Instagram

Kerja yang tak pernah habis bila menjadi seorang EMAK

  1. Mengelap minuman dan makanan yang anak tumpahkan. Kadang-kadang satu hari sampai seploh kali. Kadang-kadang adalah lebih, dan kadang-kadang adalah kurang. Ikut kerajinan anak sendiri. Dan ikut jugak kebaranan emaknya jugak. Kalau emak dia rajin melayan, lagi ditumpah-tumpahkan. Kalau emak dia sudah baran!!! confirm insap untuk sekejap.

  2. Menyimpan mainan/buku anak. Selalunya buku yang dia sepahkan. Mainan aku dah banyak simpan. Kalau tak, lagi huru hara.

  3. Menyimpan barang yang dia sepahkan. Seperti membuka laci lalu mencampak-campakkan barang yang ada di dalam laci. Jenis pesen, tak boleh tengok tempat kemas. Kalau bersepah baru dia puas hati. Pffftttt...

  4. Menyapu hall. Ini hari-hari kena buat. Kadang-kadang lebih daripada sekali. Tengok apa yang dia makan. Kalau makan roti sendiri, mesti dia main carek carek, lalu bersepah la hall itu. Kalau aku suapkan, selamatlah hall itu dari bersepah. Vacuum and mop seminggu sekali atau dua kali. Tak kuasa ahkak nak buat selalu. Patah pinggang.

  5. Bagi anak makan tengahari and petang. Ini bukan lah kerja sangat, ini tanggungjawab sebagai emak. Cuma nak bagitau waktu makan dia bukan main lama. Kadang-kadang lebih sejam dok suapkan dia. Tapi syukur la tu kan dia nak makan. Kalau taknak makan lagi geram!

  6. Basuh pinggan. Pinggan mangkuk macam tak pernah habis. Ada ajer kat sinki tu. Lepas basuh, basuh lagi.

  7. Lipat kain. Bab kain juga memang kerja yang tak pernah habis. Nasib baik kerja aku hanyalah melipat dan masukkan kain dalam almari sahaja. Bab basuh sidai angkat dibuat oleh ciput. Love u sayang. Tetiba.

  8. Masak! Hari-hari kena masak lor. Ada anak, lagilah hari-hari ko kena masak. Kalau tak anak mahu makan apalah. Kalau belum ada anak, boleh la manjang ngendeng laki ajak makan luar atau sendiri pergi carik makan kat luar. Tapi bila dah ada anak yang reti lapar, kalau malam ko makan luar. Siang ko kena jugak masak untuk anak ko. Kalau tak, tak senang hidup bila anak tak makan.

  9. Basuh berak anak, Hahaha... kekadang weken mintak ciput take over. =P

Bagi aku. Tak kira la ko housewife ke atau bekerjaya. Selagi ko bergelar emak dan isteri. Memang la kerja takkan pernah habis.

Walaupun begitu. Kami tetap happy! Sebab ini la pelengkap hidup sebagai seorang wanita.

Love: Ceera =P

15 LoveGreen:

KiKiHanakO said...

memang yang begitulah hendaknya. sampai emak aku skrg pun tetap begitu. lainlah macam aku ni kan.. tapi tetap akan merasai tu semua.. masa ni nak bermalasan abis²an. wkakaka!

Pink Mama said...

samalah kita Ceera. Kerja rumah tak habis-habis tapi sekarang budak2 dah besar Akak kerah derang buat kerja rumah sekali hehe

zihan said...

betol sangatlah tu..penat tapi happy kan kan!!

sharifah rosidah said...

Cik ceera, tu anak kecik lagi tu nanti bila dah besar lain pulak peningnya, masa tu kita akan rasa lebih baik dia kecik je tak payah besar2 lagi senang kita nak jaga.

Love Razila said...

Yeah... memang betul. sat gi ko masuk fasa aku pulak bila ada anak dah masuk kindergarthen. muahahha, tambahan kerja adalah part-time teacher =D

Delicious-Cuppies said...

samalah ngn aku beb... pun baru luahkan perasaan kat blog... hehehe...

Yatie said...

job role kita sedikit nak sama...memang tak pernah habis. cuma mine tambah lagi sikit.. keluar masuk rumah amik and hantar anak pi sekolah.serious penat.

Riena Haiqal said...

betul tu.. memang takkan pernah habis kerja tu selagi bergelar emak...

~farah~ said...

sama sebijik lah kita. mengulang kemas 20kali sehari.hihi

puan jari said...

begini lah lumrah bila da ade title 'emak' semua kita kena buat
mmg sgt mencabar bila dah ade anak...hohoho
new reader:)nice blog!

miss paola said...

same pesen ngn ank sy yg x bole tgk uma kemas sket..abis dikeluarkn sume brg dlm laci..main campak2 lak tu..aiyakkkk

genuine1224 said...

gitulah. never ending work! hahaha.. letih tapi sronok kan bl tgk anak n suami hepy...

imhana said...

betul la ceera.akak rasa jd surirumah lagi penat..

ratna said...

Tu laaa sapa kata jd mak x byk keje kannnn.

pizet said...

kan biarpun x sudah kerja2 ni tetap suka tengok anak2 membesar ni..penat tu x yah cakaplah

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998