Instagram

Sambutan hari emak version kami

Derrrrrrrr... Sambut hari emak pun haram.
Niat tu penting, niat!
Kalau ko sambut hari ibu hok tet tu memang la haram. Kita sambut hari emak kita. Buat apa kita nak sambut hari emak orang lain, tak kuasa tau.
Lagipun as a mother, mesti rasa seronok ajer bila ada satu hari tu anak-anak tunjukkan lebih sikit kasih sayang. Macam aku pun, kalau anak aku dah besar nanti, aku harap benda yang sama. Takde cake makan-makan pun takpe. Yang penting anak wish cukup. Dah terasa di sayangi...

Ye, mak kena sayang hari hari. Bukan sekali setahun.
Tapi bukannya ko rajin kan nak cakap dengan mak ko hari hari bila dah besar bagak begini siap dah anak besar panjang. Mak, saya sayang mak... mak saya sayang mak. Mak ko pun rasa nak sepak je kalau tepon asyik nak cakap benda yang sama. Buang tebiat apa...

So bila ada hari hari begini la yang kita dapat tunjukkan kasih sayang tu...
Macam aku ni pun, jenis yang pemalu sikit nak cakap sayang mak. Hehehe.. sayang tu sayang. Tapi berat mulut sikit, ekeke... tapi aku tau, mak aku tau aku sayang kat dia... kan mak kan... paksa mak angguk.

Tahun nie, kita buat simple sesangat.
Hadiah pun tak beli.
Hadiah dia, kemas rumah untuk mak ajer. =P
Rumah mak kan bersepah nauzubillah. Tambah-tambah bila baru lepas cat. Habuknye semua...
Mak pulak duduk kat rumah kaklang 2 minggu. Jadiknya, hari sabtu tu aku datang awal sikit dalam jam 11 untuk kemas rumah mak.
Masa sampai tu, kak ida and ode dah ada. Kak ida tengah vacuum hall. Ode pulak tengah mengemas kat luar. So aku amik peluang untuk kemas dapur dan jugak bilik emak. Siap basuhkan baju mak dan sidai. Lepas tu mop siap-siap kat dapur. *ahkak kan suka mengemop, hewhew*

Dah kemas semua. baru rasa lega. Boleh la melepak-lepak.
Yang lain, amik la korang tugas apa pun.
Yang penting tugasku dah setel.

Dalam petang jam 5 baru emak dan kaklang sampai.

Big card for emak.
1st time belikan kad untuk mak.
Itupun kak ida punye idea. Dia yang beli kad ni pun. Kitorang just tulis ajer apa yang nak tulis kat dalam tu.
Aku orang pertama tulis. Jadi gila kuasa kejap tulis besar-besar. Sampai mak pun ingat kad tu dari aku, mihmihmih...

Yang akak sampai sejam nak mengarang ayat.
Yang kaklang sampai ter-typo-typo. Ingatkan dalam wasap je dia manjang typo. Dalam kad tulis macam nie pun ada typo. Coi!

Masa nie aku takde, sobs...
Tengah pergi amik bb kat leisuremall.
Mana la ahkak nak tau dorang tengah potong cake kan.
Ni mintak gambar kat kaklang.

Kepala takde tu si jemah la sapa lagi.
Kang aku letak gambar dia tak pakai tudung kang baru tau. Tapi sibuk asal orang nak amik gambar dia paling depan. Pfffttttt...

Kitorang adik beradik semua sayang kat emak.
Sayang sangat sangat!
Semoga emak sentiasa sihat dan ceria.
Muahsssssssssssss....

Love: Ceera =P

7 LoveGreen:

pena rozie said...

niat tu memang penting....

Mooniqueen said...

Bestnya klu mak duduk dekat...sempat pos choc je n wish...

sharifah rosidah said...

Seronok tau bila anak anak menghargai ibu, macam aunty ni anak anak pun bbm hantar ucapan memasing, terharu sungguh.

Chekgu Azrine said...

Apa da..segalanya nk haramkan..utk mak kita..nk haram apanya..huhu

Cik Bhulat said...

betul tu..niat itu penting :)

:|: TinTa Kibod :|: said...

kwn2..
haram tu sbb ikut date mother tu..
so nk smbut jgn on dat day..
itu je benonya..
kita buat hari lain hehehe...

ceera said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998