Ciput ni buat aku terkejut-kejut ajer tau hari khamis lepas.
Tak suka ada surprise-surprise begini.
Surprise benda yang menyeronokkan tak apa jugak. Ini yang mendeborkan. Phewwwww....
Hari rabu malam, aku tengok dia ok ajer. Elok ajer bergurau senda dengan keisha kat atas katil siap mengaco keisha main ipad.
Esok pagi pun ok ajer pergi kerja.
Tak ada pulak mengadu kat aku sakit dada ke apa...
Sepanjang kat opis pun tak ada sms or call aku bagitau dada tak sedap ke apa..
Ye la, abang korang ni boleh tahan jugak kaki mengadu kalau sakit, hehe...
Tetiba jam 3lebih macam tu dia sms...
B, ayang kat klinik nie. Sakit dada, susah nak bernapas.
Aku dah cuak terus call...
Haaa B dah kenapa tetiba kat klinik ni? klinik mana?
B kat klinik RHB.
B ok tak?
Susah nak napas la yang, dari pagi tadi B dah rasa sakit dada. B ingat sakit muscle macam biasa. Tapi makin lama makin sakit pulak. Tu yang B nak check nie.
Dah la masa cakap tu sambil batuk-batuk kan. Drama sungguh haku rasa.
Dah jumpa doc belum
Belum, tengah tunggu lagi ni.
Ok, nanti apa-apa update ayang eh.
Okey.
Tup tup dapat sms lagi.
Doc suruh pergi xray kat hospital.
Ah sudahhhhhhhhhhhhhhh....
Dan tetiba jam 5, ciput sms lagi.
Ayang, B kena tahan... kena masuk wad =(
Ayokkkkkkkkk...
B ok ke tak nie???
Tengah tggu result xray. Tapi nampak gaya macam tak ok ajer nie. Tapi ayang jangan risau k.
Nanti ayang datang sana eh, B kat bilik emergency lagi ke?
Ha a... B kat sini lagi. Tak payah la nak rushing. Ayang datang lambat-lambat sikit pun tak apa.
B dah bagitau kat ma lum?
Dah, tapi tak bagitau lagi kena tahan. Jap lagi B bagitau
Okey....
Dalam jam 6lebih tu tetiba senyap je mamat tu.
Aku call tak jawab, aku sms tak reply.
Terus aku sms zackU bagitau kat dia. Sebab zackU kerja kat hospital tu.
Suruh dia pergi tengok-tengokkan kejap.
Jam 7lebih baru zackU pergi tengok sebab dia baru habis meeting.
Rupa-rupanyaaaaaaaaaaa... sepanjang yang ciput senyap tu dada dia sudah kena tebuk...
Aku syak mamat ni saja taknak bagitau aku yang doc nak tebuk dada dia. Takut aku tambah cuak. Bila dah setel baru dia sms aku bagitau yang dia baru kena tebuk.
Itu pun dia bagitau apa tau.
B tak tau yang, tetiba B dah tak sedar. Bila B bangun tetiba ajer dada B dah kena tebuk.
Elehhhhhhhhhh macam aku tak tahu dia reka cerita kan...
Padahal masa tebuk tu dia sedar ajer. Dush dush dush...
Pung pang pung lepas maghrib jam 8lebih baru kitorang pergi hospital jenguk ciput.
Itu pun sebab mertua aku nak datang rumah, suruh makan-makan dulu sebelum pergi. Ikut aku, lepas maghrib terus nak pergi. Tak sabar ok nak tengok suami. Mesti kesian dia sakit sorang-sorang kat sana.
Dah macam selimut rumah pulak dah...
Selimut hospital dah habis lettew.
Sedang bercerita kejadian sebenar kepada mama and daddy.
Ouch sakitnya.
Nama penyakit ni tidak la ku tahu.
Cuma yang aku tau, lung dia bocor lalu masuk udara. Tu yang buat dia susah nak napas tu. Masa xray, sebelah lung dia jadi kecik, sebelah lagi normal. Nasib baik ciput pergi hospital cepat, kalau lambat lung tu boleh mengecik sekecil guli. Time tu dah kritikal sikit la. Mungkin jantung ko boleh beralih tempat sebab ada tempat kosong gitu kan...
Tujuan tebuk tu pun sebab nak buang udara yang ada kat dalam lung,
Lepas dah buang, paru-paru akan kembali kepada normal.
Bila tanya doc. Apa punca-punca yang sebabkan laki aku nie kena?
Sebab dia tak merokok. Orang-orang keliling dia pun tak merokok. Aaaaaaaaaa canner boleh kena jugak nie...
Rupanya, ada 3 sebab yang membolehkan seseorang tu kena.
1 - Merokok
2 - Tinggi
3 - Kurus
Derrrrrrrrrrr tinggi dan kurus pun salah kah???
Pelik punye sebab.
Siap masa doc tu cek ciput, dia belek-belek tangan ciput cakap.
Haaa tisu awak ni lembut sangat. Tu yang senang kena.
Lepas tu, tangan lagi panjang dari kaki... memang senang nak kena..
>_<
Hati-hati kepada mereka yang kurus dan tinggi ye. Jangan ingat ko sudah terlepas, huhu...
Kalau sakit dada dan susah nak bernapas, cepat-cepat pergi hospital. Jangan tangguh-tangguh.
Hari sabtu dah boleh keluar, yeay yeay...
Besoknya boleh la sambut fathers day.
Kiranya ciput stay kat hospital 2 hari ajer lah.
Dan bil hospital semuanya di tanggung oleh insurans company. Ciput tak perlu keluar duit sesen pun.
Dan hikmahnya lagi, dapat la duit poket dari prudential, boleh la duit itu dibuat birthday party Keisha, haha...
Yang paling best.
Ciput dapat mc seminggu.
Seronok aku dan keisha sebab ciput ada kat depan mata 24/7.
Tu yang nak update pun tak menyempat tu, T_T
Love: Ceera =P
Casing Note 2 dan S3 untuk dijual
-
Ni angkara Qery la, dia memang dah lama berperangai suka casing cute-cute.
Lepas tu aku dah terjangkit. Pantang nampak casing comel, mesti terganggu
hidup....
12 hours ago

23 LoveGreen:
salam kak, saya rasa dengan herbalife insyallah masalah ini boleh baiki. masalah tinggi tapi kurang berat mcm saya, hubungi saya 019.239.5929 atau ke FB: facebook.com/buddin.herbalife
alhamdulillah dah sembuh
erkk takut jugak,ai dah le kurus dan tinggi....
tibatiba sy yg kurus dan tinggi ni menjadi gerun...glupp..
owh gitu cerita sebenarnya..
alahai pelik betul yer sebab2nya tu.. kurus dan tinggi pun boleh jadi sebab penyakit ni yer.. pelik pelik...
tapi jangan ambik ringan pasal hal ni kan..
apa2pun, selamat bergmbira.. :)
haaa sama penyakit tu.. spontanous pneumotorex.. laki aku pon doc ckp 3 sebab tu kot, merokok, kurus dan tinggi.. tp doc pon pelik sbb penyakit tu boleh kena kat sapa pon.. contoh laki ko yang takde 3 ciri tu.. tp semua ciri2 tu ada kat laki aku..hahahahah.. neway, smoga cipu cpt sembuh ye ;)
swmoga cepat sembuh... InsyaAllah... Aminn...
sakit pe tuh ceera?
husben makneng perokok tegar..pening nak minta dia brenti camne..
jemput ceera follow blog kiter...=)
Aahlah...tak semestinya kalau tak merokok tu tak boleh kena? Terkejut dengar sampai kene tebuk bagai... Speedy recover ye papa Keisha...
Seram plak smpai kena tebuk² nih..Ala ciput taknak bagi Ceera risau tu kot...hehe
Get well soon erk. Adoi..nk kene bagi tau Mr R gak ni sbb dia kurus n tinggi tapi bab tangan punya sais tu, blk nnt aku ukur. hehehe.
Reason tu agak pelik ler. hehehe
tu la eh.
kurus dan tinggi pun salah?
tsk..
pergh ngeri tengok...dada kena tebuk
errrkkk...en seben saya merokok, kurus dan tinggi...ada gak dia mengadu cam susah nak napas....huhuhu
risau lak...
nama sakit tu pneumothorax..
Anak sedara suamimaunty pun kena sakit macam ciput, dia pun tinggi dan kurus. Yang paling kesian dia masuk hospital dan kena tebuk masa emak dan ayah nya pergi umrah hah apalagi kami semua terpaksa berkampung di SJMC sebab nak tengok2 kan dia.
alamak, aku tak merokok, family tak merokok, tinggi, aritu gemuk tp skrg dah kurus sikit, n aritu tailor kata tangan aku panjang dari orang lain. takutnye.
get well soon, ciput.
pnuemothorax nama dia :)utk case ciput panggil spontaneous pnuemothorax
Moga ciput cepat sembuh...
pandai lah doktor tu komen camtu .. kalau saya tanya balik mengagau dia nak jawab tu nanti .. hahahaha.. kekadang doktor ni ( terutama perlatih atau bukan pakar ) suka sgt cakap ikut sedap apa yg dia rasa bukan fakta.
heeee gerunnya tgk.. bila dh tebuk, mcne tutup balik ceera ? jahit kt stu ke? mmg lah stupid question huhu...
wpun sihat walafiat, tdk merokok, ada jgk penyakit mcmni yer? pelik tuuu.... paru - paru bocor... tkleh imagine kenapa tiba2 jd mcmtu.. mcm2 lah dunia skrg ni.. hmmmm...
apa2pun... dlm pada sedih, happy gak ehh bila suami sakit, dpt claim insurans dan cuti lama2 ngadap kt rumah teheheeeee...
alhamdulillah..semua selamat..tapi gambar tang cucuk lung tu xmampu nak nengok..sakitnyer...
moga cepat sembuh
Aiyooo.cuak seh! sib bek dia cepat2 gi jumpa doktor. Alhamdullilah gak ciput dah beransur sihat :)
Post a Comment
Love U, =P