Cerita Makan lagi.
Kejadian: Sebulan yang lepas. Ko tengok la perut ku, masih kecil bukan? *masa tu lah, sekarang tidak lagi*
Teman mek mek yang bekerja pergi makan lunch.
Kemain jauh lunchnya sampai ke KL sana. Eh masa nie cuma kathy je pun yang bekerja. Yang lain masih menjadi surirumah yang berjaya... Now yana pun dah kerja, tinggal aku and ayu ajer yang masih lagi menjadi isteri yang menunggu suaminya pulang bekerja atau bahasa kasar... eh sayang dah dapat gaji, meh duit. nak shopping!!! *belum sampai tahap nie kot!*
Aku suka ikan bakar begini. Yang ada air asam, dan ikannya di bakar kosong.
Tak suka ikan bakar letak cili kat atas dia. Kalau order pastu tetiba ikan bakar bercili yang sampai rasa amarah ku yang marah ajer.
Ciput pulak lebih suka ikan bakar bercili. Taste kami berbeza.
Yang sama cumalah. Apa yang ada kita hadap. Tak elok membazir, haha...
Masa yana and kathy dok sok sek sok sek kat twitter pasal ikan bakar tangling sedap sedap sampai teringat-ingat. Heran jugak aku. Takkan ciput tak pernah bawak aku. Padahal area KL kot. Dia bab ikan bakar tau ajer kat celah mana yang sedap. Memang sentaphatimaknak la kalau tahu tapi tak pernah bawak kan....
Jadi bila dia balik terus aku tanya.
B, kita pernah makan tak ikan bakar kat tangling?
Pernah kot. B kan pernah bawak ayang, yang ayang makan dengan zackU tu. Ingat tak?
Kat mana eh?
Kat taman rama-rama... ala, yang kononnya nasik lemak dia kemain sedap sampai orang beratur, padahal takde la sedap mana pun. *amboi ayat*
Ohhhhhhhhhh situ ke? ceh ingat kat mana la yang sedap sangat tu....
Bila dorang nak lunch sana, aku pun nak follow jugak.
Lagipun dah lama tak pekena ikan bakaq.
Air asam dia memang sedap. Dan tak kedekut air asam. Aku amik ikan kembung. Dorang bertiga amik ikan keli. Iols kan geli geli sikit nak makan ikan keli. Kalau dah takde ikan lain baru aku makan ikan keli tu. Kalau tak, ku pandang jeling jeling saja...
Kathy yang teringat-ingat air asam dia. Hahaha...
Tu yang sanggup dari PJ sampai ke sini.
Eleh tak jauh sangat kalau tak jem. Kalau jem yang rasa nak amukan tu.
Aku dari rumah pun tak jauh. Cuma yang buat jauh sebab sesat, kahkah... bukan sesat mana pun. Terlajak simpang ajer, coi! Dah melilau haku nak carik jalan pusing. Geramssssssssssssss....
Selamba kathy suruh mamat kat meja sebelah amikkan gambar. Haha...
Yang mamat-mamat tu pun kemain gatal. Dia tak tahu kitorang nie semua bini orang. Taula nampak macam anak dara kan, hekhekhek...
Lepak sampai jam 3.
Lepas tu terus balik. Sebab keisha aku tinggalkan kat rumah mertua. Masa hantar tu si mika ada. Dah rasa bersalah sebab kesian mertua aku kena jaga dorang berdua. Cer kalau keisha sorang. Mungkin aku akan merayau lepas tu, haha...
Love: Ceera =P
Tak sempat nak update pulak.hihi!
-
Sorry ye. Biasalah harini gaji kan. Kemain ramai orang nak beli. Paling
banyak adalah Myracles Beauty, Aurawhite dengan Maixara. Berpeluh nak
packing. Ment...
4 hours ago






13 LoveGreen:
air asam nye mmg terbaekkk
macam sedap je.. kat mana nie?? taman rama rama?? hurmm.. kat bukit aman ka?
AlKisah: Yap, dekat bukit aman. Belakang masjid.
Tengok pun dah tau sedap....
aiii salam
mmg terbaekkk kat c 2..dr johor dtg tau lunch kat c 2..agk melampau tak hahaha..yg best banjir ikan ngan air asam ;p
nampak sedap sangat ikan bakar dia dengan air asam tu..
seyes kata, macam anak dara ooo korang semua.. :)
sedap..aku br jer lepas makan ngn ayu td..hekhekhek.. ni br smpi ofis.. ;)
jantan kalau tengok aweks cun mcm u alls, memang automatik gatal..setakat suruh snap gambar, apalah sangat...kalau suruh bayar pun depa sanggup...
EHHH BETUL2 BELAKANG SEKOLAH SAYA! ;) nyummmmyy sodaaaaaaaaaaaap!
EHHH BETUL2 BELAKANG SEKOLAH SAYA! ;) nyummmmyy sodaaaaaaaaaaaap!
Oh ya kat situ boleh lah ikan bakar nya, tapi situ ramai abang abang polis makan. Silap silap orang yang awak mintak tolong ambik gambar tu pun abang abang polis bukit aman tu.
Air asam banjir !! Sedap tu
BARU TAU..HUHUHU
Post a Comment
Love U, =P