Instagram

Beli kerusi keisha kat Tots-n-kids

Nak beli kerusi untuk keisha je.
Tapi cerewetnya, nauzubillah.
Nak yang lawalah. Ada sandar la. Taknak yang sekali pakai masuk tong sampah lah.
Kalau boleh, bila beli tu sampai sepuluh keturunan boleh guna...

Eh aku la tu yang cerewet.

Bila masuk tesco kedai baby bagai semua aku jeling sebelah mata jer.
Pastu bila sampai rumah stress sebab kesian keisha takde kerusi. Padahal minah tu duduk bawah pun dia kesah hape. Yang penting dapat conteng-conteng buku dia.

Meja kita guna meja ikea ajer. Rumah kita bukan besar sangat nak beli macam-macam. Cer ada bilik khas untuk barang-barang awak. Pasti mummy dah menggila belikan awak macam-macam.
Buat masa sekarang, kita beli apa yang perlu sahaja..

Disebabkan ciput tak tahan aku merungut-rungut tak jumpa kerusi.
Dia ajak aku pergi tots and kids.
Katanya, kat situ ada jual barang-barang macam meja, kerusi, rak buku untuk toddler
Aku apa lagi, seronok la kan.
Hari jumaat malam pergi, tutup pulak dia. Pffftttt.. baru pukul berapa ko dah tutup pulak. Sentaphatimaknak.
Hari Sabtu kita pergi lagi. Nasib baik bukak. Kalau tutup jugak, aku tampal kertas kat dinding depan kedai lalu buat surat makian. Ingat gua tak berani ke? *mmg tak berani pun*

Suke suke... macam-macam ada.

Suke suke suke lagi..
Kalau anak ramai, boleh la beli meja hok besar tu kan...
Kalau anak ramaiiiiiiiiiiiiii...

Mencuba kerusi.
Macam-macam jenis kerusi ada...
Murah, mahal... sediakan saja duitnya...
Aku beli yang paling murah sekali. Kahkahkah.
Harga dalam rm49 macam tu.
Color merah ke pink...
Nanti awak dah ada adik, kita beli color lain pulak.

Terbayang terus keisha dah pergi sekolah. =)

Sekarang kerusi tu dia buat panjat-panjat.
Kalau nak panjat ke dressing table, dia junjung la kerusi tu masuk ke dalam bilik.
Bila ahkak bawak semula ke depan, dia bawak semula ke bilik. Dan begitu la seterusnya.
Orang beli untuk dia duduk kat meja dia baca-baca/conteng-conteng buku... dia boleh pulak bawak keliling rumah.
Sabar ajer la haku.

Lokasi totsnkids: belakang jusco balakong/cheras selatan.
Ala... yang bangunan baru tu...
Atau ko beli online je terus kat www.totsnkids.com.my

Love: Ceera =P

8 LoveGreen:

-iLLa- said...

selalu lalu jek dpn kedai tuh..kdg kuar masuk husein onn tuh. cantik2 jugak kan..

Riena Haiqal said...

comel nya meja tu... murah sangat2... kalau kat labuan ni belum survey2 lagi kat mana yang murah.. nak g beli kat Kota Kinabalu jer la.. :)
Keisha memang nakal.. :)

Siti Fatimah said...

wow really intresting thanks for sharing :)

Siti Fatimah said...

wow really intresting thanks for sharing :)

sharifah rosidah said...

Ooo kat situ aunty pernah pergi lah, aunty ni beruntung juga lah kira ya baca blog orang2 muda bukan apa senang nanti nak beli kalau ada cucu tak payah tanya2 orang lagi.

pena rozie said...

suka la tengok. Mcm2 ade jenis kerusi gan meja

KucingMalaysia said...

Salam singgah,
semoga kita sama2 mendapat manfaat dari dunia blogging

bilaupttestmulapositif.blogspot.com

antalya said...

bdk mmg gitu lah suka mempelbagaikan kegunaan sesuatu benda. kreatif kan

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998