Instagram

Keisha si riang ria

Masa mula-mula mengandungkan keisha, sampai la dia lahir. Pemilihan diaper adalah mudah bagi aku.
Asalkan murah, keisha pakai okey, aku on. Kalau lagi murah, lagi aku suka. Sebab aku pikir, alahhhhhhhhh... pakai buang, pakai pun sekejap ajer... lepas pakai buang. Jadi tak perlu nak membazir beli yang elok elok sangat.

Dan disebabkan perangai aku yang suka ambil mudah pasal diaper, makanya aku mempunyai banyak pengalaman tentang kebocoran, HAHA...

Pengalaman satu: pee pee bocor di tengah malam.
Aku syak semua mak bapak akan melalui pengalaman yang sama kalau jenis yang sama macam aku. Tapi kalau ko jenis yang semua nak yang terbaik untuk anak. Confirm pengalaman ni jarang-jarang berlaku.

Pengalaman dua: Rashes
Pernah sekali private part keisha naik ruam, sampai aku sendiri pun takut nak tengok. Jumpa doc, doc pun terkejut. Tapi belum di tahap kronik la. Mungkin baru berada di tahap ke 3 kalau 5 yang paling tinggi. Dan ini adalah salah satu sebab kalau main belasah ajer pilih diaper.

Pengalaman tiga: poo poo bocor di mall
Ini paling menyampah! menyusahkan orang tahu... tengah syiok syiok berjalan sekali lengan rasa basah ajer. Tetiba ko tengok dah kuning dah kat tangan ko kena tempias tahi anak. Pfffttttt... Nasib baik masa tu keisha masih bayi, jadi taik pun belum tahi manusia. Kalau sekarang masih menjejeh-jejeh, arghhhh tak sanggup!

Pengalaman empat: tape tak berfungsi
Kan ada jenis tape yang guna gam tu. Kalau terlekat kat tempat lain selain kat tempat dia. *kira tak sengaja lekat*. Mesti gam dia dah tak berfungsi dah lepas tu. Itu satu hal. Pernah juga, sampai tape dia tertanggal sebab aku tertarik kuat sangat. Hek eleeeeeeeeeee... dah terpaksa aku stapler sebab sayang pulak kalau nak buang. Tak ke menyedihkan kalau ber-stapler bagai. =P

Ok siapa yang ada pengalaman yang sama macam aku, sila angkat tangan...
Ke ada yang nak tokok tambah lagi???

Syukurlah sekarang aku dah tak mengalami semuanya ini. *libas rambut sambil mata ke atas*
Terima kasih MamyPoko.
Sebab adanya engko, aku tak perlu melalui pengalaman-pengalaman yang ngeri itu lagi...
Kalau tak sampai ke sudah stress.
Hoi, stress tahu. Asal tengah malam ajer stress risaukan diaper anak bocor.

Ni bukan gambar keisha. Ceaa orang tengok pun tahu lah!

Meh aku ajar, pemakaian diaper dengan cara yang betul. Sebab ramai ye tak tahu main belasah ajer sarung ke anak. No no no... ada cara-caranya..

Gambar satu dan dua: Tarik pencegah bocor ke atas. *mesti ramai yang tak tarik kan??? termasuk la haku, hahaha*
Gambar tiga: Jangan lipat pencegah bocor ke luar. Kira biarkan sahaja ia ke atas.
Gambar empat: Adjust tape supaya ia muat dengan bayi. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar. Sedap-sedap saja...

Ok bapak-bapak. Tiada alasan ye sekarang.
Jangan nanti ko malas nak tukarkan diaper anak. Konon tak tahu, ceh!

Oh pemilihan size diaper juga adalah penting. Jangan main ambil sahaja. Tak semestinya kalau anak pakai brand tet M dia pakai MamyPoko juga M. Sila lihat kepada berat anak anda.

MamyPoko juga adalah produk yang berkualiti di mana ia meresap dengan lebih baik dan membuatkan bayi anda sentiasa kering. Dan yang penting, ia membuatkan persekitaran yang sentiasa ceria dan sihat antara ibu dan bayi.

Sebelum mengakhiri entry. Aku up gambar keisha sebelum tidur.

Kemainnnnnnnnnnnnnn...

Note: MamyPoko will be participating in Mom & Baby Expo, Mid Valley Exhibition Centre, 11 – 13 May 2012. MamyPoko tape NB & S sizes are RM28 per Jumbo pack, M – XXL sizes are RM66 for 2 Jumbo packs, MamyPoko Pants Extra Soft Fit is RM18 per Regular pack. Don’t miss out on MamyPoko Gentle Cleansing Wipes that are available for sale too.

Love: Ceera =P

4 LoveGreen:

genuine1224 said...

arghh..stress sbb xleh bli mamypoko murah!jauhh..kirim ceera bli bule?my baby pakai mamypoko jugak.mmg terbaekk!

genuine1224 said...

arghh..stress sbb xleh bli mamypoko murah!jauhh..kirim ceera bli bule?my baby pakai mamypoko jugak.mmg terbaekk!

sharifah rosidah said...

Masa aunty lahirkan anak sulung dulu umur aunty 20 tahun, aunty kerja dan mak jaga anak aunty, selalunya mak lah yang buat segala galanya untuk anak aunty, mak selalu membebel kenapa beli diaper yang murah kesian anak ko asyik gatal gatal dan merah kat bird dia, aunty cuba tanya2 kat kawan2 jenama apa yang bagus mereka rekomen kan huggies so sampai anak bungsu yang ke tiga pun aunty pakai kan huggies alhamdulillah tak ada masalah.

Nanak said...

i dri dulu mmg pakaikan mamypoko tp yg pek kuning..biru ni tak try lg :)

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998