Instagram

Wedding of the year - Peej Burhan

Semua dah update pasal wedding peej. Jadi aku pun taknak kalah. Nak update jugak. Lagipun, aku nak tiru Izyahya untuk menjadi traffic hunter. Miahahaha... Semoga berhasil. Lol.

Jadi peej, nanti aku tweet please RT okey. Wahhhhhhhhhh over sangat nie. Hahaha...

Terserempak dengan Ai sebelum masuk dewan.
Ai, awet muda sungguh ko. Anak dah besar panjang pun ko tetap nampak macam anak dara. Jeles mak.

Dewan ni kat Kem Wardieburn. Masa dah sampai baru aku ingat yang aku pernah sampai sini dulu. Tina pun buat wedding kat sini jugak. Punye la aku menyindir ciput cakap, B nie lupa eh kita pernah datang sini masa wedding Tina dulu. Yang ciput pulak, B tak pernah okey sampai sini. Mana ada B ikut masa wedding tina dulu...

Lalu bertikam lidah la kami sekejap...

Dah lama-lama baru aku teringat, rupenya aku datang wedding tina dengan kiki. Itu pun kiki yang tunjuk jalan. Kahkahkah.
Nasib baik aku tak terjatuh longkang sebab tak percaya cakap suami.

Oh, syukur alhamdulillah masih ada baju yang muat.
Ini pun baju yang ke tiga ku sarung...
Rasanya, bulan lepas semua baju masih muat. Tetiba semalam, masa nak sarung baju kurung dah tak boleh nak kancing okey... Baju kedua, langsung sendat. Baju ketiga nie haaaaa baru selasa di pakai. Itu pun aku tarik kain dia sampai ke atas. Maka senteng la sikit kainnya.

Bulan depan, mungkin semua baju pun dah tak muat... T___T

Pengantin kita.
Peej Burhan & DotDot aka Ben.
Huwaaaaaaaaaaaaaa mak tersurprised. Mak tertipu jugak!!!
Dari jauh, aku usha... eh macam ben.. tapi macam, yeke ben???
Datang dekat, YE ITU BEN!!!!

Pandai ko menkaburkan aku ye Peej, wpon sebelum ini ku musykil juga masa baca blog ko.
Siap cakap dalam hati.
Untung Peej dapat bf baru yang rajin. Sejibik macam Ben sebab rajin. Rupenya memang Ben... *kembang kuncup hidung*

Kalau sudah jodoh tidak ke mana....
Kang aku nyanyi lagu PRamlee pulak kang!

Sebelum datang, dah penuhkan perut dia dulu. Supaya senang kami suami isteri nak makan.
Actually, perut aku pun dah penuh makan nasik ayam kfc. Masa sampai, nampak la ko macam ala-ala diet gitu makan sikit, padahalllllllllllllllll....

Baju baru keisha dari T&T.
Suka sangat... cantik!!!
Nanti aku ingat nak jual baju lama-lama keisha... tunggu aku rajin okey.

Ceera and Keisha.

Masa ni keisha meroyan sebab nak pegang camera aku.
Aku nie dah la jenis sayang barang. Pedulik la dengan anak sekali pun kan. Dah kalau dia pegang pastu jatuh, ahkak jugak yang menangis tak berlagu...

Kami sekeluarga...
Masa nie tengah menunggu turn nak amik gambar dengan pengantin.
Wajib tunggu okey, walaupun peluh sudah bertik tik di dalam baju.

Sampai juga turn kami...

Mekap cantik, baju cantik, dan wedding pun nampak simple.
Aku suka wedding simple macam nie... Selesa mata memandang. *macam wedding aku, simple je. Wahhh nak jugak haha*
Dah tu, dapat lepak lama-lama tanpa ada rasa bersalah. Mungkin sebab kitorang pun sampai lambat kot. Cer sampai awal, mungkin rasa bersalah jugak.

Dan sebelum balik, kita bergambar pula dengan blogger2 yang ada...

Bersama tauke Raynaa dan juga PB - Farah. Sapa nak PB boleh beli sama dia...

Ini pulak akak angkat zackU - Filla
Kemain.... akak dah ramai pun nak berangkat-angkat lagi ko ye... *cubit dia, cubit dia*
Filla adalah blogger femes wooooooooooooooo.... nak tumpang glemer jugak la sikit. eheks...

Anak-anak Filla.
Acih dan amaani.
Sukahati je dia cakap anak dia si amaani tu dah 19kg. Tak ke terkejut beruk mak ko dengar. Dah la sebaya dengan keisha, takkan 19kg... beza dengan keisha 10kg kot...
Bila dah balik, dok tweet ke aku bgtau amaani rupanya 13kg... Ceh, berat anak sendiri pun boleh lupa..

Tapi amaani nie memang semangat ko...
Tak sanggup aku nak angkat.
Takat acah dia dari dekat, mampu la...
Kalau angkat, terberanak terus kot.
Patut la emak awak kurus, angkat awak ajer memanjang...

ZackU si mata sepet...

Ok itu ajer gambar yang aku ada.
Gambar candid segala memang tak ada...
Laki aku tu, selagi ko tak suruh dia amikkan gambar. Jangan harap dia nak pegang camera.
Walaupun begitu, saya tetap sayangkan dia. *mata ke atas*

Selamat pengantin baru buat Peeja dan Ben. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Dan selamat mengharungi kehidupan sebagai suami isteri. Sangat happy untuk korang berdua. >_<

Love: Ceera =P

10 LoveGreen:

Filla ~ Kasihs said...

femes..geli..muntah hijo...haha.. bab berat anak aku 19kg tu..hahah.. mesti ko cuak kan.. sampai 10 kg beza ngan keisha.. skali aku timbang 13kg.. terus telan air liur.. hahahah...sepet tu adik angkat ai secara tak formal.. tapi qery ai tak sanggup..hahahah.. k-pop.. atoootttt!!

betol..memang suweet pengantin kita walaupon bermandi peluh.. smoga bahagia selalu ;p

A.I said...

Okey fine!! mak sentap sbb tak sempat nk bergmbr dengan si pija. huhuhu...harus berlari2 anak nk ke the mall sana jaga booth ;(

tp aku sronok dpt jumpa kowang adik beradik yg santek2 belaka ^____^

nasaoji said...

warghhh....aku pun tertipu dot.dot.dot adalah ben!xapa,ddoakan mereka bahagia hingga akhir hayat!

nasaoji said...

warghhh....aku pun tertipu dot.dot.dot adalah ben!xapa,ddoakan mereka bahagia hingga akhir hayat!

nasaoji said...

warghhh....aku pun tertipu dot.dot.dot adalah ben!xapa,ddoakan mereka bahagia hingga akhir hayat!

sharifah rosidah said...

Hi salam perkenalan. semalam nampak awak dengan sepet masa nak bersalam dengan kak Nani a.k.a mak peeja, aunty sempat salam sepet je. Buat pengetahuan awak aunty pun dah khatam blog awak cuma tak pernah tinggalkan komen je sebab segan kita tak ada blog tapi suka baca cerita2 orang muda ni, blog sepet dan terbaru blog fillanie pun kita dah khatam, sorry mintak ampun banyak2 sebab tak pernah tinggalkan apa2 komen ya terasa diri aunty ni macam jadi stalker pulak.

Mooniqueen said...

Tak sempat nk kirim salam kt sis peej..mesti cantik sgt kan..Sis xnmpk mcm preggy mom pun...cun jerrr...

Ana Lyana said...

tak yah jual, sedekah je kat aku..=p

Iz said...

wahh kauuu.. taknak kalah jadi traffic hunter. Blog dah pemes pun perlu jadi traffic hunter ke? Hahahaha. Ape pun, memang berkesan jugak la taktik aku. Sampai exceed bandwidth blog aku. Terpaksa mak top up bandwidth. Hebat betul penangan para stalker peej. Hahaha

lily lotus said...

congrates peeja :) wahh kelasss sanggul keisha, hehe

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998