Dari kiri: zuhairah aka aira aka angah *status: single tapi masih meroyan mahukan exbfnya, miahahahaha*,
Zulaikha aka ika aka along *status: confirm single dan lepasan SPM*,
Ceera aka jelita LOL *status: emak orang, tu haaaaaaaa anaknya sudah datang nak menyelit sama. Baru mak ko nak feeling single ottey!,
ZackU aka sepet *status: Dah ada bf tapi bila entah nak kawin. Tunggu aku beranak 3 kot baru nak kawin hewhew*
Berkumpul satu family di Restoran Tajine, Jalan Tun Razak sempena nak menyambut birthday zackU dan kaklang.
Amboi, spesel nau ke dorang sampai nak kena sambut kat restoran arab??? Meh tengok idung tu sikit.
Ni semua idea emak. Mungkin sebab mereka yang lahir bulan 9 ajer disambut birthdaynye, jadi mak cadangkan untuk sambut birthday mereka yang lain. Supaya adil dan saksama gitu...
Dan yang penting, semua kos dan perbelanjaan di tanggung oleh emak.
Terima kasih emak. Emak memang the best lah!
Yang bertudung pink itu adalah jemah aka andak aka tomomi aka vp and wth ko punye nama banyak sangat nie andak!!! keliru gegirl. Tsk....
ok senang cakap, panggil saja dia tembam. Muahahaha...
2 beradik yang selalu bergaduh. Kalau tak bergaduh tak sah.
Baguslah...
Gaduh itu menunjukkan yang korang sangat mesra *mata ke atas*
zackU sedang gelakkan emak.
Jahat ko zackU, tak baik gelakkan mak tau.
Ada satu kejadian kelakar/kejam.
Kitorang kan ramai... lepas maghrib tetiba abah cakap jom jom.. lalu berdesup la kami adik beradik keluar bilik dah terus masuk ke kereta masing-masing.
Semua kereta ada 5. Jadik engko masuk kereta sini, engko masuk kereta situ.. dah cukup mari kita calooo... lapar nie, lapar!!!
Ciput pula kepala..
Jadi semua kereta ikut bontot kereta ciput la kononnya...
Dah elok bertolak, tetiba.... kitorang perasan hanya kereta abangndak saje yang kelihatan.
Kereta ode, abanglang, abangcik langsung tak nampak. Jadi aku suspek dorang tahu jalan la. So biarkan...
Elok sampai Tajine, abah cakap.. emak ko tertinggal tam...
Aku pun iya iya kan ajer la. Sebab aku ingat maksud abah, emak dalam kereta antara mereka bertiga dan tertinggal sebab tak dapat nak follow kitorang. Mungkin tersangkut kat traffic lite mana-mana ke???
Aku pun...
Emak naik keta sapa abah. Takpe, dorang tahu jalan. Atam dah bagitau dah kat sini...
Bukan, emak ko tertinggal kat rumah.
Lorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... camne boleh tertinggal, bukan rumah dah berkunci ke??? Abis sapa yang pergi amik emak.
Abangcik ko patah balik amik mak...
Ini la pertama kali terjadi okey. Emak tertinggal!!!
Dah la emak aku kemain melawa lagi nak makan kat sini, sekali kena tinggal. Mesti sentap habis.
Yela, masing-masing ingat mak dah naik keta. Rupanya mak kat dalam bilik lagi tengah pakai tudung. Keluar-keluar tengok pintu dah berkunci kereta semua dah hilang. Pfffttttttt....
Maaf ye emak.
Emak sampai-sampai ajer terus berdrama kejap.
Habis abah kena marah. Yang abah pulak, senyum ajer la dia tahu, hehehehe..
Kelakar sangatlah!
Lain kali bila nak keluar ramai-ramai. Make sure emak abah dah masuk dalam kereta... kalau tidak, mahu kejadian berulang kembali.
Dah la emak ko yang nak belanja makan, ko tinggalkan pulak emak... =P
Kitorang booked satu bilik khas untuk family kitorang.
Kalau lepak luar mesti lagi meriah.
Tapi usahla lepak luar. Anak buah aku bukan reti behave. Semua jenis tak reti nak berjalan. Berlari ajer memanjang... eh jangan kata anak buah aku. Anak aku pun sama. Dia pun sama naik malam tu.
Bakal menantu...
Amboi, siap amik gambar pegang tangan...
Sebelum makanan sampai...
Ko tengok la anak buah aku tu... yang paling depan tu dadif, kat situ kita nak amik gambar, kat situ la dia nak meloncat. Kalau kat luar begini, mesti geleng-geleng kepala orang yang ada kat situ...
Abangngah, abah dan akak.
Seronok la abah dapat makan nasik arab.
Boleh la mengimbau kenangan di mekah dulu...
Disebabkan gambar keisha ada, aku letak la jugak gambar nie. Kalau tak, jangan harap nak letak gambar gedik dorang.
Oh itu la dia birthday girls bersama dengan bakal adik/kakak ipar.
Cucu paling comel siapa????
Siapa lagi kalau bukan keisha. Hehehehe.... taknak kalah.
Makan makannnnnn...
Boleh tak makanan aku yang paling akhir sampai. Itu pun dia lupa sebenarnya nak bawak. Eeeeeeeeee aku ni dah la mengandung, lapar tahu tak!!! suka-suka je lupa...
Orang lain dah habis makan, aku baru hegeh-hegeh nak makan.
Bila kita bagitau mandy ciken, di bawak pulak mandy lamb. Lepas tu nak salahkan laki aku pulak cakap salah. Engko yang pekak, booooooooooooooooooo....
Semuanya kena dalam 6ratus lebih ajer.
Murah kannnnnnnnnnnnn...
Restoran tajine ni memang murah dan sedap...
Dulu aku kan kureng sikit makan nasik arab. Sejak makan kat Tajine terus jatuh cinta. Mungkin sebab dorang dah ubah sikit menu dorang ikut tekak orang msia kot. Nasik dia memang ada sup dan sambal tomata *sedikit pedas*. Lamb dia pun tak busuk. Masih lagi boleh di telan.
Lepak tajine sampai jam 10lebih.
Sampai rumah mak dah nak dekat pukul 11.
Terima kasih emak!!!!
Love: Ceera =P
Tak jadi amik perisa coklat.
-
Kan aku buat clearance aurawhite, sebab haritu Qery cakap kat aku nanti nak
keluar perisa baru. Coklat dengan apa entah. So aku pun dalam hati, tak
boleh j...
59 minutes ago

15 LoveGreen:
kejadian yang tak diingini la kiranya.
sian mak :)
hahaha..ok part emak kena tinggal memang kelakar.pengajarannya,sila check rumah dulu sebelum dikunci dan meninggalkan rumah.
miahaha pecah perut baca... kesian ur mom..
alololo.. cian mak kak ceera.. hehe.. tapi muka mak akak tu ada iras sepet.. heee..
hahaha..smpi ati korang leh tinggal mak korang..haha..klakar ok..
ter kekekekeke sorang2 kak baca entry ni.. hehehehe :)
Ko boleh ???? HAHAHA serius kelakar gila. Dahla omak nak blanje kan, ko tinggalkan pulak omak :P
siannya mak..hehe..seb baik mak korg tak sentap..tros kunci bilik..dok sorg2...tak jd banje mkn..hahaha
ok, aku pun gelak ni.. sian mak ko beb.. pernah jadik gak dulu kat adik aku.. tu lagi la, kat KL, nasib baik tak sampai perak lagi.. kalau tak haruuu.. kena patah balik.
hahahaa!! lucu part mak ceera tinggal tu sebab aku pun pernah alami juga. yang kroniknya, mak tertinggal masa nak pergi rumah pengantin perempuan kawin adik aku. bukan main lagi dia dh melaram tapi tertinggal kat rumah. hahahaaa...
hahahhaha!!!klakar gilerlah.kesian makcik.penat dia melawa,sekali tertinggal kat umah.dah ler dia yg taja.
oh,happy birthday kepada sepet aka zackU dan angah.
eh,silap.happy birthday to sepet dan kaklang.adoi,jgn mare kak lang ek.
hahahaha ceera kelakar okey!..sian emak tertinggal..dh ler omak yg kne belanjer ye..hihi..
kelakorlah kejadian t'tinggal mak tuh. he3.. kesian ur mak..
600 hengget makan seramai tuh. kira ok lah!
sorrylah terketawa bila baca entry ni..
bukan tak simpati kat ur mum tapi kisah ur mum tertinggal tu memang kelakar..
memang dok bayangkan, mak kat dalam bilik..siap cantik2..alih2 bila keluar semua dah tak ada...
mahu dia tak sentap...
Post a Comment
Love U, =P