Instagram

Potluck di rumah KathyJem

Sampai jugak aku kat rumah kathy.

Punya lama nak tunggu dia jemput datang rumah. Dah kawin setahun lebih baru nak ajak. Pfffttt...
Katanya, rumahnya kecik la tak cantik la. Sebab tu malu nak jemput kawan-kawan. Helooooooooooo sikit punya cantik rumah begini pun malu kah.
Cantik kan uols...
Pandai kathy decorate.
Terkagum-kagum masa masuk rumah kathy. Dan tetiba aku pun nak jugak carpet hijau macam kathy punye. Nak nak nak!!! *hentak-hentak kaki*

Bersama puan rumah.

Actually, kitorang buat potluck. Rancang dari bulan 2. Dan akhirnya sampai juga potlucknya... tak sabar nak makan okeh. Sebab masing-masing bawak yang sedap-sedap kecuali aku. Sebab aku ditugaskan bawak dessert saja. Benda paling senang, miahahaha.. Sebenarnya, aku yang paksa dorang setuju untuk aku bawak dessert. Tak reti la nak masak heavy-heavy. Lagipun macam malu nak kasik orang rasa makanan ku yang tak berapa nak sedap itu. Kalau laki sendiri tak malu la. Dia balun je semua. Benda tak sedap pun dia kata sedap. Amik hati katakan....

with ayu...
Sedang menunggu yana and ila tak sampai-sampai lagi. Dah la masing-masing kebuloq tak makan pagi. Semua simpan perot untuk makan tengahari punya pasal.

Kelas kak kathy kita punye meja. Terasa macam makan kat hotel.

Bakal mummy masak gulai ketam lemak cili api. Heibat okey... Sedap pulak tu.
Aku sendiri tak pernah lagi masak ketam kat rumah. Pernah la sekali, itu pun masak untuk keisha. Masa nak siang ketam siap tweet tanya kat orang. Hahahaha...

Meriah sudah meja kita...
Yana bawak ikan bercili, ila pulak bawak sayur campur dengan teluq bungkus. Ayu bawak sambal udang. Dan semua adalah penggila pedas. Sebab tu menu semua pedas-pedas...

Sebelum makan kita posing dulu...

Jom makan dengan penuh gembira...
Nom nom nom nommmmm...

Kalau boleh semua lauk nak letak kat satu pinggan. Hew hew hew...
Dah habis makan, ratah ketam pulak. Sebab kathy masak 8 ekor. Rugi kalau tak ratah...

Dan dessert saya pun keluar. Hehehe..
Aku buat sagu gula melaka ajer. Senang baitu..
Dalam senang-senang leceh juga sebenarnya. Leceh tang sagu nak diasingkan dengan kanji. Lepas tu nak cuci periuk yang berkanji tu, perghhhhhhhhhhhhhhhh satu hari satu malam tak siap-siap. Dia punye kanji sangat likat!

Dan yang penting, semua gembira makan sagu saya... =P

Kenyang gila!
Sebelum datang perut 4 bulan. Habis makan terus perut jadi 6 bulan, hehe...

Dah kalau melepak dengan manjers. Haruslah bergambar sesado...
Jadi jangan la engko sakit mata pulak menengok gambar kitorang berposing ye... =P

Konon-konon tengok TV.
Masa nie tengah layan MANIA. Tengah tunggu turn Hazama. Go go Hazama!!!

Lepas tu yana buat demo macam mana nak ikat sanggul guna pensanggul punye..
Aku ada kat rumah, tapi tak reti nak buat. Lepas nie boleh la try sendiri. Macam senang... boleh la guna time dalam pantang karang. =)

See. Kemas gila....
Dan macam ibuk ibuk bapak bapak dah ku tengok...

Dan bergambar lagi kami. Hehehe...

Oh keisha tinggal dengan ciput. Bukan taknak bawak. Tapi jauh la. Takut dia meroyan dalam kereta. Kalau rumah dorang ni dekat-dekat dengan rumah aku dalam seploh minit je sampai memang aku bawak dah kecik tu. Disebabkan jauh, awok tinggal la ye nak. Aku siap rasuah dia dengan mentos. Bila kat tangan ada mentos. Aku bye-bye pun dia tak heran dah kat aku. Cis.

Ketara perut kekenyangan. Hehehe...

Lepas tu dijamu pula dengan ice cream ini.
Sumpah sedap okey. Nanti nak beli icecream yang sama la... ko beli mana manjer?

Dan di jamu lagi dengan ini...
Omakkau.
Sampai jam 4 kitorang kat rumah kathy. Itu pun balik sebab affan dah otw balik. Cer kalau affan balik malam. Mungkin akan lepak dengan lebih lama. =P

Aku makan siap baring-baring. Teruk betul perangai...

Tq kathy. Layanan ko adalah sangat terbaik.
Lepas nie mai mai rumah aku pulak ye. Itu kita rancang kendian... Dan yang pasti bila datang rumah aku pun sila jangan bawak laki masing-masing ye, miahahahaha...

Love: Ceera =P

9 LoveGreen:

✿ pink velvet ✿ said...

wahh...best jugaq kalau reunion mcm ni ye :)

Shu Shinju said...

wahh..bestnye tgk manjer2 ni..

kathy jem said...

bestnye manjer aku tngk...tak sabar nak buat potluck lagi..hehehehe rumah ko tunggu kite balik dari bandung..plan baik punyer.. =P

Riena Haiqal said...

wah walaupun nampak kecil tapi cantik betul dia decorate rumah tu kan..
korang memang geng2 jelita dan cantik. :)

MRS. K said...

cantikkkkkk ahhh alas meja makan umah kathy.. mana die beli???????? nak jugak!!

Ana Lyana said...

owh ketammm, sangat best..:)

ArELeEz said...

comel perut khaty. perut ceera pun.. he3..

fealize_eleanoer said...

bestnyer..
cantik kan rumah khaty ni
anw babe,ko preggy pon totappp hot!
;)

misz sheyla said...

ace bagi sikit resepi2 tu....

Post a Comment

Love U, =P

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di ceeramoon's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada ceeramoon's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998