Instagram

Mengidam dari mengandung 2 bulan, bila dah 4bulan++ baru dapat, pffftttt..

Amboi... panjangnya tajuk dia. Hehehe...
Sebenarnya takde la mengidam sangat, cuma macam eh ehhhh dah lama kita tak makan kat william kan, jom makan kat sana....
Jadi bila sudah diusulkan kat ciput, haruslah mengambil masa yang lama sikit untuk ke sana. Sebab william jauh kot. Jauh la kalau ko nak pergi semata-mata untuk makan saja. Kalau pergi sana atas urusan lain lepas tu singgah sekejap, itu lain. *jauh la dari cheras nak ke kelana jaya tu kan, kehkehkeh*

Lepas tu kitorang bijok.
Masa raya cina pergi William. Haha. Haruslah tutup kan....
Dah la masa tu dok melilau-lilau cari sebab orang kata william dah tukar tempat. Dah macam orang gila pulak berpusing-pusing tempat yang sama sampai lapanploh kali.
Tahu dah tutup, saja konon nak cuba nasib. Rasakan lah ko di sana...
Selepas berbulan-bulan. Baru teringat balik akan perihal william...

Jadi, moh ler kita kesana...

Sampai-sampai terus dapat tempat duduk.
Terus tauke datang amik order. Dan aku teruslah order air yang entah hape-hape. Bila dah order baru terpikir, deyyyyyyyyyyy kenapa daaa aku order air ribena. Baik aku order ice blended tadi. Dah macam terkincit nak habiskan air. Tamak pulak tu, masing-masing order satu air. Lupa siot cawan dia besar. Gila gila lupa punye....

Sudah ada menu. Itupun ko kena larik masuk ke dalam kedai kalau nak tengok menu. Kalau ko sengaja duduk lepas tu, dik menu. Kang dia bagi menu pelempang. =P
Ini william bukan sebarangan william. Dorang tak kuasa nak cetak buku menu. Semua menu ada dalam kepala hotak dorang ajer. Sekali sebut menu, terkelip-kelip mata sebab terlalu laju. Ceaaaaaaaaa ini aku tipu. =P

Kitorang terus tanya ajer.
Apa yang sedap.
Laju ajer tauke tu sajes menu yang sedap-sedap dan mahal. Amboiiiiiiiiiiiii...
Tanpa berpikir terus order semua yang dia sajes.
Dah blah, baru teringat, derrrrrrrrrrrr portion dia besar daaaaaaaa... Sapa mahu habiskan!
Ciput skang agak tak boleh harap nak habiskan makanan. Perut dia dah kecik kononnya, pfffttt... Ahkak jugak la yang terpaksa telan satu persatu makanan yang ada. Tak elok membazir oi... Nasib baik aku mengandung, takde la rasa bersalah sangat makan banyak-banyak.

Dan ini yang kami order.

Ada lagi 2 jenis. Tak amik gambar.
Dan jangan ko tanya apa nama makanan ini. Haruslah aku tak ingat. Aku tahu makan ajer. Ngappppppppppp....

Kenapa muka awak sebegitu nak? Nasib muka mummy cung.

Mereka juga ada.

Daddy pun ado. Hoho..

Ok sapa nak habiskan makanan sekarang!
Semua dah lari membawa diri. Konon-konon nak jaga mika and keisha la. Padahal lari daripada kena habiskan...

*tarik napas dan makan lagi*

Love: Ceera =P

16 LoveGreen:

Mooniqueen said...

Mak Datok giler punya besar gels air die...ni 3 orang baru boleh habiskan...menu dia pun semua jenis boleh share2.. Memang besar betul portion makanan dia..sis ceera, sedap tak?

Fafau de Craft ( Zana ) said...

aduhh food dia..mengoda!lapar niehh...bila agaknya dpt ke ctu..:(

A.I said...

Kat Danau Kota pon dh ada Williams. Haritu aku gi mkn dgn anak branak aku order 2 portion pon x terabis. besau gabak!

Riena Haiqal said...

mak ai, punya la besar gedabak gelas dia... camna nak habiskan tu.. makanan dia lagi ar... banyak dan huh... sungguh sedap.. tapi takut gak tak habis...

Chekgu Azrine said...

Semua nmpk sdp giler..klu kt danau kota ada okla..dekat nk cuba mknn dia..

Delimasari said...

jenuh nk abiskan air tu

ieda said...

wah,besarnya gelastu. menu pun best2. menyelerakan je.ni yang buat rasa lapar ni

Love Razila said...

wah..happening ko. hahaha tetiba aku jadi lapo.huhuhu

[z@ck] said...

banyaknya portion! tapi worth it la dgn harga kan =)

kathy jem said...

kat situ memang portion die gedebak-gedebak..

eMMe said...

tak tau la bile dpt gi Wiliam, untung kamu ceera dah sampai sini, lepas la hajat...hehehe...

...:::yaniemora:::... said...

ni kat william ni..ade air gelas besar..lupe dah nama die..dalam air tu die campur ais krim soda,daun mint,asam boi..mmg sedap!!!

biskut chipmore said...

sedapnya ceera..

ratna said...

Sedap x ceera makanan dia? Pernah jugak kwn2 kat cni citer2 kata sedap...

sharifah rosidah said...

Selalu lah aunty dengar orang sibuk cakap makan kat William tapi belum pwenah pergi, aunty ni duduk telok panglima garang rasa2nya tak lah jauh sangat dari william ni dalam 40 minit sampai lah.

Dan terima kasih juga beri tahu yang makanan kat situ portion dia banyak so lain kali kalau pergi harus order yang kita oleh habiskan je maklumlah tekak suami dan anak2 aunty kecik je.

puan jari said...

terliuk tgok di kala i sedang berpose!
ceera...u dok cheras...same la ngn i...huhu
btw william ne kt mane?
boleh try nnt:)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998