Instagram

Lepak genting tak sampai 2 jam

Hari rabu ciput cuti. Sebab nak setelkan paspot keisha. Kitorang kan nak ke bandung bulan nie. Si ayu dah memekak-mekak nak no paspot sebab dia nak buat self checkin. Bila dilaser Baru hegeh-hegeh nak buatkan paspot keisha...

Setel paspot keisha. Tenghari tu ciput ajak naik genting.
Saja nak menghabiskan masa satu hari yang ada...
Lagipun keisha dah pandai ajak daddy dia masuk tempat game. Kalau pergi jusco ke, kalau dengan aku. Takdenya dia tergedik gedik nak mintak naik kereta menan. Cer kalau ciput ada.. kemain haaa haaa tunjuk tunjuk nak naik keta menan tu sambil meroyan-royan. Amboi! kemain manje kan.

 Otw ke putrajaya nak buat paspot. Sampai ke putrajaya kitorang pergi. Orang kata sana cepat sikit setelnya banding tempat lain. Tapi keisha kan ada lane khas. Sentiasa cepat kot.

Tengok la keisha. Siap berselubung sebab panas. Dia yang mintak kain tu. Bila kaki terselak sikit, laju je suruh aku selubungkan balik. Dah tak panas baru keluar dari kain. 

Puteri lilin kalah mak ko!

Ni pulak dah otw ke genting. Syukur alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ke sana dia tido. Senang aku nak bercinta dengan ciput.

Keisha... keisha. Tido pun muka nak berkerut. Kalau dah besar muka berkedut awal jangan salahkan mummy ye. Salahkan daddy, tetiba.

Genting tak sejuk sangat. Tensi mak encik.
Kemain aku beli cardigan baru, sekali panas pulak. Pffftttt.....
Keisha aku pakaikan jugak sweater sebab dia kan cekci. Wpon dia suka je sejuk-sejuk nie. Tapi mak ko tak kira. Mak ko susah-susah carikkan sweater nak macingkan dengan baju. Kalau tak pakai, sentapla hati mak ko...

Naik ketapi lembab kat dalam indoor.
Ada anak ni baru merasa naik ketapi lembab. Kalau tak, jangan harap la kan nak naik.
Kitorang tak masuk pun kat outdoor. Macam rugi. Aku dah la mengandung. Mungkin tak dapat nak main apa-apa. Tunggu la keisha dah besar sikit, baru fun....

Naik yang ini pun dia dah hepi semacam...

Sekali naik untuk sorang RM8
Keisha free...

Lepas tu ingat nak masuk snowworld. Saja nak bagi keisha main sejuk. Tetiba tengah upgrading pulak. Hoi marah sungguh rasa. Time aku datang la ko nak upgrade bagai kan!

Pastu keisha nak naik kuda.
Gaya je beria nak naik kuda. Tapi bila dah bawak naik dia takut pulak!!!!
Itu la anak aku ye...
Dari jauh je semangat. Bila dah dekat takuit.
Nasib baik ada tempat duduk macam tu, kalau tak terpaksa ciput dukung dia sepanjang berpusing.
Itupun, masa tengah pusing-pusing dia main jerit jerit nyanyi nyanyi dengan ciput.
Kemainnnnnnnnnnnnn....

Ok jom kita keluar amik angin luar pulak...

Sambil suap keisha makan.
Aku bawak bekal sandwich keisha. Jadi itu je la pun yang dia makan.

innocent gila muka ciput, hewhew....

Yeayyyyyyyyyyyyy....

Tak sampai sejam kot. Lepas tu keisha asik suruh aku je dukung dia. Aku dah la tak larat nak mendukung. Perut ni cepat senak kalau dukung. Bila tak dilayan, haruslah menangis beria-ria. Aku pun malas nak layan terus ajak ciput balik. Hahaha...

Sebelum balik. Singgah kejap kat cradle rock.
Dan saksikanlah gambar kami....


bye bye genting. Nanti kami datang lagi.

Betul-betul menikmati angin ye... hehe...

Love: Ceera =P

13 LoveGreen:

Gaung aka fahamimajid said...

ceera ada gmbar menjerit, cik sipot pom ada jgk...keisah jer tak der..tapi bila tgk gmbr muka dia ngantuk tu..ha3..hilg ngantuk teman nie

sHiLaziZi said...

pic keisha yg last skali tu sgt mcm model ler...comellll sgt!!

s.z.a_s.z.a said...

Tak menahan muke keisha menikmati angin...
stim mata dia terus...
mulut tetap muncung...
gagagagagaga~

~capital N~ said...

salam kak ceera...

cantik la baju akak..
beli kat mane ehh???

Riena Haiqal said...

comel ar Keisha.. pandai dia bergaya bila depankamera yer. hakhakhak.. :)

Cik Bhulat said...

comel.best nya naik genting wolopon sekejap!

sharifah rosidah said...

Amboi kemain rajin En. Ciput ni ya pergi Genting balik hari je, kalau husband aunty mati hidup balik pun dia tak nak pergi balik hari.

biskut chipmore said...

comel sgt keisha~

Filla ~ Kasihs said...

Oitttttt aku pon kat sana hari rabu!!! Tatau plak ko kat sana tp aku byk kat outdoor masuk indoor pon sbb nk mkn kenny rogers je... Kalau tau leh laga pipi jap heeeeeee

puan jari said...

suka tgok gelagat keisha neh
pandai bergambar...

Love Razila said...

wah...xmoncet pon perut ko erk. cemburu u =D

ceera said...

@Filla ~ Kasihs
Aku pergi last2week la... ko baru je pergi hari tu. Aku kan hegeh2 update blog. =P

Tny said...

Ceera, babe ko semakin glowy dan berseri-seri =D cantekkkk..

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998