
Aku cuma usik nasik and sambal ajer. Yang lain ku pas ke ciput. Rendang langsung aku tak usik.
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy dah sampai airport bandung.
Cepat gila sampai bandung.
Lagi cepat dari pergi sabah itu hari.
1jam 45minit je perjalanan.
Masuk-masuk airport terus dah kena beratur. Kecik gila kot airport dia. Aku macam eh eh, dah kena beratur dah kat sini, terkulat-kulat ahkak. Hahahaha...
Toilet dia pun ada satu je.
Kalau ko ingat ada toilet selepas itu, memang ko silap. Jadi pergi la toilet semasa beratur. Kalau tidak menyesal di kemudian hari.
Eh eh... ada la toilet lepas tu, jauh sikit la. Kalau sakit perut dah terburai kot!
Keluar-keluar dari airport bapaknya supir sudah ada menunggu.
Cuma masa nie kitorang tengah kalut beli no indo.
Aku sarankan engkorang kalau sampai bandung, tak payah la kocoh-kocoh beli prepaid yang orang jual-jual tepi jalan nie. Bukan boleh percaya.
Aku baru pakai sehari, besoknya dah tak boleh call out dah.
Masa beli kemain cakap, dalam ni ada 20ribu rupee...
Kalau akak pakai internet. Unlimited 5k satu hari.
Pui....
Aku baru pakai sehari internet tetiba besok dah takleh call apahal... tipu punye orang. Memang aku dah tak topup la lepas tu, tak kuasa nak layan!
Ini van yang kami sewa sekali dengan supirnya.
Satu hari sewa 650000rupiah.
Ini harga kawan-kawan nie. Sepatutnya 750k ke atas...
Disebabkan supir ni ezwan yang rekemen, jadi dapat la murah sikit...
Masa mula-mula tu terpikir gak, muat ke kitorang berlapan dengan beg besor-besor nie.
Bila tengok van, wahhhhhhhhhhhhhhhh ini lebih dari muat nie!
Bagus betul.
Besar kannnnnnnnnnn
Dah la besar, selesa pulak tu.
Siap berdiri pun boleh, hehehehehe...
Engkorang kalau nak pergi bandung.
Aku sajes pergi dengan kawan-kawan.
So takde la terasa sangat nak keluar duit untuk supir. Boleh la tong tong dengan kawan-kawan. Kalau pergi sendiri, nangis bayar kat supir ajer.
Dan akhirnya keisha sudah tukar baju yang molek sikit.
Biar bucuk machem. Yang penting comel!
Kat gambar takleh bau. =P
Kitorang tak terus pergi ke hotel. Tapi berjalan-jalan dulu kat sekitar bandung.
Gila kental la. Checkin jam 5 petang...
Itu next entry ya...
Love: Ceera =P
Makan dengan family mertuaku
-
Macam biasa la, di permulaan entry kena tepek muka aku dulu. Baru korang
ada semangat sikit nak click masuk kan? haha... perasan lebih...
Masa ni kitorang ...
1 day ago



14 LoveGreen:
waa best best..
kita nak tunggu part dua plak..hehehehe
aku stuju bab nasi lemak tu.. tak sedap langsung.. masin ok ayam rendang dia.. pelik aku ayu blh kate sedaap.. huhuhuh
kak...nak tnye..cmni.tunang sy nk g bandung nxt week..die nk bli kain utk wat akad nikah ktorang nnt...xsure akak de tgk2 x tp klu de akak rs better bli kt bandung ke bli kt cni je,jakel ke..huhu...die dh la laki,kut taktau pilih jer pastu taktau rege gak..hmmm..ok x kain2 kt sn n rege die?thanks kak...;)
bestnya g holiday ngn kengkawan.. waa perut ceera nampak besor lah! comellllllllllll
@Mrs.E.ina
kain lace kat sana memang murah dik. Better beli kat sana. Pilihan pun cantik-cantik.
eh awk pun pi bandung ke?
zr akan fly khamis ni , sakan kan mak yong dedek nak naik flight, hrp2 lepas ler.. tp sibbaik surat doc dh ambik
syoknyer ke bandung..hr tu jumpa akk kat piramid dgn keisha
bestnya dapat g bandung.. tak sabar nak tunggu part yang seterusnya pula ni.. :)
ciput anta sampai airport bandung je la kiranye, ek?
tak sabar nk tunggu next entry ko..wehuuu!! best best!
Selamat bershopping, sila habiskan duit sebanyak mana yang mampu, hihihi.
hai...just nk share pg bandung mmg best trutama di pasar baru tp kn pndai tengok kain jg pasal kualiti kain bnyk jns n sulam kebanykannya agak sama hmpir stp kedai...tp kalau pg shoping time rate mlaysia tinggi lg untung.selain di p.br trains studio di bandung super mall pun best jg just rm50 per head n blh naik semua yg ada kt situ,lg satu kt shoping mall di paris van java pun ok mcm duduk dlm taman jer...
Kabar gembira Kami melayani para pelancong dari Malaysia yang datang(landing by plane)di Airport SoeKarno-Hatta Jakarta & mahu ke Bandung.
Kami menawarkan pada anda yang mahu ke Bandung dari KualaLumpur dengan Transit di Jakarta bagi rombongan 5 orang utk pergi bersama kami pada hari tertentu berjadwal pulang pergi sebagai berikut :
Jakarta – Bandung Bandung - Jakarta
Sabtu 09.00 Pagi WIB Senin 09.00 Pagi WIB
Rabu 09.00 Pagi WIB Jum’at 09.00 Pagi WIB
Bagi anda yang ingin kembali ke Jakarta bisa ikut Kami di Senin atau Jum’at Pagi memakai Kereta Avanza.
Bila para pelancong kesiangan atau terlalu petang tiba di Airport Jakarta(Soekarno-Hat ta)kami ijinkan secara Free untuk menginap di rumah Kami di Jakarta agar besok paginya Kita bisa berangkat lebih pagi misalnya jam 6.00 WIB(jadwal jam tergantung situasi kondisi kedatangan pelancong).
Kami bisa secara Free jemput rombongan pelan cong awak di Airport dan langsung Kita berang kat ke Bandung atau nginap dulu di rumah Kami bila kedatangan rombongan siang.Kami jua siap antarkan awak & keluarga atau teman-teman ke Hotel di Bandung.
Tarif Rp.60.000,-atau RM 20 Jakarta ke Bandung
Tarif Rp.60.000,-atau RM 20 Bandung ke Jakarta
Bagi peminat serius harap Pesan kursi dgn hubungi Kami paling lambat 3 hari sebelum hari Keberangkatan sebab kami tidak melayani pesanan mendadak.Bila rombongan pelancong awak perlu minta jemput di Airport,mahu nginap atau langsung ke Bandung sila Contact Kami secepatnya.
Bagi anda yg berminat serius silakan hubungi Ibu Dra.Hj.M.Nur Zahara,SH,MBA via SMS : 62811255798 atau 6221 3916256.Ibu Nur Zahara ini sebagai MaCik Saya.
Jadi bila kalian semua nak menghemat pergi ke Bandung sebaiknya landinglah di Jakarta lalu ikut dalam Kereta Kami ke Bandung.Kami tunggu kabar dari Kalian semua.Terimakasih atas Perha tian kalian semua yang telah membaca info penting ini.
Perlu semua ketahui bila kalian nak Travel (Kereta antar Kota)dari Jakarta ke Bandung sesi kitnya berbiaya Rp.80.000, One Way atau RM 25, 46 sedangkan bila kalian minta jemput oleh Kere ta mereka dari Airport Jakarta bisa sahaja nambah lagi sampai jadi RM.30 atau Rp.100.000 per Orang.
Mohon info Saye ini di muat kerana demi kebaikan & penghematan para pelancong negeri awak & saye sangat berTerimakasih bila di muatnya tulisan Saye ini yang bersifat sosial.
Post a Comment
Love U, =P