Padahal sekolah kat sana dari form 1 sampai form 5 kot. Punye setia... orang sibuk blah masa form 3 aku tak kuasa nak ke mana-mana. Yela, result pmr pun ke laut. Jadik duduk la ko kat situ ajer. Cukup bertuah sekolah tu nak kan ko lagi. >___<
Form 1 - 1 orkid. Aku kelas second last dari 14 kelas yang ada... Sedehhhhhhhhhh... Tapi seronok juga sebab ramai yang aku kenal. Kira ramai budak-budak cheras baru yang tersangkut dalam kelas tu.
Form 2 - dah up sikit masuk kelas 2 ehsan.
Form 3 - 3 ceria. Kelas paling best. Happening dah pening.
Form 4 - 4 prinsip akaun 2. terseksa aku masa dalam kelas nie. Geli dengan sorang mamat yang ado.
Form 5 - 5 prinsip akaun 1. Tenang semula.
Lepas habis spm. Aku terus masuk matrik.
Result spm pun amik kat matrik.
Tak sempat nak bergedik-gedik jumpa kawan lama masa kat sekolah. Yela, time tu la pun ko nak jumpa balik kawan lama kan...
Tahun 2004 tak salah aku. Pertama kali batch 99 buat reunion kat ampang.
Masa tu aku pergi. Kebetulan time tu cuti sem. Jadi pergi la kita...
Yang aku kenal dan rapat pun dengan linda aje la. Yang lain haremmmmmmmm tak kenal. Bukan tak kenal. Kenal, tapi biasa la aku. Blur memanjang. Nama dorang nak recall balik kemain susah. Hahaha... Tapi linda heibat. Dia boleh ingat kawan-kawan sekolah punye nama. Aku kalau nak tanya sesiapa tanya linda je. Babe, sapa nama minah tu eh?. Dasarrrrrrrrrrrr... cuma kalau ko sama sekolah rendah dengan aku. Nescaya aku ingat akan nama engko. *taknak kalah*
Dan aku syak. Mereka pun bukan ingat nama aku pun.
Nama aku kan unik. Sukar untuk diingati.
Panggilan manja masa sekolah: Za.
Hahahaha... sudah sudah...
Masa 1st reunion.
Scandal lama ada datang woooooooooo... berdarah hidung.
Sebbaik 2nd reunion ni dia tak datang. Kalau tak berdarah tang mana pun ku tak tahu. Kahkahkah...
Hey.. iols ada scandal ajer tau. Takde bf. Tak kuasa nak bercinta time sekolah.
Kang result SPM teruk.... mampus kena bambu pasal bf. Atleast kalau takde bf. Takde la modal adik badik aku nak bahan aku kalau result aku teruk kan.
Lagipun bangga siot nak cerita dengan kawan kawan.
Ko 1st time bercinta bila???
Umur 18...
Serius???
Yeeee... *muka bangga*
Apa yang nak dibangga sangat entah.
Ok lah ok lah..
Kita cerita terus pasal reunion yang berlangsung pada malam sabtu yang lepas.
Start dari dorang create group kat fb. Terus berlarutan ke reunion.
Bagus jugak. Dapat jumpa kawan-kawan lama.
Dia punye plan dalam 2 bulan. Tapi aku tak involve apa-apa lah. Aku cuma bayor dan datang sahaja. Yang organizer nya la yang bertungkus lumus. Kagum aku dengan dorang. Macam-macam sponsor dorang dapat. Siap blackberry untuk lucky draw pun ada hokey. Reunion ko hado???
Saya di malam itu. Malas nak bawak beg kecik. Kang takleh sumbat camera.
Maafla sebab saya sampai lambat.
Orang kat registration dah takde baru aku dan linda sampai.
Sesat kot. Pfffttttt...
Sebenarnya takde la sesat mana pun kalau ko straight lagi. Tapi aku menggelebah takut terlajak. Dah berpusing-pusing kat situ. Padahal kalau terus lagi, belah kiri terus nampak kelab darul ehsan. bila dah macam orang gila dalam kereta baru jumpa... bila dah jumpa rasa nak ketuk kepala sendiri. Kenapa la aku tak terus je tadi!!!
Linda bawak anak dia hana.
Aku tak bawak keisha. Kalau bawak kul bape nak balik. Dah la aku yang drive. Mahu dia meroyan mengantuk. Tak sanggup woiiiiiiiiiiiiii...
Ciput pun ku tak bawak. Biarkan isteri mu datang single sajer ye. Takut bawak dia bosan pulak.
Tapi reunion sekolah B, sila bawak ayang ok. Tak bawak siap! wahhhhhhhhhhhhhhhh....
Si hana yang frenly.
Sangat berbeza dengan keisha.
Dia ni ko letak mana pun, laju ajer berkawan. Bukan penat nak mendukung dia. Tapi penat nak mengejor dia. Mata dok melilau takut dia hilang. Sebab pantang di pegang nie. Tak boleh pegang langsung. Sibuk nak berkawan dan main.
Aktiviti malam itu.
Sampai jam 11. Sapa yang bawak anak, memang heibat.
Lebih kurang 100 dewasa. 20 kanak-kanak yang hadir. Meriah uols!
Makanan yang ado. Nom nom nom...
Aku jamah ni ajer boleh? malam tu nak tido krek krok perut lapar. Baru menyesal kenapa la haku tak makan banyak-banyak tadi. Dah la simpan perut untuk reunion. Sampai-sampai makan sikit puloq. Amik koooooooooooo....
Mekap simple saja. Malu nak over over sangat. Lagipun bukan reti nak mekap over pun.
Ni aktiviti untuk budak-budak.
Pasang lagu dan kena menari.
Si hana kemain menari okey. Dia mana tahu malu. Terkekek-kekek aku tengok hana menari.
Video menari
Hasilnya terus menang budak paling ceria.
Mak tak bertuah nak dapat lucky draw. Anak yang dapat pun dah cukup hokey.
Aku lagi kesian, apa pun tak dapat. Hahaha... Sudah la. Lepas nie reunion aku taknak datang lagi. *merajuk, paling muka*
Ni mesti hajar tak masukkan no aku dalam kotak nie. Mentang-mentang aku sampai lambat. pffftttt... =P
Sambut birthday mereka yang lahir bulan 5.
Amboi.. kenapa engkorang tak buat bulan 9 woi... lain kali reunion buat bulan 9 ye. Hehehe...
Aku dan nad.
Hajar. Salah seorang yang bertungkus lumus malam itu.
Ni kawan baik time sekolah dulu. Kitorang 4 orang. Aku, linda, banun and hajar.
Masa aku sampai dengan linda. Pastu jumpa hajar. Si hajar ter saya saya dengan aku. Rasa nak lempang ajer dia. Heloooooooo saya??? pitam lapanploh kali.
Pemenang blackberry.
Sentaphatimaknak...
Pemenang blackberry belah kiri. Belah kanan tu lien si organizer reunion menang bonia.
Syikin ni geng aku masa form 3. Geng tandas. Hahaha...
Memanjang pergi tandas belek muka.
Yanti.
Cantikkan dia? muka macam hamis jalikha.
Duduk sebelah aku masa form 3. Tapi time kelas agama saja.
Masa kat sini, segan mek nak borak borak. Lagipun nak borak apa pun tak tau.
Jijie. Salah seorang yang sibuk malam itu.
Pemenang best dress female.
Tema kitorang - Blue, pink and white.
Semua color ada kat dia. Memang patut menang.
Redzuan - Kawan lelaki yang aku rapat kat sekolah.
Sebelum pulang.
Spot me...
Tahniah kepada organizer terutama sekali yan, lien, hajar, jijie, nadia dan ramai lagi. Korang memang best. Sanggup bersusah payah sebab nak menjayakan event ni.. lain kali buat lagi okey. Insy aku pergi lagi. Hehehehe...
Love: Ceera =P

23 LoveGreen:
Kemain anak si Linda tu..pandai pulak die menari ikut lagu..cute jer...kakakaka tergelak aku tngk...
x dan nk up entry psl reunion nih..thx terselit gak gmba ai dalam babies of MAY...sile jgn jeles eyhh..:D x sempat gak nak bergambo ngn ceera..maklumla keadaan x mengijinkan..rugi btol..x dpt nk lage2 perut..hihihi...
tah bile la dpt jumpe lgik..:D
k.ceera how old r u?.. akk n yg mcm hamis jalikha tu antara nmpak lbih muda.. heheh
comel ank linda
hi ceera...eh eh redzuan tue satu school ngan u ker...kecil tul dunia.....dulu dia satu tempat keja ngan elna...now dah masuk gov....hehehe....
Reena, tahun ni 30 tahun. Huhu
Hi Cik Ceera, cantik awak pada malam tu simple je, memang seronok kalau dapat pergi reunion kawan kawan sekolah. Tahun lepas kawan sekolah aunty sibuk cari2 kawan lama kat facebook pastu salah seorang nya nak mengahwin kan anak, apa lagi balik JB lah aunty sebab nak jumpa kawan2 yang 30 tahun tak jumpa, ya Allah seronok nya tak terkata, sebab kebanyak kan kawan2 aunty dah bermenantu dan bercucu. tahun ni bulan 8 akan ada lagi reunion sebab ada classmate nak kawin kan anak lagi so kita ke Mersing pulak lah tahun ni.
la satu kelas ngan yanti ke... tu anak buah i tu.. hehehe
klu tang nk wat next reunion bulan 9 tu aku setuju, hehehe leh potong kek sesama kita nnti....
huhuhu...best dress ke aku...baju compang camping je pon...
Keciknya doniaaa..Wan tu kawan kita masa kat TM...hehe...he's very nice!
erm..terselit gak pic aku dlm blog ko yeh..hehe..ko jgn lupe..aku ketua kelas 3 Ceria..kelas yang best tp penin tue...hahaha...
Elna : eh..ada jugak yea..keciknya dunia..bagus..kawan atas kawan...
erm...ada jugak terselit pic aku dlm blog ko nie...hehehe...terbaik...satu lagi...ko jgn lupe aku nie ketua kelas 3 Ceria yang paling best n penin tue...hahaha
Elna : Keciknya dunia...kawan atas kawan...member sekolah jumpe member ex office...:)
@Mohd Redzuan
heibat kan aku ingat ejaan nama ko. hahahaha.... haruslah terselit, dah amik gambar bersama. =) oh ko ketua kelas eh. Lupa sudah.
@Shinnaz Ahmad Rasid
muka sentiasa senyum kan dia.
grand :) pasnih bawak keisha pulak, try bagi dia gelek atas stage..
eh u skolah taman seraya ampang tu ke?
i ramai kawn2 kt situ
u satu batch dgn kak elizad ke?
Ain, elizad yang mana eh?
uhu.. ada pic ayu.. weh.. za.. elizad tu lau tak salah aku adik ezam.. ezam tu kan satu batch kita..
eh..shinnaz pun ada..kawan jugak yeh..nie sure rakan2 blog nie..:)
senyum kan sedekah...tue je lah yg mampu ku berikan...hahaha...
Za..ko mmg hebat..ejaan nama aku betul tue..selalu org mesti salah eja nama aku...terbaik!!!
la...rupanya satu sekolah kita...baru tau...
la...satu sekolah rupanya kita...baru tau...
oh, mak saya dlu ngajar kat taman seraya. even akak and abg saya skolah situ.
Post a Comment
Love U, =P